Telah banyak hari aku selak satu persatu muka surat, memahami setiap baris kata², menyerap segala hikmah dan azimat dari buku yang bertajuk MY SELF SCUMBAG - Beyond life and death, ianya adalah sebuah kisah benar yang diceritakan semula dalam bentuk penulisan tentang kehidupan seorang pejuang muzik metal bernama Ivan yang telah menjadi penyanyi untuk band paling berkarisma di Indonesia iaitu BURGERKILL, Yes aku berjaya beli buku ini ketika aku di Bandung dan amat mengejutkan ianya adalah cetakan kedua dan ketika aku beli mereka didalam proses untuk mengeluarkan cetakan yang ketiga. Kisah perjalan hidup Ivan dari dia kecil hinggalah dewasa dan seterusnya berjuang untuk mengembangkan pengaruh muzik metal di sekitar tanah Bandung dan seterusnya menjadi bintang yang amat bersinar dan berpengaruh di Indonesia dan aku pasti ramai disini yang kenal Ivan juga BURGERKILL. Cuma takdir menentukan segala²nya, Ivan telah kembali kepada yang maha esa akibat menderita satu penyakit yang dirahsiakan. Ianya sebuah kisah yang penuh dengan tragik, konflik dan beremosi. Walaupun aku masih belum berjaya habis membaca buku itu, tetapi hati sering terdetik tentang langkah² akhir sebelum bertemu dengan kematian, dan jika aku mati, bertalu² pertanyaan bersawang didalam kepala tentang bagaimana mereka yang dekat dengan aku dan masih hidup akan teruskan kehidupan seperti biasa jika aku sudah tidak ada nanti, adakah mereka akan terus mengingati aku?? adakah mereka akan sambung segala impian dan harapan yang telah aku hentikan?? dan segala macam persoalan lagi. Anda pula bagaimana??
senyum
3 comments:
yerp..aku pun dpt 2nd edition..seperti kata kimung, 1st edition banyak benda penting tertinggal.
Dan seperti kau jugak, aku pun terfikir benda yang sama..
the best thing dlm buku ni, mengenai bagaimana ivan struggle untuk keep on living dalam masa yang sama buat sumthing yang dia betul betul suka
tagging.. tagging.. anda di TAG!
Tula pasal..Tuhan lebih sayang kt dia..tp cita² nak jadikan Ujung berung sama hebat mcm Tampa,Florida yang paling best tu..
Ms Fint TAG tu ape..jemputan majlis makan² ke..huhu
Post a Comment