Sudah bertahun² aku kerja disini, sudah ramai orang aku jumpa, people come and go but i still standing strong, kenapa aku cakap begitu?? kerana disini aku akan jumpa dengan ramai pengembara, mereka datang dari pelbagai rumpun dari pelbagai budaya, bangsa juga negara ada yang dari Ireland, England, Australia, pakistan, Bangladesh, Singapore, Hongkong, Iraq, Indonesia dan banyak lagi. Malaysia adalah tempat persinggahan bagi mereka, tempat untuk menadah segala jenis rezeki juga tempat untuk menikmati segala kemewahan yang ada. Aku diantara jutaan manusia yang agak bertuah kerana dapat kongsi kisah hidup mereka, dapat tahu segala macam perkara yang menarik tentang negara mereka, juga dapat tahu tentang perjalanan pengembaraan mereka. Tapi bila lama kelamaan aku rasa kenapa perlu aku dengar kisah mereka sedangkan aku hanya duduk diam disini. Sabtu lalu aku tonton sebuah filem adaptasi dari satu novel karya Elizabeth Gilbert yang berjudul Eat, Pray and Love lakonan Julia Robert, ianya berdasarkan sebuah kisah benar dimana seorang wanita yang cuba bangun dari kesedihan hasil penceraian dengan suaminya serta juga baru putus cinta dengan kekasih barunya. Elizabeth mengambil keputusan untuk mengembara ke Itali, mendalami budaya hidup disana juga belajar bertutur dalam bahasa Itali, dia berkawan rapat dengan orang² disana dan banyak menghabiskan masa dengan memakan segala macam jenis makanan yang lazat di Italy. tidak lama selepas itu dia terbang ke India dan mula bermeditasi disana, pada mulanya aku tak pasti apa yang dia cuba cari tapi lama kelamaan dia berjaya memaafkan dirinya sendiri. Kemudian dia terbang pula ke Bali, berteman rapat dengan seorang pawang dan menghabiskan masa dengan merayau² di sekitar Bali. Tidak lama selepas itu Elizabeth berjaya jumpa dengan cinta sejatinya dan akhir sekali aku nampak dia jumpa kunci kebahagiaan dalam hidupnya. Filem tersebut sedikit sebanyak memberi ransangan pada aku untuk bawa super wife aku mengembara. Aku rasa seperti ingin habiskan usia aku dengan pusing keseluruh pelusuk dunia, aku mahu penuhkan pengalaman dengan setiap perkara yang aku lihat dengan mata aku sendiri pada setiap tempat yang aku pergi. Aku ingin tempuh segala pahit getir yang sebelum ini aku hanya dengar kisah dari orang lain, aku mahu ukir senyuman sepuas²nya jika aku mampu pusing dan tawan dunia ini dan akhir sekali aku mahu lakarkan sebuah jurnal dalam bentuk penulisan tentang setiap tempat aku pergi.
Besarkan cita-cita aku..
Jadi ada sesiapa yang mahu ambil aku jadi 'Travel Journalists'??
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment