Bulan lalu sibuk semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak, tapi tidak lama selepas itu khabar gembira ditempiaskan dengan cara dimana harga minyak tidak akan dinaikkan demi untuk membantu rakyat mengharungi kehidupan yang penuh dengan kehimpitan. Ianya seperti memberi harapan baru kepada semua, bila harga minyak tidak naik maka harga barang makan juga barang keperluan lain tidak akan naik. Bila semua tidak naik kepala juga tidak berpusing² untuk berfikir, poket juga selamat. Sekalung terima kasih dilemparkan pada pemerintah. Walaupun sebelum itu subsidi gula diselaraskan dengan rm.020 sen ditambah sagi setiap kilogram. Kita memang mudah lupa. Tidak lama lepas itu perbincangan tentang kenaikkan tarif elektrik pula, disini satu kata sepakat telah diambil oleh pihak kerajaan juga badan² elektrik dimana demi untuk menampung kos bahan api yang tinggi juga untuk menstabilkan perniagaan elektrik maka tarif elektik terpaksa dinaikkan, semua orang risau, semua orang kaget. Tapi berita gembira lagi muncul. Bil atau tarif elektrik mungkin tidak dinaikkan untuk setiap isi rumah, kerana jumlah penggunaan elektrik dirumah tidak melebihi jumlah yang ditetapkan bagi setiap bulan, jika tidak silap 300kw. Semua orang berdebus sambil menghela nafas panjang. Yes!! tarif elektrink naik tapi kita sebagai penduduk tidak terkena dengan tempias kenaikkannya. Terima kasih sekai lagi kepada pihak pemerintah. Disini satu penekenan terhadap pemikiran kritikal harus diterapkan dikalangan kita. Kadang² kita bukan mahu cari salah dan silap tapi selalunya setiap kesalahan dan kesilapan itu datang bergolek seperti buah durian. Kita ambil contoh tentang kenaikkan tarif elektrik, betul setiap pengguna isi rumah mungkin terlepas dari membayar bil elektrik yang tinggi kerana jumlah penggunaan elektik tidak maksimum. Tapi apa yang pasti pemilik kilang, peladang, peternak ayam, pemilik gudang, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, hospital mahupun syarikat² multinasional juga yang sama seperti mereka mungkin akan mengalami masalah dengan kenaikkan tarif elektrik ini, sebab jumlah kumpulan² ini yang banyak menggunakan tenaga elektrik. Secara realistiknya penternak ayam pasti menggunakan jumlah tenaga elektrik yang banyak kerana untuk menternak dan membersarkan ayam, mereka perlu menempatkan ayam² tersebut didalam bilik berhawa dingin, penghawa dingin sudah tentu menggunakan tenaga elektrik yang banyak, bila mahu menyembelih ayam sudah pasti ayam tersebut akan digantung kaki keatas dan kepala kebawah dan mesin akan menggerakkan setiap ekor ayam untuk disembelih, mesin tersebut perlukan tenaga elektrik, untuk cabut bulu, ayam haru direndam didalam air panas, rasanya tenaga elektrik juga diperlukan untuk memanaskan air tersebut. Selepas ayam siap disembelih dan diproses ianya akan ditempatkan didalam bilik sejuk untuk memastikan tahap kesegaran daging tersebut, bilik sejuk juga perlukan tenaga elektrik. hendak timbang dan bungkus daging ayam tersebut dengan bungkusan plastik juga memerlukan tenaga elektrik. Jadi jika hampir kesemua proses dari menternak ayam, menyembelih juga simpan didalam 'chiller' serta pembungkusan daging ayam memerlukan tenaga elektrik yang maksimum. Apabila daging ayam tersebut sudah dihantar ke pasaraya², proses penjualan akan berlaku, tetapi sebelum menjual daging ayam tersebut akan dipamerkan didalam 'chiller', masih menggunakan tenaga elektrik, lampu² dan pengahawa² dingin didalam pasaraya juga menggunakan tenaga elektrik, mesin 'cashier' juga guna tenaga elektrik. Pendek kata semuanya menggunakan tenaga elektrik yang maksimum dan kumpulan ini terpaksa menanggung kos yang tinggi demi untuk dapatkan bekalan elektrik. Jadi, adakah relevan sekirannya penternak ayam juga peniaga ayam di pasaraya menaikkan harga bagi setiap kilogram ayam? Ini baru cerita ayam, bagaimana pula dengan kilang membuat kin sardin juga proses ikan sardin, kilang maggi, kilang susu, kilang sabun, peladang, penternak ikan dan apa sahaja jenis pengeluaran juga perniagaan? Apa pula yang terjadi disekolah² dan universiti² yang lampu dan kipasnya, komputernya dan segala macam barang lain yang sememangnya menggunakan tenaga elektrik?? relevankah sekiranya yuran pengajian sekolah, tadika atau universiti dinaikkan demi menampung kos yang tinggi terhadap penggunaan tenaga elektrik. Tempat kamu bekerja pula?? relevakah sekiranya gaji kamu tidak dinaikkan demi untuk membantu syarikat kamu membayar penggunaan tenaga elektrik yang tinggi?? semua diantara kita atau sesiapa dikalangan kita sememangnya menggunakan tenaga elektrik. Jika pandang dari perspektif yang berbeza mungkin kamu faham apa yang aku cuba terangkan. Ini bukan soal kenaikkan tarif elektrik sahaja, ini soal bagaimana kita dimanipulasi dan juga digelapkan pemikiran.
Jadi setujukah jika kita mula mempopularkan penggunaan kuasa solar, iaitu dari matahari disini??. Tidak, jika kita membuat sesuatu modifikasi dari tenaga, mungkin kita akan disaman dibawah akta "modifikasi penggunaan tenaga elektrik". Pihak pemerintah kita kan bijak.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment