Sunday, 28 February 2010

Tiba-tiba aku teringat sewaktu aku di tingkatan tiga.



March ni mereka di The Ruums, Kuala Lumpur. Korang buat rilek je..

Pagi pada waktu tengahari.

Dalam suasana bilik yg gelap bercampur suhu kepanasan yang sangat seperti didalam sebuah 'microwave' aku terlantar penat, baju basah kerana dilumuri peluh dan baru sahaja menghabiskan sebuah mimpi. Kedenganran sayup bunyi deringan telefon bimbit aku, dengan keadaan malas untuk membuka mata tapi aku paksa juga biarkan cahaya lampu dari skrin menerjah masuk kedalam retinan aku. Lalu jari menekan butang dan aku bercakap.

"Sayang....good morning.." walaupun aku tahu sudah dekat pukul dua petang.

Lalu dia jawab dengan mengikut rentak jenaka aku seperti biasa "Hey...hey..good morning"

"sayang i mimpi jumpa u tadi..and i see u so miss me.." Jelas aku dalam keadaan tekak sangat perit.

"Dia jawab lagi tapi kali ini dengan nada sedang tersenyum "Oh yeke...i miss u so much lah.."

"U know what, i nampak u pakai baju kurung warna coklat tapi sangat² light in my dream, eh bukan coklat but more to cappuchino tapi sangat² light.." Terang aku lagi..

Lalu dia cantas sambil ketawa "huhu nak minum kopi lah tu..kesian orang dah lama tak jumpe kopi sampai tengok warna baju pun cerita pasal warna² kopi"

"Tak perlu lah...." Cantas aku secepat mungkin.

Sambil dalam hati tertanya² "siapa yang mula² jadikan biji kopi sebagai bahan minuman..Damn.."

Saturday, 27 February 2010

A cup of beer and a glass of coffee.

As a fat man aku memang terpaksa lalui segala macam halangan untuk mengurangkan lemak dan lebih² lagi jika sudah terlalu ramai yang menegur "Eh aku tengok badan kau dah naik lah.." Jadi buat masa ini aku sedang sangat² bermusuh ketat dengan nasi dan semua jenis karbohidrat dalam erti kata lain, aku juga sedang against roti, biskut, segala macam mee dan pasta apatah lagi kentang.. Tapi sedikit pun aku tak gentar kerana aku masih berkawan dengan sayur²an dan buah²an, daging dan ikan juga masih lagi menjadi teman.

Cuma..

Aku juga terpaksa berjauhan dengan 'kopi' kerana jumlah kafein yang tinggi mampu membiakkan lemak. Damn..aku rasa seperti dunia sudah sampai ke penghujungnya dan sekali lagi, jika aku mati sila taburkan serbuk kopi di pusara aku.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law