Saturday, 28 February 2009

Kalau lah atau kau kalah.

Kalau aku banyak duit, mesti aku dah beli kereta cantik, kalau aku banyak duit mesti aku dah beli rumah besar, kalau aku banyak duit, mesti aku tak perlu nak kerja lagi, kalau aku kurus mesti aku setanding dengan Tom Cruise, kalau aku lawa barulah boleh menyaingi Milla jojovich, kalau aku hebat main gitar mesti aku akan main dalam band IN FLAMES, kalau suara aku merdu apalah sangat jika hendak bersaing dengan Leona Lewis, kalau aku pandai berlakon mesti aku akan lagi hebat dari Tom Hanks, kalau aku pakar dalam perisian cakera atau sebagainya, sudah pasti microsoft tu aku yang punya, kalau pandai selok belok perniagaan atapu pun mempunyai ciri² kepimpinan yang bagus sudah pasti muka aku terpampang di majalah Forbes, kalau aku hebat bermain tennis sudah pasti Rafael Nadal tu akan aku tewaskan, kalau aku hebat itu, kalau aku hebat ini, kalau aku macam ni, kalau aku macam tu. Semuanya dimulakan dengan kalau, hidup ini penuh dengan cita² dan impian juga harapan. Tetapi kalaulah kita asyik 'kalau', memang sampai bila² pun kita akan hanya terus berkalau. Dah bangun and start to catch ur dream, aku dah bosan dengan kau punya 'Kalau'.

Dialog tanpa prolog #9

"Geng aku rasa kita perlu selalu kutuk orang lah" Wan berkata.

"Aku pun rasa macam tu jugak" Sambung aku.

"Kenapa??" Aji bertanya.

"Sebab bila kita selalu kutuk orang, baru kita boleh improved diri kita, lepas tengok kesilapan orang lain, so kita akan alert dengan kesilapan kita. Baru lah kita sentiasa sedar, kalau tak, tau nak cari salah orang je, tapi diri sendiri tak perasan." Jelas Wan.

"Ahahaha..."

Friday, 27 February 2009

The gang is back.

Aku sedang hampir lemas dibaham ombak kuat, aku juga sedang hampir hangus dimamah api yang marak, aku juga sedang nazak disepak terajang dengan segala kepayahan dan kejerihan. Dari demi hari aku lalui dengan penuh kegelapan. Namun itu sebenarnya cerita semalam, hari ini sudah tidak ada lagi kepahitan mahupun kesakitan. Setelah berhempas pulas untuk beberapa hari ini, akhirnya kerja dihumban diatas kepala telah berjaya aku habiskan sedikit demi sedikit. Malam ini sudah mampu untuk tersenyum, hari esok sudah boleh untuk bergelak ketawa, lusa pula sudah pasti akan gembira. Kehidupan memang penuh dengan pancaroba, jika tidak diamati dengan teliti memang sudah lama aku padamkan segala sejarah yang sedang aku ukir. Namun sifat berputus asa memang aku cuba halang dari dulu lagi untuk masuk meresap kedalam susuk tubuh aku. Yes its time for smile and laugh. Siapa mahu mabuk² dengan warna² gembira sila bertahan jika anda sedang sakit, sudah pasti hari pemulihan akan tiba.

"Weh hang kat mana?? aku otw pi rumah Wan" Teks ringkas dari Sharman.

"Aku kat ofis, ada apa kat rumah Wan..?" Aku balas.

"Makan..Makan..Makan.." Sharman.

"Lagi 2 minit aku sampai" Aku balas.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law