Monday, 30 May 2011

Bon anniversaire à nous

Pada bulan may 2 tahun yang lalu juga may 3 tahun yang lalu, 7 tahun, 10 tahun, 15 tahun yang lalu, aku memang tidak ambil peduli pun tentang bulan may, tiada perkara yang istimewa berlaku pada bulan may. Tapi sejak tahun lepas bulan may merupakan bulan paling sibuk bagi aku kerana kami berusaha untuk pastikan majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancar. Pejam mata, tutup telinga juga mulut ternganga, sedar tidak sedar sudah secukup setahun. Sabtu yang lalu adalah hari ulang tahun pertama aku dan 'super wife'. Tiada apa yang aku mampu berikan cuma hati ini, jiwa ini, juga jasad ini hanya untuk dia, hanya untuk 'super wife' aku.

Happy Wedding Anniversary to my Lovely Wife.

Friday, 27 May 2011

Revolt.

Sejak kebelakang ini aku jarang menulis, jarang perah otak, jarang pulas jiwa juga jarang toreh setiap saluran darah yang ada. Hidup ini semakin hari semakin malap, semakin hari semakin kabur. Moral aku jatuh, jatuh ketahap paling bawah. Bagi aku sedikit ruang untuk menghela nafas, bagi aku sedikit peluang untuk bersuara.
Hentikan warna hitam dan putih, hentikan pusingan ying dan yang, hentikan segala kejahatan juga kebaikan.

Aku hanya mahu hidup tenang.

Friday, 20 May 2011

Malaysia Sendirian Berhad.

Rata-rata sibuk mengatakan tentang kenaikan harga gula, tapi rata-rata juga sibuk beri fokus pada penubuhan kerajaan kristian di negara ini, rata-rata masih lagi binggung dan bengong, rata-rata masih lagi tidak faham dan tidak mengerti, rata-rata yang kononnya belajar tinggi, kononnya ada PHD tapi mampu dimanipulasi, rata-rata diantara kita masih lagi tidak berfikir secara kritikal walaupun mengaku diri itu bijak, rata-rata masih tidak faham tentang apa yang sedang berlaku ditanah air ini, rata-rata sibuk risau tentang masalah rasisma dari serangan kapitalisma. Bila mereka mahu sedar??, bila mereka mahu buka mata?? dan bila mereka mahu mula bersuara??

Mungkin bila bayaran dikenakan ketika mahu isi angin tayar kenderaan di stesen minyak, baru mereka hendak sedar, itu pun jika mampu sedar.

Cekap amanah dan betul.

Polis, sepertimana yang kita semua sedia maklum, mereka menjaga keamanan negara, banteras jenayah, menjaga lalulintas, menangkap orang² jahat seperti peragut, pencuri, perompak, penagih dadah dan banyak lagi. Selain dari itu juga polis ditugaskan untuk menghalang sebarang demo² haram, rusuhan, juga perhimpunan² yang mampu bawa kemudaratan pada negara. Kerja² polis sangat mulia, sangat berwibawa. Ramai juga yang menggangap kerjaya sebagai seorang polis adalah jalan terakhir untuk mendapat kerja, setelah susah untuk mendapat kerja dalam bidang lain juga bagi yang malas hendak belajar selepas tamat pengajian sekolah menegah. Majoriti polis pula akan dianggap sebagai seorang yang garang, ganas, tegas dan panas baran. Semua orang sudah sedia maklum tentang hal itu, ini belum buka cerita tentang gejala rasuah yang berleluasa. Tapi hari ini kawan aku cerita di Malaysia hanya ade 1 bahagian sahaja polis yang baik hati dan berbudi bahasa, cekap amanah dan betul. Bila aku tanya polis bahagian mana?

Dia jawab hanya polis Gerak Khas di RTM saja yang begitu.

Mencari obor kebebasan.

Ketika sedang sibuk menggulung helaian spaghetti di garfu, sambil yang lain juga beri fokus pada pinggan masing², suasana nyaman dan sejuk kerana hujan baru berhenti. Aku yang baru pulang dari kerja walaupun pada hari cuti, cuba mencari sekelumit kebebasan dengan membuang masa bersama rakan², objektif utama hanya mahu hilangkan rasa tertekan dan beban ditempat kerja. Beberapa minit kemudian aku cangkuk jari ditelinga cawan lalu hirup kopi. Ritual biasa bermula lagi, segulung american eagle dibakar dan tutur kata dimulakan semula.

"Tak lama lagi minyak naik, korang standby jelah.." Jelas aku dengan menyambung semula cerita.

Wan terbeliak matanya "Kan baru naik aritu..takkan nak naik lagi..??'

"Hari tu Ron97 kali ni Ron95 plak..korang tunggu jelah.." Jelas aku lagi.

Dengan nada mengeluh.."Nampaknya kene jugak aku join budak² fixie la..pegi keje pun naik basikal jelah..babi la.."

"Ahahaha..tahan ke tayar basikal tu nanti Wan.." Tanye aku lagi..

"kahkahkah.."

Perjalanan diteruskan lagi dan lagi.

Masih lagi kisah di kota London hingga ke Liverpool, aku mungkin tidak akan kering air liur di anak tekak jika mahu bercerita satu persatu tentang trip aku ke kota London. Memang telah sekian lama aku faham dan mengerti tentang cara hidup mereka disana, cuma kali ini mata aku buka seluas-luasnya, telinga aku cuba serap apa saja bunyi manakala hidung aku tidak henti-henti menghirup udara yang berlegar tanpa henti disana. Satu perkara yang perlu aku ambil kira dan perlu aku terangkan pada semua apabila aku pulang adalah tentang kos sara hidup yang rendah disana. Mahu makan apa saja, mahu minum sampai perut kembung, mahu pergi kemana², mahu beli baju, mahu beli seluar atau kasut, mahu beli poster, mahu beli vinyl, mahu beli apa saja yang rasa berkenan dihati, semua mampu untuk kita miliki dengan harga yang jauh lebih murah. Hati senang, jiwa menang.

Kenapa di negara aku tidak??

Saturday, 7 May 2011

London tube station.

Di kota London, hampir 80% sistem pengangkutan yang aku gunakan untuk ke mana² destinasi adalah 'underground tube' atau lebih kurang sama seperti sistem LRT di negara aku, cuma kebanyakkan laluannya adalah dibawah tanah dan agak berbeza dari sistem LTR di negara aku iaitu jauh tinggi dari atas tanah. Lagi 17%   pula adalah kaki aku sendiri  lagi 2% pula adalah bus 'hop on dan hop off' dan baki lagi 1% adalah 'river cruise boat'. Kenapa aku terlalu banyak menggunakan 'tube' berbanding kenderaan lain seperti bas awam, teksi atau motorsikal mahupun menyewa kereta??. Inilah kelebihan ataupun lebih jujur aku katakan ketelusan yang mampu diwujudkan oleh 'Mayor of London' dimana sistem 'underground tube'nya sangat efisen dan masih terus relevan walaupun ianya telah wujud lebih dari 140 tahun dahulu. Sebut sahaja mana ceruk yang aku mahu pergi disekitar kawasan pusat kota London mahupun berpuluh batu jauh dari kota London, 'tube' adalah jalan penyelesaian paling bijak dan kreatif. Berdarah mata jika aku mahu terangkan satu persatu. Tiket??

Rasa nak menangis bila hendak cerita tentang harga tiketnya yang murah dan berair mata jika aku mahu terangkan satu persatu.

Thursday, 5 May 2011

London trip #2
















Perjalanan diteruskan lagi.

Selepas lebih dari serauts jam aku dikota London, perjalanan diteruskan lagi, kami menaiki bas meluru dari Victoria Station dan terus ke Warwickshire sambil ditemani keluasan ladang bunga berwarna kuning dikir dan kanan jalan, aku jadi sebak melihat keindahan ciptaanNya. Dari Warwickshire bas terus meluru ke Coventry dan seterusnya ke Birmingham airport, Aku dan super wife kadang² terjaga, kadang² terlelap dan hilang entah kemana. Tidak lama selepas itu bas berhenti disalah sebuah R&R disana dan pemandu bertukar tangan lalu diteruskan perjalan hingga ke Manchester, hari sudah semakin petang dan lebih dari 1 jam kemudian kami sampai ke Liverpool. Aku tidak boleh cakap yang kami melancong ke negara England, sebaliknya aku lebih gembira jika ianya dianggap sebagai lawatan memenuhkan pengetahuan, meluaskan pengalaman juga pandangan. Petang sudah semakin gelap, manusia² sudah semakin berkurangan, aku dan 'super wife' mencari alternatif untuk ke Salisbury Road, Anfield dari Brownlow Hill dimana hostel telah ditempah disana. 2 malam kami di sana, bagi aku kota Liverpool sangat sejuk  tidak sama seperti di London, kota Liverpool lebih tenang dari kota London, kota Liverpool lebih banyak orang tempatan dari kota London, kota Liverpool lebih rock dari kota London dan diantara perkara yang menarik aku berjaya simpan didalam kotak memori aku adalah ketika pada waktu pagi di tepi jalan bertentangan dengan stadium Anfield, aku dan 'super wife' berjalan menuju ke 'bus stop' dan sewaktu kami melangkah ada sebuah lori sedang berhenti di gigi jalan dan kelihatan pemandunya sedang mengigit sandwich, kedengaran dari corong radio lorinya adalah lagu 'Champange supernova', terus dalam hati aku berbisik.

Kalau di negara aku pemandu lorinya selalu dengar dangdut kut, tak pun lagu hindustan.

Sunday, 1 May 2011

Kota London.

Kota London, bagi aku ianya satu pusat besar yang berjaya menarik segala macam jalur warna juga alunan luna dari pelbagai jenis kupasan manusia, aku jumpa lelaki pakistan, aku jumpa perempuan Myanmar aku nampak lelaki india, aku nampak perempuan Rusia, aku terlihat lelaki Arab, aku terlihat perempuan cina, aku terjeling lelaki Itali, aku juga terjeling perempuan German, pelbagai jenis agama dan budaya, pelbagai warna kulit dan bahasa bersatu di kota ini, orang-orang tempatan hanya penyeri juga pelengkap kepada setiap jenis manusia yang ada disini. Kota London, bagi aku ianya satu pusat untuk mencari rezeki, pusat penggabungan idea-idea bijak lagi bernas, juga pusat kesibukan. Kehidupan sangat hidup disini. Aku teruja, aku juga gembira. Harga barang makan murah, nope gila murah, 'fish and chip' adalah antara makanan tradisional mereka, kehidupan yang sihat mampu dimulakan disana, gymnasium juga murah sistem transportasinya amat cekap, sistem jalanraya juga sama cekap dan teratur, orang-orang tempatannya budiman dan peramah, moral mereka tinggi, rumah-rumah mereka terbaik, sistem kehidupannya teratur. semangat nasionalisma-nya juga tinggi, muziknya, damn terbaik, seni-nya buat aku teruja, cuacanya sangat nyaman, dipendekkan cerita mahupun dipanjang jelakan kisahnya, kota London sangat penuh dengan citarasa yang aku perlukan, satu terapi paling sempurna untuk aku dan 'super wife', jutaan motivasi untuk kami berdua dan aku pasti ini bukan kali terakhir untuk kami pergi kesana.

Atau mungkin lawatan kali ini mampu membuka satu semangat baru untuk kami tinggal disana.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law