Tuesday, 7 December 2010

Rantaian kehidupan.

Sejak dari puluh² tahun yag lalu kebanyakkan penduduk atau masyarakat disini gunakan basikal sebagai pengangkutan utama, sesiapa yang memiliki motorsikal atau kereta sudah dianggap sebagai orang kaya pada ketika itu. Selain dari berbasikal mereka akan berjalan kaki, jika jaraknya jauh mereka akan menaiki bas awam atau keretapi, jika mahu merentas sungai akan ada sampan juga tongkang. Kapal terbang atau burung besi adalah perkara paling pelik sekali kerana tiada siapa yang mampu menaikinya melainkan jika mereka adalah perdana menteri atau manusia² dari golongan raja² atau sultan², begitulah perjalanan kehidupan masyarakat kita sejak berpuluh² tahun yang lalu. Hari demi hari, bulan demi bulan juga tahun bertukar tahun, kemajuan teknologi datang seperti hujan lebat, datang seperti ribut taufan, maka semakin banyak kereta kita mampu lihat dijalan raya, semakin banyak bukit² serta tunggul² hijau ditarah untuk dibuat jalan, tidak mengapa itu lumrah pada hukum alam, dimana ada kemajuan disitu pasti akan ada pencemaran. Maka setiap hari semua orang pasang angan² untuk miliki kereta sendiri, siapa yang tidak cukup duit poket pun akan berusaha untuk beli kereta sendiri, salah satu kelemahan adalah sistem pengangkutan awam yang tidak cekap, yang kurang pantas malah membebankan bila hendak kemana² lebih² lagi jika mahu pergi ketempat kerja. Disini wujud beberapa idea bernas oleh sesetengah pihak, mereka berjaya 'educated' masyarakat dimana setiap orang harus mampu untuk miliki sebuah kenderaan seperti kereta kerana senang dan mudah untuk kemana², maka budaya konsumer terus meresap masuk kedalam minda kita, masing² berpusu² untuk beli kereta dan lebih membanggakan sistem perbankan banyak membantu untuk kita mampu beli sebuah kereta hasil dari pinjaman yang diberi, walaupun kita pasti yang jumlah yang perlu dibayar balik lebih tinggi dari apa yang kita pinjam, walaupun kita tahu yang hayat kereta kita tidak akan mampu untuk bertahan hinggalah kita berjaya slangsaikan pinjaman hutang di bank namun kita akur, semata² untuk kesenangan kita pada masa sekarang. Selain dari membayar pinjaman bank, kita juga disuruh untuk beli insurans setiap tahun demi untuk pastikan keselamatan kita ketika memandu, tidak mengapa asalkan kita mampu dan senang untuk kemana². Pelbagai jenis kenderaan wujud dijalan raya, pelbagai jenis model dan warna dicipta untuk mempengaruhi mata. jadi  lama-kelamaan keadaan jalan raya semakin sesak, semakin sibuk, semakin cemas dan semakin runsing. Lebih² lagi jika pada waktu² puncak. Maka wujud pula idea baru dari sesetengah pihak untuk besarkan jalan, bina jambatan untuk hubungkan satu destinasi ke satu destinasi yang lain, pelbagai alternatif dicipta untuk pastikan kesesakan lalulintas berkurangan. Bertingkat² jambatan dibina untuk memudahkan perjalanan walaupun setiap jalan yang dilalui harus dibayar 'tol' secara sukarela semata² untuk cepat sampai dengan selesa. Walaubagaimana pun sistem pengangkutan awam masih lagi tidak berada pada tahap yang boleh dibanggakan dan semakin ramai orang tidak kira dari lapisan apa pun pasti akan cuba untuk miliki sebuah kenderaan. Ianya satu perniagaan yang paling berjaya walaupun negara ini mampu cipta kereta sendiri namun penduduknya harus bayar puluhan ribu ringgit pada bank ditambah pula dengan beban selama lebih 9 atau 10 tahun, kemudiannya dimestikan beli insuran demi keselamatan, dipaksa pula bayar tol untuk kemana² demi keselesaan juga ditekan pula dengan harga minyak yang semakin tahun semakin naik walaupun negara ini kaya dengan sumber minyak.

 Jadi dari cerita yang aku garapkan ini cuba cari jawapan siapa yang patut dipersalahkan, masyarakat setempat yang tidak gemar untuk menaiki pengangkutan awam atau pengangkutan awam itu sendiri yang tidak mampu dicipta untuk memudahkan pengguna yang menggunakkannya.

Sila jawap.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law