Tuesday, 12 January 2010

Plot tentang aku.

2010 sama seperti orang lain tapi tidak sama seperti aku. Jika tahun² yang lalu aku hanya mampu terkulai layu, tapi tahun ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Sejak dari minggu pertama tahun baru memang aku sesak dengan segala macam konflik, kertas kerja, hiruk pikuk manusia yang masih lagi tidak kenal erti kejayaan dan segala macam rencah kehidupan. Yes!! aku sangat penat, tidur tidak cukup, tenaga tidak teguh cuma selera makan masih utuh. Bila ditanya apa yang lain pada 2010 pada pandangan mata kasar aku tentang diri aku sendiri, jawapannya adalah aku masih lagi sama seperti dulu, try and error masih lagi jadi rakan karib aku, cuma pada tahun ini satu perkara paling berani aku cuba buat adalah sambung belajar dan pada masa yang sama terus bekerja. Yes.. today is my first day in class, memang kekok, memang terkejut, memang kelam kabut. Tapi aku macam biasa berlagak seperti cool dan hari ini adalah hari dimana rokok aku paling cepat habis dari hari² lain. Pertama adalah sebab subjek yang sedang aku belajar agak baru pada aku lalu buatkan aku jadi tertekan dan kedua adalah kerana untuk elak dari mengantuk didalam kelas, yang ketiga dan keempat, sila 'refer' nombor dua. Yes..!! untuk jadi seorang pakar x-ray bukanlah mudah lebih² lagi jika yang aku hendak x-ray bukan manusia tetapi sebaliknya seketul besar besi yang boleh terbang berbelas² jam lamanya iaitu kapal terbang. Anyway minggu ini adalah fasa pertama dan bagi aku fasa paling penting tentang hala tuju cita² aku, berjaya atau tidak, aku sendiri pun tak pasti cuma satu perkara paling gembira bila aku mula belajar hari ini ialah.

Ada mesin automatik untuk kopi di tempat rehat dan ianya percuma, 'just press the button' dan anda dapat menikmati aroma kopi terbaik.

3 comments:

ezzati said...

kat sini pon adaa..teh tarik lagi..:p

p/s: study??ermm

Suffian Salim said...

ahaha....saya tidak boleh minum teh tarik..

yes study...huhu..

Anonymous said...

ahahaha...jahanam

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law