Friday, 3 April 2009

Apa bezanya berlari dengan membuat lawak jenaka.

Malam tadi selepas melampiaskan nafsu yang terkunci lebih kurang semingggu, selepas turun mengikuti anak² tangga dengan penuh kepuasan dari studio jamm, sambil menyalakan api ke batang² rokok, sambil melihat manusia dan jentera pemusnah lalu lalang dalam keadaan mundar-mandir. Setiap orang mula menyuntik kata².

"Kau sekarang ni dah kuruskan, hari² pegi jogging ke Anip??" Tanya aku.

"Tak lah, aku main skate kat depan sane tiap² petang, jawab Anip sambil lewa.

"Eh kau tak pegi jogging ke, nanti ajak lah aku" Tanya Jimi kepada Anip.

"Malas lah, main skate je, lagi best" Jelas Anip lagi.

"Kau ajak lah Wan jogging, dia hari² pegi jogging" Sampuk aku.

"Hah..aku hari² 'joking', jomlah kalau nak join, tapi bukan 'jogging' tau but 'joking'" Cantas Azuan.

"Tak guna, lepas penat joking pegi makan..."

Thursday, 2 April 2009

Antara drastik, spastik dan statik.

Hari ini adalah hari yang penuh dengan misteri, dengan tahap semangat untuk pergi kerja amat rendah, bila sampai di tempat kerja tidak buat kerja sebaliknya menghabiskan masa dengan membuat teori² tidak masuk akal bersama rakan, minum kopi, sedut asap rokok, serap lagu² dari KATE NASH sambil jantung berdegup dengan perlahan. Sebenarnya sejak beberapa hari yang lalu aku berada didalam situasi yang sama, situasi yang lembab, dan kelam, tidak ada warna² terang sebaliknya penuh dengan kekotoran. Beginilah apabila tiada kerja² berat, aku memang suka begini, hati tenang, jiwa tidak berkecamuk. Tetapi jika ambil pusing sebenarnya fikiran aku akan jadi lembab, lemau, tidak bermaya juga tidak berdaya. Otak aku tidak dapat berfikir secara drastik sebaliknya menjadi spastik akibat duduk dalam keadaan statik. Aku perlukan kerja² yang mencabar supaya mental aku sentiasa peka dan stabil. Siapa ada kerja yang banyak dan perlukan bantuan?? sila minta dari aku.. Tidak perlu bayar gaji..

Wednesday, 1 April 2009

Coretan ikhlas dari jalan Cihampelas.

Setelah lebih dari seratus jam meninggalkan kota yang penuh dusta untuk pergi kesebuah lagi kota yang penuh dengan rahsia juga nista hari ini aku mula cuba berinteraksi secara 'normal' dengan alunan norma-norma biasa. Sepuluh tahun yang lalu ketika banyak band² dari sekitar Eropah mahupun Amerika menyimpan impian untuk beraksi di Bandung kerana dikenali sebagai sebuah pusat muzik 'underground' terbesar di Asia. Aku hanya mampu duduk dan baca zine² juga berteleku didepan monitor skrin sambil mengamati baris² ayat tentang rumusan impian dan harapan mereka sebelum mahupun selepas berjaya beraksi disana. Kini setelah segalanya berlalu, aku baru berjaya menjejakkan kaki kesana. Bandung adalah sebuah kota penuh dengan unsur² tersirat dan tersurat bagi sebuah android macam aku. Menyelinap keseluruh kawasan, menikmati segala kecantikan, segala keburukan, segala ketenangan, segala kekecohan, segala keamanan, segala desakan, kesesakkan dan juga hentakan. Aku dan rakan menghabiskan masa tiga malam di Bandung sebelumnya di Jakarta, sambil ditemani oleh sekujur tubuh bernama Yusuf Yadi Surya, seorang penduduk tempatan yang juga aku angkat sebagai diantara wira² muzik 'tech grind' dari band CARAVAN OF ANACONDA. sambil berjalan, sambil menaiki 'angkot' (van yang digunakan sebagai medium transportasi di sekitar Bandung dengan tambang hanya rm0.30 sahaja), sambil makan bakso istimewa dan nasi goreng kambing, sambil minum teh botol, sambil melewati 'factory² outlet', sambil berkunjung ke distro² menjual cd² serta kaos² (t-shirt) band, menghirup dan menghembus asap rokok sambil bercerita dan bertanya tentang cara kehidupan manusia² tempatan, corak pemerintahan dan sistem politik yang mempunyai sehingga empat puluh parti politik, sistem pendidikannya, jenis² makanannya, tempat² yang harus dilawati kemudian berilustrasi tentang dunia muzik di Indonesia juga Malaysia, berkongsi cerita tentang Ivan 'scumbag' selaku vokalis BURGERKILL yang telah menemui ajal dan segala ratus macam pertanyaan yang berjaya diluahkan. Yusuf amat setia bersama kami seolah² menjadi agen pelancongan yang tidak berbayar. Setinggi² terima kasih kepadanya. Menghabiskan masa dengan melawati gunung berapi, membeli belah dipasar kering, mandi dikolam dan air terjun panas dilereng bukit, menjamu selera sambil bersila dengan nasi berwarna merah juga dengan ikan dan ayam bakar sambil melihat panorama indah kota bandung dari atas bukit, melewati ladang teh serta pokok pine dan menghirup udara paling segar yang pernah aku hirup, beramah mesra dengan mat² metal, geng² motor (mat motor), penjual² cenderamata, peminta sedekah, pemuzik² jalanan, gadis² trendy, yuppies², 'party people'dan segala macam jenis manusia disana benar² menyuntik semangat aku untuk datang semula ke Bandung. Ketelusan dan ketulusan sukar dilihat dengan mata kasar tetapi amat senang untuk dirasai didalam hati.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law