Ketika sedang sibuk menggulung helaian spaghetti di garfu, sambil yang lain juga beri fokus pada pinggan masing², suasana nyaman dan sejuk kerana hujan baru berhenti. Aku yang baru pulang dari kerja walaupun pada hari cuti, cuba mencari sekelumit kebebasan dengan membuang masa bersama rakan², objektif utama hanya mahu hilangkan rasa tertekan dan beban ditempat kerja. Beberapa minit kemudian aku cangkuk jari ditelinga cawan lalu hirup kopi. Ritual biasa bermula lagi, segulung american eagle dibakar dan tutur kata dimulakan semula.
"Tak lama lagi minyak naik, korang standby jelah.." Jelas aku dengan menyambung semula cerita.
Wan terbeliak matanya "Kan baru naik aritu..takkan nak naik lagi..??'
"Hari tu Ron97 kali ni Ron95 plak..korang tunggu jelah.." Jelas aku lagi.
Dengan nada mengeluh.."Nampaknya kene jugak aku join budak² fixie la..pegi keje pun naik basikal jelah..babi la.."
"Ahahaha..tahan ke tayar basikal tu nanti Wan.." Tanye aku lagi..
"kahkahkah.."
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment