Aku dah lama tidak buat entri jujur atau entri penuh tentang kehidupan aku, Yes.. lately ni minda aku memang malas, penuh dengan cemas dan agak lemas dengan keadaan sekeliling. ditambah pula dengan kelemahan yang berpanjangan akibat tidak hirup kopi setiap pagi, ianya memberi kesan hingga sampai ke petang hari. Dadah jenis apa yang telah dilarutkan bersama kopi pun aku tidak pasti. ini belum cerita bab nikotin lagi, entahlah aku pasrah. Balik semula kepada cerita aku, satu persoalan yang agak berani sedang aku fikirkan, iaitu kita selaku manusia telah pegang budaya ini, maksud aku telah jadikan ianya sebahagian dari pegangan dan juga kepercayaan, ini bukan cerita agama atau kuasa mutlak tapi ini cerita pangkat juga darjat, cerita bagaimana kita perlu 'struggle' dengan kerja setiap hari semata-mata untuk pastikan rezeki yang kita dapat mampu menampung kita setiap hari, cerita tentang bagaimana ilmu yang kita timba mampu mempengaruhi setiap kerja yang kita dapat. Adakah ianya adil dan saksama?? adakah ianya berbaloi dengan setiap detik juga minit yang dicurahkan dengan setiap 'benefit' juga gaji yang kita dapat. Semua orang pandang harta dan kedudukan kan?? dan perkara ini memang tidak dapat di tepis mahupun di elakkan. Aku benci kepercayaan ini, aku benci pegangan ini dan aku benci idealogi ini. Tapi malangnya aku tidak ada keberanian yang kukuh, keberanian yang 'solid' juga teguh untuk ubah segalanya.
Damn..!! aku hanya pacal yang hina.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment