Sejak dari minggu lepas ramai diantara rakan² aku yg selalu membaca blog aku, ada yang aku kenal
ada yang aku tidak pernah jumpa pun telah bertanya kepada aku kenapa tiada ulasan ataupun teori terbaru
tentang scene politik yang sedang dipertontonkan kepada kita sejak akhir² ini. Aku agak teruja kerana ada yang
mengambil kira tentang apa yang aku tulis sebelum ini. Terima kasih kerana menganggap aku wujud serta menerima
idea² yang dikeluarkan oleh manusia robot seperti aku. Ada juga beberapa rakan yang aku kenal melalui
myspace terus dan terus bertanya tentang blog yg tidak update. Aku agak berat sebenarnya hendak menulis tentang
wayang gambar cerita keadaan politik disini, salah satu sebabnya adalah kerana sekarang ni semua orang nak tulis blog,
bercerita tentang apa yang mereka tahu ataupun tidak tahu dan ada juga yang just copy dan paste kemudian letak di blog masing².
Pertama sekali tahniah kerana semakin ramai yang ambil pusing seserius yang mungkin tentang dunia politik yang semakin hari
semakin rapuh dan akan runtuh. Kepada sesiapa yang tidak mahu ambil peduli dengan meluahkan kata² seperti
"ala ini semua keje orang politik biarkah diaorang yang uruskan, kita buat apa nak sibuk"
terima kasih juga kerana tidak mahu masuk campur dan tahniah
kerana manusia² seperti ini telah pun melupakan tentang kepentingan anak² serta cucu² mereka nanti. Manusia² sebegini yang selalu
mencari jalan mudah sepatutnya tidak perlu berkeluarga atau sebagainya kerana mereka tidak mahu bertanggungjawab tentang kesulitan hari ini demi
hari esok. Tahniah..!! Tahniah..!!
Aku tiada teori untuk cerita yang sedang berlaku, cuma ada sedikit rumusan mahupun sinopsis dan terlebih awal aku katakan
tiada sebarang akuan sumpah untuk artikel yang aku tulis hari ini, ianya cumalah sebuah gambaran dalam bentuk penulisan oleh seorang warganegara
yang semakin hari semakin luntur semangat nasionalisma nya.
PakLah manusia yang amat baik hati telah pun diperbodoh²kan oleh banyak pihak dan aku juga rasa terkilan kerana tidak tackle anak dia dulu, jika tidak mesti aku
akan jadi manusia lupa daratan sekarang, dan kerana sifatnya yang amat lemah lembut serta baik dia terus dilupakan sebagai perdana menteri buat masa ini. Dr. Mahathir pula
semakin hari semakin jelik dengan perangainya dan aku masih kuat berdiri menyokong setiap ideologi yang dicipta olehnya, jika PakLah mampu menyambung legasi Dr.Mahathir tanpa
dipengaruhi oleh manusia² lain sudah tentu kita semua akan hidup seperti disebuah syurga buat masa ini. Yes betul, Dr. Mahathir pun tidak betul kerana ramai yang cakap dia pun
dah berjaya makan duit sebanyak yang mungkin, aku tidak berani untuk mengsahihkan kisah ini, tetapi itu adalah lumrah dunia dan kita patut persalahkan manusia yang mencipta duit, pangkat serta kuasa.
Apa yang penting pada ketika Dr.Mahathir menjadi PM aku tidak sengsara seperti sekarang, sekotak air soya masih lagi rm0.70 atau rm0.80, dengan membawa
rm3.00 perut sudah pun kenyang sampai ke petang dan itu yang kita mahu sebenarnya. Tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Kisah tragis politik scene disini sekarang bukan lagi tentang PakLah mahupun Dr.Mahathir tetapi adalah tentang Najib dan rakan² serta Anwar Ibrahim, Sama ada berjaya atau tidak,
mahu atau tidak mahu satu hari nanti Paklah mungkin akan menyerahkan kuasanya kepada Najib dan secara tidak lansung Najib tidak mahu memerintah negara yang sedang rapuh dan akan runtuh ini, dia mungkin
tidak berani untuk mengambil risiko sebesar ini untuk menjadi seorang PM. Tetapi calon yang dilihat oleh semua orang termasuklah
Dr.Mahathir adalah Najib dan ianya lebih merunsingkan kepala apabila sudah tiada pilihan lain.
Apa yang aku lihat buat masa Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menjadi PM yang keenam paling lewat hujung september ini
dan aku pasti ianya telah pun diakui oleh pihak lawannnya, dan sekarang sedaya upaya membuat pelbagai tipu helah, dakwah serta dakyah yang lansung tidak
ambil peduli sama ada betul atau tidak betul, tanpa memikirkan tentang kewujudan syurga dan neraka, tanpa memikirkan dosa dan pahala dan ada yang telah lupa
arah kiblat dimana mereka terus menerus berusaha untuk mematahkan impian Anwar Ibrahim,
Formula Kisah liwat yang mengyayat hati semua orang telah sekali lagi digunakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan tanpa
mereka sedar mereka secara tidak lansung telah mempopularkan lagi kredibiliti Anwar Ibrahim. Siapa yang mahu percaya tentang
kisah ini?? walaupun peratus kes liwat ini boleh dianggap 55% betul kerana aku masih lagi ingat rakan aku sewaktu belajar disekolah
pondok hampir² berjaya diliwat oleh ustaznya dan secara rumusnya boleh aku cakap tiada manusia yang sempurna didunia ini dan Anwar Ibrahim
bukanlah malaikat, dia juga adalah manusia. Maaf aku tidak boleh ulas dengan lebih lanjut tentang hal ini kerana mungkin ada yang tidak paham
akan membuat teori yang tidak benar nanti.
Sama jugalah tentang kisah Tragik Altantuya serta pengilibatan Najib dan isteri dalam hal ini. Sama ada benar ataupun tidak hanya Allah sahaja
yang maha mengetahui. Cuma apa yang sedang kita saksikan sekarang melalui kisah ini, Anwar Ibrahim telah berjaya memegang watak baik
dan Najib pula secara paksa atau terpaksa atau mungkin dipaksa telah pun memegang watak jahat. Jika ada 20 juta rakyat disini
mungkin golongan² tua yang akan percaya cakap pembaca berita buletin utama diTV3, penulis² tegar di suratkhabar Utusan,Berita Harian,
Metro,Kosmo serta akhbar² yang sewaktu denganya. Sama ada sedar atau tidak sejak harga rokok dinaikkan dan ditambah pula dengan harga
minyak serta harga barang yang melambung tinggi telah ramai orang yang tidak membeli surat khabar, mereka lebih mementingkan
sekotak rokok, sebungkus nasi mahupun selter minyak dari membeli surat khabar dan ini adalah salah satu formula yang gagal yang telah tercipta, aku juga lebih selesa
melawat malaysiakini.com di internet kerana beritanya tidak pro mana² pihak dan buat masa ini ianya telus dan tulus, dan jika 10 juta
rakyat menonton berita di tv setiap jam 8 setiap malam tidak mustahil 6 juta daripadanya akan turut sama menonton youtube dan juga
mempunyai facebook,myspace,friendster dll, dimana pelbagai anasir sama ada benar atau tidak akan dipersembahkan melalui kaca monitor,
apatah lagi pembaca² blog. Semuanya mampu dipengaruh atau mempengaruhi orang lain. Maka dengan itu penggunaan informasi yang diterapkan oleh
media² disini sudah tidak relevan lagi dan kesemua ahli politik sudah tidak sepatutnya bergantung kepada mereka, dalam erti kata yang lain
sudah tiba masanya untuk menjadi manusia yang jujur. Belajar sedalam²nya erti 'Art to conduct people'jadilah manusia yang bijak
dengan kebijaksanaan dan bukannya bijak dengan memijak orang lain demi kepentingan diri sendiri.Duit dan kuasa yang dicari tidak dapat menjanjikan apa². Jangan
tergolong didalam golongan orang² istirdraj (golongan orang² yang leka dengan kekayaan) jika tidak silap aku.
Sekali lagi aku menegaskan sama ada siapa pun yang bakal menjadi PM tidak lansung merumitkan fikiran aku. Cuma haruslah jujur telus dan tulus.
Harap maaf kerana aku tidak menggunakan perkataan² seperti Dato'seri,Yang berhormat,Tun,Tuanku, dan sedarjat dengannya kerana bagi aku semua
manusia dicipta sama dan tidak perlu dibezakan dengan pangkat mahupun kuasa. Kepada sesiapa yang baca ini bukan teori mahupun perutusan untuk
membenarkan perkara yang salah atau sebaliknya. Aku cuma membuat rumusan terhadap apa yang aku nampak dan tiada akuan bersumpah untuk artikel ini.
Maaf sekali lagi kerana aku tidak memberi sebarang teori. Jumpa aku jika ingin tahu kisah disebaliknya..
Ketika sedang menaip artikel ini telinga aku menyerap lagu 'berita kepada kawan - Ebiet G.Ade
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment