ketika malam semakin bersedia menuju pagi, ketika bulan dan bintang terus bersinar walaupun tahu yang
lama kelamaan pasti tidak kelihatan kerana sinar matahari akan memenangi keadaan. Jam 3 pagi
aku masih lagi terus bingung dan masih lagi mencari jawapan, dan pada masa yang sama pasti ada yang sedang
menantikan soalannya terjawab, pasti ada yang sedang enak dibuai mimpi didunia yang lain, pasti juga ada yang
sedang berfikir tentang hari esok. Ada juga yang tidak lagi mampu tidur kerana menyiapkan tugasan sebelum dihantar
pada paginya, tidak kurang juga yang sedang mencari ilham menulis lagu dengan mendegar nota² halus yang keluar
dari corong speaker mahupun earphone.Dalam pada masa yang sama pasti akan ada yang sedang sibuk berfikir untuk menjatuhkan pihak
lawan pada hari esok, ada juga yang telah bangun memasak nasi untuk diperdagangkan selepas keheningan subuh berlabuh. Rezeki yang dicari memang
tidak pernah cukup, dan aku juga sedang memikirkan apa pula yang sedang berlaku di Tokyo pasti ramai yang sedang sibuk dan
berpusu² mengejar kejayaan. Bagaimana pula di kota London?? mungkin semua sedang mengehela nafas lega kerana senja baru sahaja
berlabuh, di New York pasti ramai yang sedang bergasak² mencari kekayaan. Di Afganistan mungkin terus menjadi tanda tanya.
Di Palestin pasti seorang demi seorang menghembuskan nafas yang terakhir. Apatah lagi di Iraq kuasa terus menguasai. Aku juga
sedang berfikir tentang manusia² di Tibet mahupun di kepulauan Tuvalu. Semua sedang berusaha untuk terus hidup dan juga mungkin
telah bersedia untuk mati, dan Ada juga yang sedang gembira menyambut ketibaan orang baru dan mungkin salah satunya di Auckland.
Sama ada penting atau tidak aku akan terus cuba untuk menyelesaikan teka-teki yang tidak pernah berjaya diselesaikan oleh otak dan jiwa aku.
Pencari masih lagi tiada hala tuju namun apa yang pasti aku terus ego dan tidak mahu tunduk mengalah walaupun sebenarnya aku telah lama kalah.
Mungkin aku telah dilatih jadi begini dan aku pun tidak pasti siapa yang melatihnya. Maaf fikiran aku masih lagi pincang , di tempat kerja
walaupun perperangan
telah tamat namun aku dan yang lain masih lagi sibuk membersihkan mayat² yang bergelimpangan, kami juga sedang sibuk berusaha menuntut kemerdekaan
sebelum pihak penjajah yang lain datang semula. Terima kasih kerana masih lagi memburu cemburu. Aku akan cuba mencari sinar.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment