Tuesday, 21 April 2009

Rosehill cottage.

Pagi ahad yang lalu, setelah bangun dari tidur pada awal pagi dengan suasana yang amat sunyi serta nyaman dengan pandangan yang terlalu hijau sambil langit sangat kelam hingga aku rasa sedang berada didalam 'Rosehill cottage' di Surrey,London. Dari jauh aku terlihat Leith Hill dan Box Hill membuatkan hati amat tenang menghirup udara segar. Sungguh jauh imaginasi. Yes aku bukan berada dirumah aku, tetapi sedang berada dikampung emak di Perak. Dalam keadaan yang amat tenang sambil aku terus belek satu persatu baris² ayat dalam buku 'My self Scumbag'. Jiwa dan fikiran teringat kepada beberapa orang yang pernah rapat dengan aku. Tanpa buang masa aku capai 'handphone' lalu hantar teks ringkas kepada mereka. cuba bertanya khabar dan beberapa perkara lain, aku sukar untuk nyatakan secara terang yang aku amat rindu pada mereka kerana aku sudah biasa begitu. Tetapi sebenarnya aku sedang memutarkan semula kebelakang segala apa yang pernah dilalui sama² ketika susah mahupun senang. Malangnya dari teks ringkas yang dibalas mereka tidak tunjukkan apa² reaksi pun cuma jawab yang mereka 'ok' dan jika dibaca secara terbalik setiap baris² kata tersebut ianya seolah² berbunyi " Dah lah, aku happy je kat sini tanpa kau". Tanpa perlu balas teks ringkas aku paham dan mengerti tentang maksud mereka. Dalam setiap pertemuan, dalam setiap ikatan persahabatan mahupun lebih dari itu, tidak semestinya kita perlu kekalkan semuanya. Aku tutup buku lalu memainkan lagu DRAMACOMA 'Law of today, gone Tomorrow' melalui handphone sambil baring dan terus tidur kerana tiada apa yang menarik disini, kerana aku bukan berada didalam Rosehill cottage.

2 comments:

Anonymous said...

buku yg baru ditutup itu sbnrnya, sudah usang,dan ada manusia cuba untuk tidak menutupnya, tetapi malangnya, muka suratnya sudah penuh,sarat dengan pelbagai kisah,suka dan duka,wpn cuba ditambah muka suratnya,tetapi ia tetap terkoyak,mungkin kerana buku itu tidak mampu menampung pelbagai kisah lagi,lalu ia tertutp juga dengan sendirinya disbbkan oleh keadaan yg uzur dan menyedihkan itu. :)

Suffian Salim said...

aku sedang menitiskan airmata bila baca komen ini..terima kasih

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law