Tuesday 26 October 2010

Bukan kisah benar.

Ini bukan kisah benar tapi jika semua mahu ketawa mari anggap ianya kisah paling 'thru'.

Terdapat ramai manusia minta sedekah di ibukota Kuala Lumpur dan salah seorangnya adalah lelaki cina yang bernama Wong  Kai Soon (bukan nama sebenar)lingkungan umur 50 tahun yang dulunya dia adalah seorang usahawan yang berjaya, tapi akibat dari percaturan yang silap ketika berniaga, perniagaannya merudum jatuh, hidupnya yang dulu sangat mewah bertukar menjadi sesat melarat, isteri dan anak² lari tinggalkannya. Lelaki cina ini rasa dirinya sangat gagal dan tekanan perasaan telah menghantui dirinya, dia hidup dengan hanya berbekalkan sehelai pakaian serta serta selipar, aktiviti hariannya adalah jalan perlahan² sambil menyusuri setiap lorong² perniagaan juga setiap ceruk manusia yang berlegar² disekeliling ibukota. Tujuan utama untuk meminta sedekah, untuk dapatkan sesuap rezeki. Hendak dijadikan cerita kelakar, pada satu hari lelaki cina ini terserempak dengan rakan lama dan akibat dari kesedihan yang dialami oleh rakannya kerana melihat hidup lelaki cina ini yang papa kedana, rakannya memberi sejumlah duit yang agak banyak iaitu rm100 (kira banyaklah untuk peminta sedekah kan?). Lelaki cina ini terasa sangat gembira lalu dia belanjakan wang itu disebuah restoran cina yang agak terkenal di ibukota, dia duduk dengan bergaya lalu 'order' makanan² yang mahal dan sedap² belaka, kemudiannya dia minta pula sebotol arak yang mahal, kos makan pada malam itu sudah mencecah ke angka rm1ribu dan apabila sudah selesai makan dia panggil pelayan restoran untuk bayar, jumlah yang perlu dibayar adalah rm986 termasuk cukai 5%,  tapi malangya lelaki cina itu hanya ada rm100 sahaja, maka keluarlah pengurus restoran lalu memarahinya dan dalam keadaan marah pengurus restoran tersebut telah panggil polis untuk tangkap peminta sedekah ini. Polis datang lalu tangkap lelaki cina itu dan terus masukkan kedalam kereta. Apabila kereta polis bergerak lelaki cina itu terus cakap pada polis,

"Latok takkan kite tak boleh settle, wa bukan jual dadah ma..wa makan saja.." kata peminta sedekah itu.

"Lu bikin susah..celaka lu..mau kena pukul ke.." Jerit salah seorang polis yang berada didalam kereta.

"Latok..tak mau itu macam..kita kasi kawtim lar...tolong la latuk, wa orang susah..lu pun orang susah jugak.." sambung peminta sedekah itu lagi.

"Tak guna punye cina..berapa lu ada??" Tanya polis itu lagi.

"Satu ratut..banyak wo, lu kongsi 2 olang, satu olang dapat lima puloh wo.." Jelas peminta sedekah itu lagi sambil menghulurkan sekeping rm100.

"Ok lu turun sekarang.wa tak mau nampak lu punye muke kat sini lagi..lu kasi blah sekarang.." cantas polis tersebut sambil ditangannya sudah ada rm100.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law