Selepas lebih dari serauts jam aku dikota London, perjalanan diteruskan lagi, kami menaiki bas meluru dari Victoria Station dan terus ke Warwickshire sambil ditemani keluasan ladang bunga berwarna kuning dikir dan kanan jalan, aku jadi sebak melihat keindahan ciptaanNya. Dari Warwickshire bas terus meluru ke Coventry dan seterusnya ke Birmingham airport, Aku dan super wife kadang² terjaga, kadang² terlelap dan hilang entah kemana. Tidak lama selepas itu bas berhenti disalah sebuah R&R disana dan pemandu bertukar tangan lalu diteruskan perjalan hingga ke Manchester, hari sudah semakin petang dan lebih dari 1 jam kemudian kami sampai ke Liverpool. Aku tidak boleh cakap yang kami melancong ke negara England, sebaliknya aku lebih gembira jika ianya dianggap sebagai lawatan memenuhkan pengetahuan, meluaskan pengalaman juga pandangan. Petang sudah semakin gelap, manusia² sudah semakin berkurangan, aku dan 'super wife' mencari alternatif untuk ke Salisbury Road, Anfield dari Brownlow Hill dimana hostel telah ditempah disana. 2 malam kami di sana, bagi aku kota Liverpool sangat sejuk tidak sama seperti di London, kota Liverpool lebih tenang dari kota London, kota Liverpool lebih banyak orang tempatan dari kota London, kota Liverpool lebih rock dari kota London dan diantara perkara yang menarik aku berjaya simpan didalam kotak memori aku adalah ketika pada waktu pagi di tepi jalan bertentangan dengan stadium Anfield, aku dan 'super wife' berjalan menuju ke 'bus stop' dan sewaktu kami melangkah ada sebuah lori sedang berhenti di gigi jalan dan kelihatan pemandunya sedang mengigit sandwich, kedengaran dari corong radio lorinya adalah lagu 'Champange supernova', terus dalam hati aku berbisik.
Kalau di negara aku pemandu lorinya selalu dengar dangdut kut, tak pun lagu hindustan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment