Friday 14 August 2009

Bront Palarae adalah Nasrul suhaimin.

Selepas semua berpenat lelah mencari hala tuju masing² dua hari yang lalu kami berjumpa semula. "guys nite out" perkara yang selalu aku dan lain² buat tetapi telah lama kami tidak lakukan bersama. Kenapa?? tidak perlu tahu. Lalu kami mengambil peluang untuk bergelak ketawa, dengan cara bagaimana?? dengan cara pergi tengok wayang cerita lucu. Yes "filem kita wajah kita", itulah yang dilaungkan oleh Finas dari aku kecil lagi, Jadi kami buat keputusan untuk menonton cerita 'SETEM' arahan Khabir Bhatia, lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que haidar, Vanida Imran dan ramai lagi. "filem kita,tidak perlu skrin dan seat yang banyak" itulah kebenaran. Ianya seperti satu perjudian dan kami menang besar. Dalam erti kata yang lain silalah pergi menontonnya, hilangkan rasa sepi, hilangkan rasa kecewa serta duka kerana aku beri 4 bintang dari 3 yang ada.




0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law