Kremlin,RUSIAHari ini, aku lansung tidak mahu peduli apa yang hendak datang menghambat aku. Hari ini aku tidak mahu mengendahkan apa yang mahu berpusing² didalam kepala aku. Hari ini juga aku tidak mahu ambil kisah tentang tangisan disekeliling aku. Hari ini aku hanya mahu menghayati erti kebebasan yang dari dulu lagi aku asyik laungkan didalam hati dan juga naluri aku. Hari ini selepas bangun dari tidur sekitar jam 12:00 tghari aku rasa seperti sedang berjalan menyusuri lorong² cantik menuju ke Kremlin,Rusia. Hari ini selepas mandi aku rasa seperti mahu terbang tinggi dan melihat keindahan Taj Mahal dari ruang udara. Hari ini selepas aku meneguk segelas nescafe aku seperti mahu menyelam kedasar laut dikepulauan Borneo untuk menyaksikan warna² gemilang dari sinaran batu karang. Hari ini dan beberapa hari seterusnya adalah hari aku. Hari dimana aku menuntut pembelaan selepas perperangan. Hari dimana aku mendapat kebebasan yang paling nyata.
Hari ini dan beberapa puluh jam seterusnya aku sedang bercuti.
Tiba-tiba (beep..) bunyi sms masuk lalu aku membaca.
"Weh, yang semalam kau...pasal kerje..pasal kerjeee..pasal kerrjeee..ala yang kerje tu..kerjee...kerjaaa...kerja..ker...ker..jaa..jaaa..kerjaa...hal kerja...kerja...pasal kerjee..."
Woohoo...!!!! aku gembira...!!!
1 comments:
u know what,im always reading ur blog.My frenz yg introduce...
Post a Comment