Aberdeen atau lebih dikenali sebagai 'The granite city' juga 'the silver city with the golden sands adalah diantara bandar ketiga terpenting untuk Scotland, industri perikanan, pembuatan kapal juga kerta dan tekstil adalah sangat popular disana tetapi sejak penemuan sumber galian minyak di North sea pada sekitar tahun 70an Aberdeen telah banyak mengalami perubahan ekonomi yang memberansangkan. Selain dari itu kewujudan 2 buah universiti iaitu University of Aberdeen sejak tahun 1495 dan robert Gordon University sejak tahun 1992 telah menjadikan Aberdeen sebagai pusat pendidikan untuk 'centre of North-east'. Seperti mana² bandar di Eropah Aberdeen juga diantara bandar yang cantik, indah, 'cool' juga menarik untuk dilawati. Aberdeen juga telah memenangi pertandingan 'Britain in bloom' sebanyak 10 kali dan ianya adalah rekod paling banyak jika hendak dibandingkan dengan mana² bandar disekitar Great Britain.
Kenapa aku sibuk mempromosikan bandar ini, aku pernah kesana ke?? tidak..aku dibayar untuk 'promote' bandar ni ke? tidak, aku ada saudara-mara ke kat sana? juga tidak, aku hendak melancong ke sana ke? tidak.
Aku dan super wife merancang untuk memulakan kehidupan baru disana pada tahun depan. Tunggu dan lihat.
Gambar sekadar nak bakar semangat.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment