Monday, 25 October 2010

Malay vs malay.

Aku cuba untuk tidak jadikan blog ini sebagai blog politik dan aku juga tidak berniat lansung untuk kisahkan segala macam kisah tentang warna-warni dunia politik yang sedang berselirat dengan pelbagai corak dan bentuk. Seperti yang semua sedia maklum Persidangan UMNO baru saja selesai, maka berkumpul lah ribuan orang melayu, penyokong tegar, manusia² gagah pada persidangan tersebut, objektif utama mereka adalah untuk menyokong setiap isi yang diperbahaskan oleh pemimpin² mereka, kisah² retorik dan boombastik direka dan dicipta untuk pastikan hak istimewa orang² melayu terjaga dengan rapi. Setiap pemimpin dari pelbagai pelusuk cabang berdiri teguh dengan kata² berani diatas pentas, sokong itu dan sokong ini, tegakkan itu dan tegakkan ini, masing² hendak tunjuk hebat, hendak tunjuk kuat, yang dengar pun bersorak kuat tanda sokong. cuma satu persoalan yang bermain diminda aku, mereka yang berucap mahupun mereka yang mendengar sambil bersorak tahu ke sejarah penubuhan UMNO, apa kisah² penting lagi benar disebalik penubuhan 'organisasi' ini, apa objektif asal penubuhan 'organisasi' ini, memperjuangkan 'Kemerdekaan' atau memperjuangkan 'Orang² melayu'. Mereka semua ni tahu ke apa yang berlaku 65 tahun kebelakang sebelum negara kita merdeka dan siapa yang berusaha keras disebalik kejayaan menubuhkan negara. Siapa yang memanipulasi dan siapa yang dimanipulasi. Kadang² aku rasa terpanggil untuk duduk dengan mana² orang kuat yang menyokong ataupun yang berucap dan berdebat tentang isu perjuangan yang diperjuangkan sejak dari dulu lagi. Kita tengok siapa lebih faham dan mengerti.

dan jika mereka kalah berdebat dengan aku, hadiahnya adalah aku mahu tumbuk muka Ketua pemuda UMNO ataupun tumbuk terus muka Ketua UMNO. boleh??

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law