Cerita dan kisah ini berlaku pada sekitar 3 atau 4 bulan lalu di sebuah meja makan, kelihatan 7 atau 8 orang pemuda sedang kusyuk makan dan minum. Sementara itu aku dan beberapa manusia lain dimeja berhampiran dengan mereka telah pun lama menghabiskan makanan kami, sambil menyedut asap rokok dan menghirup air² bergula didalam kepanasan malam kami terdengar perbincangan 7 ataupun 8 orang rakan tadi, dimana salah seorang dari mereka sedang menyampaikan hujah² bermakna. Kami terdegar cebisan² cerita tentang hadis, Al-Quran, kisah² nabi. Aku toleh dan lihat susuk tubuh mana yang asyik dan bersemngat bercerita, oh rupanya seorang pemuda yang berjanggut jarang serta memakai kopiah dikepala dan sedang memegang garfu dan sudu kerana sedang menikmati rezeki yang terhidang. Sementara yang lain terlopong mendengar hujah²nya. Semakin lama semakin kuat dan terang hujah²nya tentang agama islam, aku dan yang lain tak ambil kisah pun walau suaranya agak lantang dan mampu memecahkan ketenangan orang lain. Kami juga Islam dan kami paham tentang hujah²nya. Cuma aku pelik dalam islam melarang kita bercakap sambil makan.
"Kenapalah mamat tu tak makan sampai habis baru sambung cite, dia pakai mazhab mane plak ni?"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
cool...
Post a Comment