Di kota London, hampir 80% sistem pengangkutan yang aku gunakan untuk ke mana² destinasi adalah 'underground tube' atau lebih kurang sama seperti sistem LRT di negara aku, cuma kebanyakkan laluannya adalah dibawah tanah dan agak berbeza dari sistem LTR di negara aku iaitu jauh tinggi dari atas tanah. Lagi 17% pula adalah kaki aku sendiri lagi 2% pula adalah bus 'hop on dan hop off' dan baki lagi 1% adalah 'river cruise boat'. Kenapa aku terlalu banyak menggunakan 'tube' berbanding kenderaan lain seperti bas awam, teksi atau motorsikal mahupun menyewa kereta??. Inilah kelebihan ataupun lebih jujur aku katakan ketelusan yang mampu diwujudkan oleh 'Mayor of London' dimana sistem 'underground tube'nya sangat efisen dan masih terus relevan walaupun ianya telah wujud lebih dari 140 tahun dahulu. Sebut sahaja mana ceruk yang aku mahu pergi disekitar kawasan pusat kota London mahupun berpuluh batu jauh dari kota London, 'tube' adalah jalan penyelesaian paling bijak dan kreatif. Berdarah mata jika aku mahu terangkan satu persatu. Tiket??
Rasa nak menangis bila hendak cerita tentang harga tiketnya yang murah dan berair mata jika aku mahu terangkan satu persatu.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment