Sunday, 24 October 2010

5 billion for us.

Apa itu belanjawan negara? apa itu 'budget' negara? bagi aku yang tidak pernah menuntut di London School of Economics, juga tidak mahir dalam kira² ianya adalah penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber - sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat. Bila kita tertera perkataan 'rakyat' ianya membawa maksud kepada 'kita', 'us', semua orang. Belanjawan amat penting kepada setiap negara dimana ianya adalah mekanisma paling utama untuk menjana perkembangan ekonomi. bila ekonomi pesat membangun ianya mampu mengumpulkan sejumlah keuntungan yang besar kepada sesebuah negara, bila negara kaya, rakyat juga realitinya akan kurang sengsara.  Mungkin ada yang tidak mahu ambil kisah pun tentang apa yang berlaku, aku pun tidak lah berminat sangat untuk tengok bagaimana orang² politik berusaha keras untuk rembat duit negara. Cuma bila nampak duit dibazirkan terlalu banyak untuk perkara² yang tidak logik seperti hendak bina mercu tanda bangunan 100 tingkat dengan modal rm5bilion buatkan aku rasa macam budak umur 6 tahun dan tidak tahu untuk berfikir.

WTF!!

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law