Sejak dari bulan lalu aku kurang menulis, kurang membaca, kurang bermain gitar, kurang ke studio,kurang lihat persembahan 'live', kurang bersukan, kurang lepak bersama rakan², kurang ketawa, kurang duit juga kurang dengan pelbagai lagi kekurangan. Hidup penuh dengan jaringan² yang tersimpul kejam dan aku sedang membuka setiap susur galur jaringan tersebut juga sedang menyusunnya agar jadi lebih sempurna. Dalam erti kata lain aku sedang 're-structure' kehidupan aku. Ini adalah proses lompatan ke fasa baru bagi aku. Sama ada aku yakin atau sangsi, sama ada aku mampu berdiri atau rebah, kita lihat saja nanti.
Selamat datang ke dunia baru milik aku.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment