Tengah hari menuju petang, sambil melayani perasaan bersalah aku terhadap perut dan juga nafsu makan dimana aku Wan dan Amin telah membiarkan racun² karbohidrat menyerang seluruh badan. Namun aku pasrah ini adalah lumrah kepada asas kehidupan, sambil menikmati hari yang agak tenang aku cuba untuk menghabiskan setiap helai daun tulisan dari karya Sheryll Stothard 'Beyond the Tempurung'. Lalu aku berfikir apa yang sedang berlegar² diminda aku, apa yang sedang berlari² didalam jiwa aku. Itulah orang tua² selalu berkata Jika takut diserang ombak janganlah berumah ditepi pantai. Namun apa yang sedang aku hadapi pada waktu ini adalah rumah ditepi pantai yang aku bina tidak diserang ombak tetapi diserang obor² serta ikan pari, dan ianya amat menyulitkan keadaan. Ditambah pula saat hidup ini diterjah dengan kekalutan aku seperti semakin hari semakin cair dan mahu layu kebawah. Begitu juga bila aku kenang tentang setiap kawan² disekeliling aku, dulu sewaktu aku disekolah rendah dan aku masih lagi ingat hingga sekarang, Cikgu aku pernah bagi tau yang walau ramai mana pun kawan yang kita ada, walau segembira mana sekalipun kita bersama mereka tapi satu hari nanti atau lambat laun pasti seorang demi seorang akan jauh meninggalkan kita, tidak kira sama ada sudah benci untuk kawan dengan kita, sebab terlalu ikut kata orang lain dalam memilih kawan, cuba mencari haluan masing² dan banyak lagi. Sama ada nyata atau tidak tapi itulah hakikatnya.
Kepada sesiapa yang mengenali aku, tidak semestinya aku yang paksa diri aku untuk jauhkan diri, tapi ianya datang semula jadi dan harap mungkin ada diantara kita yang perlu diperbaiki.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment