Friday, 13 August 2010

A Chorus of Storytellers - THE ALBUM LEAF live in KL.

THE ALBUM LEAF pada asalnya adalah satu projek solo band milik Jimmy LaValle selaku gitaris untuk sebuah band post rock yang sedang meningkat naik pada penghujung tahun 90an dari San Diego iaitu TRISTEZA. Jimmy LaValle  secara rasminya telah menggerakkan THE ALBUM LEAF pada sekitar 1998 walaupun pada mulanya ia adalah satu projek sambilan kerana pada waktu itu LaValle  juga turut sibuk dengan band² projek yang lain seperti THE CRIMSON CURSE, THE LOCUST (band kegemaran aku), SWING KIDS dan juga GOGOGO AIRHEART. Sebelum band asalnya TRISTEZA bersiap sedia untuk mengeluarkan album baru La Velle telah mengajak mereka bekerjasama untuk projek solonya dan mereka bersetuju lalu album pertama yang mempunyai 10 track telah berjaya disiapkan iaitu 'An Orchestrated Rise to Fall' dan ianya telah dikeluarkan oleh Tigerstyle Records  yang turut sama mengeluarkan album TRISTEZA 'Spine and Sensory'. Album ini telah berjaya mendapat sambutan dan duit hasil dari penjualan album tersebut telah digunakan oleh LaValle untuk membeli komputer sendiri juga telah mendapatkan sebuah bilik untuk tujuan rakaman dan tidak berapa lama selepas habis tour bersama TRISEZA LaValle telah mula menyiapkan material baru untuk THE ALBUM LEAF iaitu 'One Day I'll Be on Time'. Selain dari fokus kepada band LaValle juga turut bekerja dengan menerbitkan 'jingle' untuk beberapa iklan di Tv pada ketika itu dan kelebihan yang dia dapat adalak akses untuk menggunakan studio yang lebih lengkap dan album 'One Day I'll Be on Time' telah berjaya dikeluarkan hasil dari kerjasama LaValle dan juga beberapa rakannya. Album ini telah berjaya dipasarkan keseluruh dunia pada tahun 2001 hinggalah pada satu hari Jón Þór Birgisson dari SIGUR ROS telah  membelinya di sebuah kedai muzik dibandar Reykjavík, Iceland lalu berminat dengan muzik yang dihasilkan dan telah mengajak LaValle dan bandnya THE ALBUM LEAF untuk menyertai SIGUR ROS pada siri tour di Amerika sebagai 'opening band'. THE ALBUM LEAF telah berjaya menemui jalan singkat untuk mengembakan lagi jumlah peminatnya dan semakin ramai orang mula meminati mereka. Tidak lama selepas itu SIGUR ROS telah mengajak LaValle untuk bersama mereka pada siri tour di Eropah, cuma pada kali ini LaValle terpaksa bergerak secara solo pada setiap persembahannya, walaubagaimanapun dia telah berjaya ber-eksperimen dengan 'electronic beats' dan 'loop pedals' pada setiap persembahannya dan tidak lama selepas itu Kjartan Sveinsson, Orri Páll Dýrason dan María Huld Markan dari SIGUR ROS juga turut serta menjayakan aksi 'live' THE ALBUM LEAF.
Pada sekitar 2003 LaValle telah mula memberi fokus pada 'laptop' pada setiap persembahannya dan dia juga telah berjaya mendapatkan beberapa ahli line-up tetap untuk THE ALBUM LEAF. Tidak lama selepas itu LaVlle telah dijemput ke Iceland untuk membuat proses rakaman album disana dan pada pertengaha 2004 album 'In a Safe Place' telah berjaya disiapkan dan THE ALBUM LEAF telah berjaya mengikat kontark bersama Subpop records iaitu sebuah label grunge terbesar dari Seattle juga City slang Records iaitu sebuah label dari Jerman untuk memasarkan album mereka disekitar Eropah. THE ALBUM LEAF telah memulakan siri tour mereka di sekitar Amerika, Eropah , Taiwan dan juga Jepun. Tidak lama selepas itu LaValle telah terbang ke Seattle dan memulakan proses rakaman disana dan terbang pula ke Iceland untuk proses 'mixing juga mastering'. Pada september 2006 album 'Into the Blue Again' pula telah berjaya dihasilkan dan sekali lagi ianya telah menjadi perhatian kepada para peminat muzik ambient postrock pada ketika itu. THE ALBUM LEAF telah berjaya mendapatkan tempat untuk beberapa persembahan besar di sekita Amerika. Pada awal  tahun ini sebuah album baru telah berjaya dihasilkan iaitu 'A Chorus of Storytellers' dan apa yang menarik tentang album ini adalah THE ALBUM LEAF akan  mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada September ini. Kepada sesiapa yang berminat sudah boleh untuk mula kumpul duit dan beli tiket.



Hari ini aku semangat tulis panjang lebar tentang THE ALBUM LEAF kan?? dengan harapan Soundscape records dapat bagi tiket percuma nanti.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law