Wednesday, 29 December 2010

Destroy shred destroy.

Mari...mari..

Tidak perlu toleh kebelakang.

After all these year forget about the trouble time, after all these year forget about our future,
sebab sekarang ni lah masa depan, sekarang ni lah masanya untuk mula mengorak langkah, tak perlu ber-azam, just do..

Rise up..!!! and wake up..!!!

Selamat meyambut tahun baru 2011.

Kisah picisan dari Saigon.










Tuesday, 28 December 2010

Cabaran terbentang luas didepan.

"When one door closes, another opens, but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one that has opened for us."

Alexander Graham Bell

Adakah kuning dan hitam lambang keunggulan..??

Kecoh, gembira, terharu, terkejut juga tersentak bila pasukan negara berjaya belasah Indonesia 3 berbalas kosong, boleh jadi game ni dibeli, boleh jadi pemain Indonesia tidak cukup hebat atau boleh jadi pemain kita sedang berada didalam revolusi minda juga fizikal. itu semua persoalan yang sedang bermain dibanyak akal fikiran setiap orang disini, apa pun tahniah kepada pasukan negara tapi persoalan aku, sejak dari kecil bila tengok pasukan negara beraksi mereka pasti akan kenakan jersi berwarna kuning dan hitam dan bila tengok pasukan negara² lain, jersi mereka sudah pasti akan ikut warna bendera negara masing² sedangkan jersi pasukan kita pasti hitam dan kuning, cuma waktu perlawanan akhir beberapa hari yang lalu juga beberapa perlawanan yang lepas pemain kita mengenakan jersi berwarna biru, merah dan juga putih. Tapi secara tradisinya kunig dan hitam akan terus tersemat dihati setiap peminat bola sepak tanah air. Cuma kenapa perlu kita lekat bersama warna hitam dan kuning yang lansung tidak ada similariti dengan warna bendera negara kita. Ianya satu persoalan yang akan menikam kepada persatuan bola sepak Malaysia FAM kerana warna hitam dan kuning datangnya dari lambang kemegahan FAM yang dari dulu aku lihat tidaklah megah  manapun. Yes ianya hanya isu yang kecil saja, tapi kenapa perlu bawa warna lambang FAM dan bukannya warna bendera negara.

mungki kita perlu satu revolusi warna.

Pendapat dan gambaran.

Orang tanya pendapat juga gambaran aku tentang Saigon dan aku jawab bagi mereka lagi 5 tahun dan negara mereka akan jauh lebih konsisten, stabil dan terus kejar kemajuan jika hendak dibandingkan dengan mana² negara yang pemimpinnya suka lipat juga sebat dengan hebat. Gambaran pula, nanti aku masukkan gambar didalam blog ini.

Monday, 27 December 2010

Get out from comfort zone.

Bangun tidur, bersiap², pandu kereta atau bonceng motorsikal, sampai dilokasi kerja, tengok cermin, touch-up muka dengan warna, tengok batu dan simen, nyala api pada rokok, sembang², gelak², gosip² juga bisik². Minum pagi, makan tengahari, tekan papan kekunci juga dengar bos maki- memaki, tikam belakang, kutuk mengutuk itu lumrah perasaan hasad dengki. Pandang jarum jam didinding, cukup masa angkat kaki cabut dari posisi, cukup bulan terima gaji, mengeluh dari pagi sampai ke esok pagi. Tapi masih melekat dan terus kerja.  Kerja keras, otak juga kena peras, keringat sudah tidak keras, tapi masih berpegang kuat untuk beri yang terbaik. Kepada sesiapa punya rasa yang sama seperti apa yang aku tulis, bangun angkat kaki, dan pergi cari kerja lain, cari kerja yang lebih bagus dari apa yang kita ada sekarang, jangan terperangkap didalam 'comfort zone' anda, jangan mudah mengalah, anak muda tak seharusnya takut. Beranikan diri, genggam penumbuk dan julangkan kelangit sambil teriak

"I can get more...!! I can get more..!!

Siapa yang layak atau siapa yang berani teriak.

Sunday, 26 December 2010

Saigon o' rama.

Saigon, 3 hari aku habiskan waktu disana, siangnya cepat terang, petangnya cepat gelap, kiri dan kanan  kedengaran bunyi hon motorsikal seperti burung sedang berkicau-kicau, jumlah motorsikalnya di atas jalan sama seperti ribuan ikan bilis dilautan, kereta??, mpv?? van dan lori?? tidak ada sama sekali melainkan beca dan juga teksi, masyarakatnya cool, duduk ditepi-tepi jalan, sambil minum kopi juga makan sup yang didalamnya ada mee, kerja? tidak semua yang murah rezeki, tapi semangatnya panas berapi-api, aku kagum dan aku juga sangsi. Orang-orangnya kurus dan slim seperti lidi, Fesyen industrinya, gaya anak-anak daranya ada tempias dari kota Paris. butik-butiknya gah seperti di Milan, Itali. Siapa banyak duit sudah pasti teguh berdiri. kopinya terbaik, manakala rokonya murah. lukisan-lukisanya meriah juga berkualiti. Pengaruh muziknya habis diserang oleh Korea, rock?? metal?? screamo?? aku tak pasti, gaya hidup juga mentaliti masih tidak sensasi tapi aku percaya tidak lama lagi mereka pasti serasi.

Saigon atau Ho Chi Minh city, satu pengalaman yang mungkin akan terus tersemat didalam hati,

Kerana orang-orang disana terkejut lihat manusia yang gemuk juga sihat..

2889 minutes in Johor Bahru















Friday, 17 December 2010

Dari Johor Baharu ke bandar Ho Chi Minh.

Pagi esok aku akan ke Johor Bahru, sudah lama tidak pusing² disana kerana kali terakhir adalah 3 tahun yang lalu. Hari selasa pula aku akan terbang ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Sudah lama juga tidak pusing² disana kerana kali terakhir adalah 29 tahun yang lalu.

Cynisch.

In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away.

Tu me manques beaucoup

Kegemaran aku adalah minum kopi pahit sambil dimenangi oleh asap rokok yang berkepul² disekeliling pada waktu dingin, ianya adalah klimaks paling maksima diantara aku dengan alam manakala keyakinan serta kesungguhan aku didalam menempuh segala kesusahan dan keperitan pula datangnya dari satu luapan adrenalin yang paling berbeza diantara yang lain, ianya seperti satu panahan petir yang membawa molekul² indah untuk diserapkan kedalam jiwa aku, ianya seperti sejenis 'vallium' paling mujarab yang mampu menyelinap keseluruh urat saraf serta rongga secara maksima di dalam badan aku. Ianya dadah paling berharga untuk aku.

Asma bt. Mohamad Aris, aku rindu pada kau.

                                              

Thursday, 16 December 2010

Demokrasi gelap.

Aku suka kenyataan dibawah.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke “ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berpelembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!”. Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

Tuesday, 14 December 2010

Rags to riches

Sejak beberapa tahun yang lalu filem HARRY POTTER mendapat tempat dihati setiap peminat filem imaginasi, aku juga pernah tonton filem pertama HARRY POTTER di pawagam dan juga pernah tertidur ketika menonton siri kedua juga di pawagam, aku pun kurang pasti kenapa aku boleh hilang konsentrasi ketika menonton filem tersebut, mungkin faktor luar biasa yang aku telan melalui filem LORD OF THE RINGS yang juga dipertontonkan pada musim yang lebih kurang sama dengan filem HARRY POTTER buatkan aku rasa mual dan muak, sejak dari itu hinggalah kehari ini jika siri filem HARRY POTTER keluar dimana² pawagam, aku memang lansung tidak bernafsu untuk pergi tonton. Namun begitu aku masih nantikan keajaiban jika ada sesiapa yang berminat untuk buat filem autobiografi tentang J.K Rowling selaku penulis buku HARRY POTTER, yang mula mendapat idea mencurah² untuk menulis tentang kisah seorang budak bernama Harry ketika terkandas selama 4 jam didalam perjalanan menaiki keretapi dari Manchester ke London. Aku sangat teruja ingin melihat bagaimana kesusahan J.K rowling untuk menyiapkan bukunya, dengan masalah penceraian, dengan hidup atas wang ehsan kerajaan juga perlu membersarkan anak, dengan terpaksa ke kafe² untuk menulis kerana melalui cara itu saja anak yang dijaganya akan tidur, kemudiannya manuskrip buku tersebut telah ditolak oleh 12 syarikat penerbitan buku hinggalah berjaya menerbitkan bukunya melalui sebuah syarikat penerbitan kecil²an yang hanya mencetak sejumlah 1000 naskah dan 500 daripadanya diedarkan ke perpustakaan, hinggalah J.K Rowling mendapat tempat disetiap hati pembaca, dan hinggalah dia berjaya dan jadi kaya.


Aku mahu tonton filem yang sebegitu rupa.

Monday, 13 December 2010

Garder le sourire.

Kadang-kadang hidup ini amat memeritkan, kadang-kadang hidup ini penuh dengan kepahitan, kadang-kadang menangis dengan airmata darah sekalipun belum tentu mampu untuk pusingkan kembali waktu kebelakang. So, when life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Thursday, 9 December 2010

Winter with tobacco.

Pagi ini, sedar dari tidur hujan telah  mula merintik, suasana sejuk menyelubungi ke setiap pelusuk tulang, ini tandanya musim sejuk sedang berleluasa, aku bersiap dengan segala macam persiapan seperti biasa lalu terus terjahkan kaki ke tempat kerja, sesudah sampai bancuh kopi dan kemudiannya hirup sikit demi sedikit. Bila tekak sudah mula basah aku pula mula melangkah kedalam 'smoking room'. Musim sejuk ertinya waktu paling sesuai untuk hisap rokok, waktu paling tenang untuk biarkan setiap kepulan asap terapung² di udara, juga waktu paling konsisten untuk biarkan jantung berdegup sambil diseliputi dengan nikotina. Waktu paling sesuai untuk american eagle. Aku mula keluarkan batang yang kedua, tapi sebelum mula untuk mencucuh aku perhatikan batang rokok tersebut, aku tengok dengan teliti, dari puntungnya hingga ke pangkal tembakaunya. Aku belek beberapa kali, sambil disebelah seorang rakan sedang perhatikan aku. Lalu aku cakap

"Kau cube tengok betul² rokok kau, puntung die makin tinggi, tembakau die makin sikit..kau perasan tak??, just nak maintain saiz ketinggian and lipat keuntungan, dorang terpakse buat macam ni kan.." Kata aku.

"A'aah la.." kata dia.

Wednesday, 8 December 2010

Good luck mate..!!

Pada petang itu, ramai orang berpusu² beratur sambil ditangan sedang pegang pinggan putih ada yang sedang cedok nasi beriyani, ada yang sedang curah kuah rendang di atas pinggan, ada yang sedang ambil buah sebagai pencuci mulut. Tidak ketinggalan juga celotehan pengunjung² yang hadir, gelak ketawa, cerita dan cerita juga gurau dan senda. Masing² dengan pakaian mewah juga indah. Ada juga yang mata liar terbeliak memandang gadis² campuran arab dan pakistan, terbeliak melihat keindahan dekorasi pelamin juga baju pengantin, ada juga yang sedang sibuk dengar cerita, ada juga yang beri fokus pada pinggan yang penuh dengan makanan dimeja, ada juga yang bersalam mesra dan ada juga yang sibuk picit butang kamera. Begitulah serba sedikit cerita disepanjang majlis perkahwinan rakan aku Johan dan isterinya. Berbakul² ucapan tahniah dia terima dari rakan² mahupun sanak saudara, aku pula bisik pada dia "U, game over mate..". Johan balas dengan senyuman dan ketawa.

Pada malam itu Johan hantar teks ringkas sambil beri ucapan terima kasih pada sesiapa yang hadir.

aku balas dengan beritahu semoga cinta sentiasa mekar seperti cinta John Lennon dan Yoko Ono dan hari ini
Johan pula balas

"Tak nak lah, John Lennon mati awal, kene tembak plak tu..."

aku balas "Ahahahah..."

Tuesday, 7 December 2010

Rantaian kehidupan.

Sejak dari puluh² tahun yag lalu kebanyakkan penduduk atau masyarakat disini gunakan basikal sebagai pengangkutan utama, sesiapa yang memiliki motorsikal atau kereta sudah dianggap sebagai orang kaya pada ketika itu. Selain dari berbasikal mereka akan berjalan kaki, jika jaraknya jauh mereka akan menaiki bas awam atau keretapi, jika mahu merentas sungai akan ada sampan juga tongkang. Kapal terbang atau burung besi adalah perkara paling pelik sekali kerana tiada siapa yang mampu menaikinya melainkan jika mereka adalah perdana menteri atau manusia² dari golongan raja² atau sultan², begitulah perjalanan kehidupan masyarakat kita sejak berpuluh² tahun yang lalu. Hari demi hari, bulan demi bulan juga tahun bertukar tahun, kemajuan teknologi datang seperti hujan lebat, datang seperti ribut taufan, maka semakin banyak kereta kita mampu lihat dijalan raya, semakin banyak bukit² serta tunggul² hijau ditarah untuk dibuat jalan, tidak mengapa itu lumrah pada hukum alam, dimana ada kemajuan disitu pasti akan ada pencemaran. Maka setiap hari semua orang pasang angan² untuk miliki kereta sendiri, siapa yang tidak cukup duit poket pun akan berusaha untuk beli kereta sendiri, salah satu kelemahan adalah sistem pengangkutan awam yang tidak cekap, yang kurang pantas malah membebankan bila hendak kemana² lebih² lagi jika mahu pergi ketempat kerja. Disini wujud beberapa idea bernas oleh sesetengah pihak, mereka berjaya 'educated' masyarakat dimana setiap orang harus mampu untuk miliki sebuah kenderaan seperti kereta kerana senang dan mudah untuk kemana², maka budaya konsumer terus meresap masuk kedalam minda kita, masing² berpusu² untuk beli kereta dan lebih membanggakan sistem perbankan banyak membantu untuk kita mampu beli sebuah kereta hasil dari pinjaman yang diberi, walaupun kita pasti yang jumlah yang perlu dibayar balik lebih tinggi dari apa yang kita pinjam, walaupun kita tahu yang hayat kereta kita tidak akan mampu untuk bertahan hinggalah kita berjaya slangsaikan pinjaman hutang di bank namun kita akur, semata² untuk kesenangan kita pada masa sekarang. Selain dari membayar pinjaman bank, kita juga disuruh untuk beli insurans setiap tahun demi untuk pastikan keselamatan kita ketika memandu, tidak mengapa asalkan kita mampu dan senang untuk kemana². Pelbagai jenis kenderaan wujud dijalan raya, pelbagai jenis model dan warna dicipta untuk mempengaruhi mata. jadi  lama-kelamaan keadaan jalan raya semakin sesak, semakin sibuk, semakin cemas dan semakin runsing. Lebih² lagi jika pada waktu² puncak. Maka wujud pula idea baru dari sesetengah pihak untuk besarkan jalan, bina jambatan untuk hubungkan satu destinasi ke satu destinasi yang lain, pelbagai alternatif dicipta untuk pastikan kesesakan lalulintas berkurangan. Bertingkat² jambatan dibina untuk memudahkan perjalanan walaupun setiap jalan yang dilalui harus dibayar 'tol' secara sukarela semata² untuk cepat sampai dengan selesa. Walaubagaimana pun sistem pengangkutan awam masih lagi tidak berada pada tahap yang boleh dibanggakan dan semakin ramai orang tidak kira dari lapisan apa pun pasti akan cuba untuk miliki sebuah kenderaan. Ianya satu perniagaan yang paling berjaya walaupun negara ini mampu cipta kereta sendiri namun penduduknya harus bayar puluhan ribu ringgit pada bank ditambah pula dengan beban selama lebih 9 atau 10 tahun, kemudiannya dimestikan beli insuran demi keselamatan, dipaksa pula bayar tol untuk kemana² demi keselesaan juga ditekan pula dengan harga minyak yang semakin tahun semakin naik walaupun negara ini kaya dengan sumber minyak.

 Jadi dari cerita yang aku garapkan ini cuba cari jawapan siapa yang patut dipersalahkan, masyarakat setempat yang tidak gemar untuk menaiki pengangkutan awam atau pengangkutan awam itu sendiri yang tidak mampu dicipta untuk memudahkan pengguna yang menggunakkannya.

Sila jawap.

Thursday, 2 December 2010

Sudah terang lagi disuluh.

Tulisan ini dipetik dari blog tukar Tiub

PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya begini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.


Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )


nota:
tulisan ini telah difaraidkan
untuk kebaikkan orang ramai

Jawapan kepada jawapan.

Ada orang beri mesej pada aku melalui laman sosial 'facebook' mengenai dasar penswastaan yang penuh dengan korupsi hingga kita sebagai rakyat terpaksa menanggung akibatnya dalam entri blog aku beberapa hari yang lalu, soalannya berbunyi seperti "Jika kau 'against' dasar swasta, tapi aku percaya kau juga bekerja di sektor swasta..jadi bagaimana tu???" dan aku beri jawapan,
Yes..!! aku memang bekerja disektor swasta, terdapat ramai kawan² aku serta sanak saudara juga bekerja di sektor swasta, 'super wife' aku pun bekerja didalam sektor swasta. aku diberi gaji setiap bulan hasil dari kutipan keuntungan syarikat swasta aku bekerja, cuma malangya gaji yang diberi masih diberada dibawah 'par' sedangkan 'living cost' makin meningkat dan yang paling membanggakan syarikat swasta tempat aku bekerja mengutip keuntungan berlipat ganda setiap hari, aku juga pasti bukan 1 syarikat swasta saja yang macam ni, tapi majoritinya memang begini.

Jadi, siapa faham tentang apa yang aku maksudkan..??
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law