Thursday, 2 April 2009

Antara drastik, spastik dan statik.

Hari ini adalah hari yang penuh dengan misteri, dengan tahap semangat untuk pergi kerja amat rendah, bila sampai di tempat kerja tidak buat kerja sebaliknya menghabiskan masa dengan membuat teori² tidak masuk akal bersama rakan, minum kopi, sedut asap rokok, serap lagu² dari KATE NASH sambil jantung berdegup dengan perlahan. Sebenarnya sejak beberapa hari yang lalu aku berada didalam situasi yang sama, situasi yang lembab, dan kelam, tidak ada warna² terang sebaliknya penuh dengan kekotoran. Beginilah apabila tiada kerja² berat, aku memang suka begini, hati tenang, jiwa tidak berkecamuk. Tetapi jika ambil pusing sebenarnya fikiran aku akan jadi lembab, lemau, tidak bermaya juga tidak berdaya. Otak aku tidak dapat berfikir secara drastik sebaliknya menjadi spastik akibat duduk dalam keadaan statik. Aku perlukan kerja² yang mencabar supaya mental aku sentiasa peka dan stabil. Siapa ada kerja yang banyak dan perlukan bantuan?? sila minta dari aku.. Tidak perlu bayar gaji..

8 comments:

Gen Mayhem said...

kereta aku dah bertahun tak basuh tuh. kalau nak, tolong ar cucikan siap polish skali.. haha
kira mencabar jugak tu sebab kau kena berhati hati agar keretaku tidak tercalar

Suffian Salim said...

hah..kalau berani bawak datang subang aku bagi polish..kalau nak tukar warne pun boleh..amacam?? ahaha

Anonymous said...

haa. tolong i buat final year project i. confirm u takkan offer diri nak tolong buatkan kerja.

Anonymous said...

..lepas tu. [tertinggal beberapa perkataan]

Anonymous said...

teori tak masuk akal? i enjoy that too!.

Suffian Salim said...

Aim..just bgtau je..nanti i tolong buat dun worry, tapi betul ke salah i tak tau lah..ahahah

JJ teori tak masuk akal adalah seperti membeli ikan² segar di 7E

Anonymous said...

atau pak samad berenang2 dalam loji najis

Suffian Salim said...

huh..siapakah pak Samad tu..JJ

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law