Wednesday, 1 April 2009

Coretan ikhlas dari jalan Cihampelas.

Setelah lebih dari seratus jam meninggalkan kota yang penuh dusta untuk pergi kesebuah lagi kota yang penuh dengan rahsia juga nista hari ini aku mula cuba berinteraksi secara 'normal' dengan alunan norma-norma biasa. Sepuluh tahun yang lalu ketika banyak band² dari sekitar Eropah mahupun Amerika menyimpan impian untuk beraksi di Bandung kerana dikenali sebagai sebuah pusat muzik 'underground' terbesar di Asia. Aku hanya mampu duduk dan baca zine² juga berteleku didepan monitor skrin sambil mengamati baris² ayat tentang rumusan impian dan harapan mereka sebelum mahupun selepas berjaya beraksi disana. Kini setelah segalanya berlalu, aku baru berjaya menjejakkan kaki kesana. Bandung adalah sebuah kota penuh dengan unsur² tersirat dan tersurat bagi sebuah android macam aku. Menyelinap keseluruh kawasan, menikmati segala kecantikan, segala keburukan, segala ketenangan, segala kekecohan, segala keamanan, segala desakan, kesesakkan dan juga hentakan. Aku dan rakan menghabiskan masa tiga malam di Bandung sebelumnya di Jakarta, sambil ditemani oleh sekujur tubuh bernama Yusuf Yadi Surya, seorang penduduk tempatan yang juga aku angkat sebagai diantara wira² muzik 'tech grind' dari band CARAVAN OF ANACONDA. sambil berjalan, sambil menaiki 'angkot' (van yang digunakan sebagai medium transportasi di sekitar Bandung dengan tambang hanya rm0.30 sahaja), sambil makan bakso istimewa dan nasi goreng kambing, sambil minum teh botol, sambil melewati 'factory² outlet', sambil berkunjung ke distro² menjual cd² serta kaos² (t-shirt) band, menghirup dan menghembus asap rokok sambil bercerita dan bertanya tentang cara kehidupan manusia² tempatan, corak pemerintahan dan sistem politik yang mempunyai sehingga empat puluh parti politik, sistem pendidikannya, jenis² makanannya, tempat² yang harus dilawati kemudian berilustrasi tentang dunia muzik di Indonesia juga Malaysia, berkongsi cerita tentang Ivan 'scumbag' selaku vokalis BURGERKILL yang telah menemui ajal dan segala ratus macam pertanyaan yang berjaya diluahkan. Yusuf amat setia bersama kami seolah² menjadi agen pelancongan yang tidak berbayar. Setinggi² terima kasih kepadanya. Menghabiskan masa dengan melawati gunung berapi, membeli belah dipasar kering, mandi dikolam dan air terjun panas dilereng bukit, menjamu selera sambil bersila dengan nasi berwarna merah juga dengan ikan dan ayam bakar sambil melihat panorama indah kota bandung dari atas bukit, melewati ladang teh serta pokok pine dan menghirup udara paling segar yang pernah aku hirup, beramah mesra dengan mat² metal, geng² motor (mat motor), penjual² cenderamata, peminta sedekah, pemuzik² jalanan, gadis² trendy, yuppies², 'party people'dan segala macam jenis manusia disana benar² menyuntik semangat aku untuk datang semula ke Bandung. Ketelusan dan ketulusan sukar dilihat dengan mata kasar tetapi amat senang untuk dirasai didalam hati.

4 comments:

Gen Mayhem said...

yusuf is a nice dude
n anak² underground kat sana memang baik² dan friendly.

Suffian Salim said...

huhu...aku setuju, die baik gile sampai aku tanye mcm mane nak ushar awek² bandung pun die ckp tak reti..ahahha

Gen Mayhem said...

budak budak scene bandung banyak yg baik baik dow..ko nak yang agak jahat..ko g jer kat jakarta.. takpun Jogja, siap bawak rumah ayam lagik..haha

Suffian Salim said...

Ahahaha..tak gune..ayam dorg kt sane tak sihat..

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law