Monday, 3 August 2009

Aku tahu, aku juga mengerti yang aku tidak sehebat George Clooney.

Pagi ini, pagi yang cukup kelabu, mendung serta berangin menemani aku untuk sampai ketempat kerja, aku senang dan aku tenang. Selepas makan sebiji epal hijau serta mengirup kopi sebelum sampai ketempat kerja membuatkan hati aku lebih girang dan terang. Hari isnin aku tidak sama seperti hari isnin orang lain. Hari isnin aku adalah hari yang penuh dengan ukiran senyuman. Berjalan seorang diri sambil menyalakan api untuk rokok benar² buat aku sama seperti seorang George Clooney. Dalam setiap langkah yang penuh dengan keyakinan aku terus mara ke perut pejabat dengan harapan aku akan buat yang terbaik untuk hari ini. Hari yang tenang benar² 'make my day'. Selepas duduk sambil menghadap pc lalu membuka email. aku terbaca beberapa teks yang baru sampai kedalam peti surat. Damn!! banyak hentakan, banyak tamparan juga sepak terajang. Aku benar² terkejut, kenapalah ramai sangat orang suka cari masalah dengan orang lain yang selalu bantu mereka. Thats it!!. Seperti yang telah dirancang aku benar² perlukan escapade. Aku benar² perlu jauh dari mereka semua.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law