Wednesday, 4 August 2010

Aku, Que haidar dan Nabila huda.

Hati aku pernah terdetik satu ketika dulu untuk jadi seorang pengarah filem, tapi aku lupakan segala²nya bila aku dapat tahu yang aku memang bukan seorang 'perfectionist'. Bikin filem bukanlah sama seperti masak mee maggi, panaskan air lalu masukkan maggi bersama perencahnya dan pecahkan telur, biar beberapa minit tutup api tuang mee maggi dalam mangkuk dan terus boleh makan sambil tengok tv. Nope, buat filem bukan macam tu, banyak aspek harus diambil kira, dari skrip ke dialog ke pelakon, camera work, editing, sampailah hal² 'budget', semua perlu ada penelitian yang sempurna. Jadi aku lupakan kisah untuk jadi pengarah filem. Tapi malam tadi ketika aku duduk² sambil makan di depan tv aku tengok satu drama melayu bersiri di tv. Ianya scene dimana sepasang kekasih sedang berdiri ditepi jalan 'area' Putrajaya' sambil pelakon lelaki bersandar pada sebuah kereta BMW yang aku pun tak tahu model atau siri apa, dari dialog yang aku dengar mereka sedang cuba untuk mempertahankan cinta mereka. Selepas pelakon perempuan melafazkan kata yang mereka tidak mungkin dapat teruskan percintaan, tiba² lalu sebuah lori berwarna putih sambil membunyikan hon beberapa kali, lori itu meluncur laju dan ada 'banner' besar ditepinya yang tertulis "Ain aku cinta pada mu", Ain adalah nama kepada watak pelakon perempuan. Manakala pelakon lelaki pula terus pandang kearah pelakon perempuan dan mereka sambung berdialog. Aku tersentak melihat adengan tersebut.

Rasa nak menangis pun ada.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law