Monday 18 January 2010

Drama minggu lalu.

Sambil semua yang ada sedang duduk dan minum² di atas meja bulat, sambil aku cuba membelek nota² yang ada, sambil cuba fahamkan dalam keadaan yang sangat tenang, tapi sebenarnya aku sedang tipu diri aku sendiri. Tidak ada satu pun nota yang aku baca masuk dan terpahat didalam kepala. Cuma untuk tunjuk pada manusia² lain disekeliling yang aku sama macam mereka, iaitu fokus kepada setiap apa yang diajar dan aku percaya, rakan² pun sama.

"Pening kepala aku, semua yang dia ajar satu pun tak masuk kepala..tak gune betul.." Dengus Nazry.

"Tulah kan..susah lah.." Cantas Ikhwan.

"Kat sini memang susah gile subjek die, berserabut dah ni.." Jelas Amin.

"Ada dua benda je yang senang gile kat sini.." Jawab aku.

"Apa dia??" tanya Amin.

"Cukup time, makanan sampai and kite makan, rase nak minum tekan je kat situ, semua jenis air ade...sejuk, panas semua ada..senang kan..??" Jawab aku sambil tunding jri kearah mesin air automatik.

"A'aah la..sambil pejam mata pun boleh tekan and air keluar.." Jelas Nazry.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law