Sunday, 31 October 2010

CHENTA WEDDINGS.

Seperti yang aku pernah bagi tau ini bukan blog politik dan in juga bukan blog 'bride to be' tapi for the name of love, minat aku pada hasil seni yang menarik juga pada keikhlasan dan kejujuran yang terpancar disebalik setiap dekorasi yang disempurnakan buat aku rasa mahu gugur jantung melihatnya. Anyway, tanpa cerita panjan lebar, dengan berbesar hati aku mahu buat sedikit promosi tentang  CHENTA WEDDINGS, for more info please click link yang aku beri dan biarkan segala gambar yang ada beri penjelasan.






















Kepada sesiapa yang mahu berkahwin gaya 'cool' mereka sedang buat promosi. Sila cepat.


Miss you love.

Hari ahad semula, dan aku seperti biasa masih ditempat kerja, ianya semata² untuk siapkan segala kerta kerja yang berselirat, yang berkecamuk dan juga hati yang remuk. Jika hendak dibangdingkang dengan projek aku yang lepas, kami banyak belajar dari kesilapan dan hasilnya cuma 1% gagal dan aku berani cakap segalanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa watak tidak penting yang wujud untuk kucar-kacirkan keadaan, tapi mereka silap kerana kami  memang perancang yang terancang. Well, akibat dari pelancaran kerja yang licin dan telus aku juga rakan terpaksa korbankan waktu riadah dan habiskan sepenuh masa ditempat kerja. Ianya satu pengorbanan yang sukar untuk ditukar ganti tapi demi 'company' yang tercinta (sambil tersenyum) kami buat yang terbaik.

Aku mahu habiskan segala perjuangan ini dengan secepat mungkin, aku mahu siapkan semuanya dengan lancar, and i just miss my 'super wife'.

Tuesday, 26 October 2010

Bukan kisah benar.

Ini bukan kisah benar tapi jika semua mahu ketawa mari anggap ianya kisah paling 'thru'.

Terdapat ramai manusia minta sedekah di ibukota Kuala Lumpur dan salah seorangnya adalah lelaki cina yang bernama Wong  Kai Soon (bukan nama sebenar)lingkungan umur 50 tahun yang dulunya dia adalah seorang usahawan yang berjaya, tapi akibat dari percaturan yang silap ketika berniaga, perniagaannya merudum jatuh, hidupnya yang dulu sangat mewah bertukar menjadi sesat melarat, isteri dan anak² lari tinggalkannya. Lelaki cina ini rasa dirinya sangat gagal dan tekanan perasaan telah menghantui dirinya, dia hidup dengan hanya berbekalkan sehelai pakaian serta serta selipar, aktiviti hariannya adalah jalan perlahan² sambil menyusuri setiap lorong² perniagaan juga setiap ceruk manusia yang berlegar² disekeliling ibukota. Tujuan utama untuk meminta sedekah, untuk dapatkan sesuap rezeki. Hendak dijadikan cerita kelakar, pada satu hari lelaki cina ini terserempak dengan rakan lama dan akibat dari kesedihan yang dialami oleh rakannya kerana melihat hidup lelaki cina ini yang papa kedana, rakannya memberi sejumlah duit yang agak banyak iaitu rm100 (kira banyaklah untuk peminta sedekah kan?). Lelaki cina ini terasa sangat gembira lalu dia belanjakan wang itu disebuah restoran cina yang agak terkenal di ibukota, dia duduk dengan bergaya lalu 'order' makanan² yang mahal dan sedap² belaka, kemudiannya dia minta pula sebotol arak yang mahal, kos makan pada malam itu sudah mencecah ke angka rm1ribu dan apabila sudah selesai makan dia panggil pelayan restoran untuk bayar, jumlah yang perlu dibayar adalah rm986 termasuk cukai 5%,  tapi malangya lelaki cina itu hanya ada rm100 sahaja, maka keluarlah pengurus restoran lalu memarahinya dan dalam keadaan marah pengurus restoran tersebut telah panggil polis untuk tangkap peminta sedekah ini. Polis datang lalu tangkap lelaki cina itu dan terus masukkan kedalam kereta. Apabila kereta polis bergerak lelaki cina itu terus cakap pada polis,

"Latok takkan kite tak boleh settle, wa bukan jual dadah ma..wa makan saja.." kata peminta sedekah itu.

"Lu bikin susah..celaka lu..mau kena pukul ke.." Jerit salah seorang polis yang berada didalam kereta.

"Latok..tak mau itu macam..kita kasi kawtim lar...tolong la latuk, wa orang susah..lu pun orang susah jugak.." sambung peminta sedekah itu lagi.

"Tak guna punye cina..berapa lu ada??" Tanya polis itu lagi.

"Satu ratut..banyak wo, lu kongsi 2 olang, satu olang dapat lima puloh wo.." Jelas peminta sedekah itu lagi sambil menghulurkan sekeping rm100.

"Ok lu turun sekarang.wa tak mau nampak lu punye muke kat sini lagi..lu kasi blah sekarang.." cantas polis tersebut sambil ditangannya sudah ada rm100.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law