Kawan-kawan aku selalu cakap, aku juga pernah cakap "Perempuan racun sebenarnya" sejauh mana kebenaran hanya aku dan rakan-rakan saja yang tahu, hanya siapa yang rasa pernah disepit dan kemudiannya dipaksa untuk minum racun saja yang tahu. Tetapi seperti biasa tidak semua mempunyai racun yang berbisa, tidak semua racun mampu membawa maut. Tetapi tidak salah untuk menyanjungi kehebatan mereka. Ketika didalam pesawat menuju ke Jakarta aku duduk bersembang dengan seorang lelaki tua dan bercerita tentang obsesnya dia terhadap sukan berbasikal. Walaupun pada usia tua, dah banyak negara dia pergi semata² untuk berbasikal dan yang paling 'extreme' adalah ketika di Bangkok dia terjumpa dengan seorang perempuan muda dari Korea yang telah memulakan kayuhan basikalnya dari Kunming, China merentas Myanmar dan Laos kemudiannya Thailand dan ingin ke Malaysia habiskan kayuhan di Singapura. Yes!! dia kayuh seorang diri. Yes!! aku kagum dengan perempuan itu. Beberapa tahun yang lalu ada cerita didalam bulatan rakan² kami tentang seorang perempuan yang dengan hati kerasnya telah ke London untuk memulakan hidup baru dengan mencari rezeki sebagai orang gaji disana dan seterusnya menjadi pembantu makmal dihospital dan kemudiannya sekarang telah pun berkahwin. Yes!! aku kagum juga dengan perempuan ini kerana aku yang lelaki pun tak cukup keras untuk mulakan kehidupan baru ditempat lain. Ada banyak cerita yang buatkan aku benar² kagum dengan mereka seperti pergi belajar di Kuala Lumpur jauh dari keluarga dikampung, bertahun² lamanya belajar. Pelbagai cabaran terpaksa diharungi, 'rival' diantara teman² rapat, tidak cukup duit untuk makan minum, untuk beli buku dan sebagainya hinggalah tamat pengajian dan kemudian bila dapat kerja terpaksa dihantar sampai ke Sabah atau Sarawak seorang diri. Yes!! aku amat kagum dengan mereka. Cerita tentang ibu² yang terpaksa membesarkan anak² mereka tanpa suami dan aku tahu pengorbanan mereka kerana ibu aku juga dari tempat yang sama, berkorban segala keringat nak besarkan aku, sampai aku dah betul² besar sekarang, overweight pula tu. Yes!! aku kagum dengan mereka. Banyak cerita hebat yang boleh dikupas tanpa kita sedar tentang mereka walaupun tidak sehebat Diana Ross atau Hilarry Clinton, walaupun tidak sekuat Shamsiah Fakeh atau Bernazir Bhutto. Tetapi mereka kuat menghadapi apa sahaja rintangan walaupun kita nampak mereka lembut dan lemah. So, apa salahnya kalau racun dijadikan sebagai penawar. betul tak??
1 comments:
this one i have to agree with you. nice one bro,nice one.
Post a Comment