Sana-sini orang bincang pasal BERSIH, sana-sini orang kutuk pasal BERSIH, sana-sini segala macam pendapat dan hujah dilemparkan. Ada yang cakap ini agenda orang² kristian, ada yang cakap ini agenda ketua pembangkang, ada yang cakap ini agenda untuk menggulingkan kerajaan, ada yang cakap ianya bakal merosakkan industri pelancongan dan pada masa yang sama habis ekonomi peniaga² dikota akan terjejas. Aku yang hari² bekerja tanpa nafsu juga selalu terdengar dengan pelbagai jenis perbahasaan juga pidato oleh para² pemidato terpilih tentang perhimpunan BERSIH. Persoalan yang selalu bermain di minda juga jiwa aku, apa objektif perhimpunan BERSIH ini. Sekelumit pendapat ingin aku kongsi bersama², bagi yang kurang fasih dengan lenggang-lenggok kisah politik negara. Perhimpunan BERSIH ini adalah satu tuntutan kepada sebuah sistem pilihanraya yang bersih, adil juga telus. Apa di negara kita sistem pilihanraya-nya tidak adil ke? tidak telus ke?, mari kita toleh kebelakang buat sementara, sebelum Hosni Mubarak digulingkan melalui revolusi dijalanan, kerajaannya menang hampir 95% pada pilihanraya. Jika dia mendapat sokongan dari rakyat mengapa perlu sampai lebih sejuta manusia turun ke jalanan dan mahu dia digulingkan?? Yes!! pilihanraya jika adil sudah lama ianya diharamkan, namun sedikit harapan diminta oleh segenap manusia yang ada ditanah air kita dimana mereka mahukan sebuah sistem pilihanraya yang bersih, bersih dari segala penipuan. Jika tidak masakan ada bekas² askar mengaku yang mereka tidak pernah memangkah ketika pilihanraya umum diadakan. Jadi sebuah perhimpunan diadakan dan akan bergerak terus menuju ke istana negara untuk penyerahan memorandum pada Agong, kenapa Agong dan bukan perdana menteri, kerana Suruhanjaya Pilihanraya duduk dibawah Agong dan bukannya perdana menteri. Jika kita patah semula beberapa tahun yang lalu, perhimpunan BERSIH ini pernah diadakan pada tahun 2007 dan seramai lebih kurang 100ribu manusia memenuhi jalan untuk menuntut keadilan, namun tiada apa² perubahan yang berlaku pada sistem pilihanraya. Pada tahun ini mereka jangka sehingga 300ribu orang akan turut serta dan ianya bagaikan sebuah pesta menuntut keadilan. Tetapi walaubagaimanapun pihak kerajaan mula resah, mula gundah lalu terlalu banyak anasir² negatif disebarkan demi untuk menakut² rakyat. Jika perhimpunan haram ini diteruskan habislah kota kuala lumpur, habislah para peniaga juga pelancong, tidak ketinggalan juga para² pelacur. Sedikit info untuk semua ini bukan perhimpunan haram, ianya termaktub didalam perlembagaan cuma bila provokasi berlaku maka kekecohan akan tercetus, bila tercetus segala pandangan negatif akan tersebar. Aku menulis bukan disebabkan aku pro pihak pembangkan mahu pun pro perhimpunan BERSIH cuma jika kita kupas satu persatu, kaji sedalam²nya, kenapa perhimpunan ini mendapat sambutan? persoalan yang harus difikirkan. Bila semua diantara kita hidup dalam kesempitan, subsidi dikurangkan, tarif elektrik dinaikkan termasuklah terpaksa menggunakan minyak ron95 padahal negara kita adalah negara pengeluar minyak, dengan gaji minima masih lagi pada kadar tidak membanggakan, dengan hutang setiap individu semakin hari semakin meningkat sedangkan kita setiap hari membayar segala macam cukai kerajaan contohnya, makan dikedai² multinasional, bayar bil telefon, rokok, cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya dan apa yang lebih menyedihkan pihak kerajaan atau orang² yang telah diamanahkan berbelanja dengan jauh lebih mewah dari kita, is it fair?? maka dengan itu semakin ramai orang peka dan mahu pihak kerajaan ditukarkan dan salah satu caranya adalah melalui pilihanraya yang telus. Cuba bayangkan, jika pihak kerajaan mampu untuk tidak menyusahkan rakyat, mampu untuk kurangkan peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.Adakah ramai orang akan sibuk² untuk turun ke perhimpunan BERSIH?? Adakah ramai orang akan minta untuk tukar kerajaan?? Adakah orang ramai berani untuk minta keadilan?
Jadi jika ada orang cakap "kalau pilihanraya tidak bersih masakan parti pembangkan boleh menang beberapa buah negeri pada pilihanraya yang lalu". Jawapannya mudah sahaja, jika benar² bersih kesemua 14 buah negeri sudah lama dikuasai oleh parti pembangkang.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
2 comments:
sekadar pendapat..
Revolusi di mesir berjaya menjatuhkan mubarak tapi rasnya xperlu jadikan mesir/negara2 timur sebagai idola.sbb mereka pon masih gagal nk kekalkan keamanan lpas revolusi.
sekrg ni if keluar rumah after 7pm pon rasa takut.rogol.tikam.rompak.bertambah2.
bagi saya yang rasa keadaan masa revolusi tu saya rasa bersyukur malaysia masih aman..bayangkan kalau keluar pukul 6 kena tembak masa perintah bekurung dikeluarkan..elektrik air xde..makann mahal 3/4 kali ganda.kereta kebal merata2.mmg bersyukur sangat Malaysia xada semua tu..yang penting kena jaga keamanan kita..pastikan perhimpuanan aman..kita nak pembaharuan bukannya nak musnahkan apa yng kita ada..yng join pon kne paham konsep perhimpuann tu sndri.
Terima kasih cik Dalilakadir, actually terlalu sukar utk diterangkan sebenarnya..BERSIH adalah satu perhimpunan aman yg pernah diadakan sebelum ni iaitu pd tahun 2007,ianya lebih awal dr revolusi yg berlaku di mesir ketika mereka ingin menumbangkan Hosni mubarak..secara praktikalnya mmg perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan aman tetapi ketika bergerak secara aman pun pihak polis telah lalukan pelbagai provokasi, dimana ianya adalah punca kpd ketegangan. Jika pihak polis bertindak secara adil tanpa dipengaruhi oleh mane2 pihak yg berkuasa sudah tentu perhimpunan aman ini mencapai objektifnya..siapa yg mahu negara mereka jadi porak peranda?? betul tak?? jd pd pendapat sy sepatutnya pihak polis mengawal pergerakan perhimpunan ni secara profesional sama seperti polis2 lain didunia ini dimana mereka mampu utk mengawal kententeraman ketika berhimpun..bukannya bertindak mengikut telunjuk org atasan yg berkepentingan...
Post a Comment