Saturday, 16 October 2010

Tales of the great sandwich maker.

Semua orang punya cita-cita, semua orang punya impian, semua orang mahu hidup mewah dan senang, semua orang mahu kebahagiaan dan semua orang juga mahu kejayaan. bila kita singkap kisah hidup mewah dan senang sudah tentu duit adalah agenda paling penting untuk menjayakan sesebuah episod kemewahan dan kesenangan. Salah satu cara untuk peroleh duit adalah dengan bekerja keras siang dan malam, bila hujung bulan dapat gaji baru gembira untuk beli apa saja yang kita suka. Ada yang mahu tukar telefon bimbit baru, beli laptop, pakaian² berjenama, beli kamera, tukar kereta dan beli rumah. Ada yang akan keluar 'travel', gembira sana dan gembira sini, beli itu dan beli ini dan kadang² ada juga jika kita tidak bijak berbelanja duit akan cepat lupus dan terhapus. Jadi jika tanya pada aku apa yang aku hendak beli jika sudah dapat gaji nanti, jawapan aku hanyalah 'Sandwich maker' sebab aku rindu bau² yang semerbak ketika roti garing terbakar, sebab aku rindu untuk reka dan cipta segala macam jenis sandwich yang aku mampu untuk reka dan makan, sebab bila duit gaji sudah habis aku masih mampu untuk makan kerana aku ada 'sandwich maker', sebab aku rindu sekumpulan kawan² aku yang pernah sama² berjuang beberapa tahun lepas ditempat kerja dan pada waktu paginya aku buatkan pelbagai sandwich untuk mereka nikmati bersama² dengan secawan kopi dan beberapa batang rokok, damn!! aku rindu saat itu dan tidak akan ada kuasa ajaib untuk putar kembali masa. Jadi bila aku sudah ada 'sandwich maker' nanti aku akan cuba singkap semula kenangan itu.
bijak tak aku??

Siapa mahu resepi sila email aku..

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law