Sejak beberapa tahun yang lalu filem HARRY POTTER mendapat tempat dihati setiap peminat filem imaginasi, aku juga pernah tonton filem pertama HARRY POTTER di pawagam dan juga pernah tertidur ketika menonton siri kedua juga di pawagam, aku pun kurang pasti kenapa aku boleh hilang konsentrasi ketika menonton filem tersebut, mungkin faktor luar biasa yang aku telan melalui filem LORD OF THE RINGS yang juga dipertontonkan pada musim yang lebih kurang sama dengan filem HARRY POTTER buatkan aku rasa mual dan muak, sejak dari itu hinggalah kehari ini jika siri filem HARRY POTTER keluar dimana² pawagam, aku memang lansung tidak bernafsu untuk pergi tonton. Namun begitu aku masih nantikan keajaiban jika ada sesiapa yang berminat untuk buat filem autobiografi tentang J.K Rowling selaku penulis buku HARRY POTTER, yang mula mendapat idea mencurah² untuk menulis tentang kisah seorang budak bernama Harry ketika terkandas selama 4 jam didalam perjalanan menaiki keretapi dari Manchester ke London. Aku sangat teruja ingin melihat bagaimana kesusahan J.K rowling untuk menyiapkan bukunya, dengan masalah penceraian, dengan hidup atas wang ehsan kerajaan juga perlu membersarkan anak, dengan terpaksa ke kafe² untuk menulis kerana melalui cara itu saja anak yang dijaganya akan tidur, kemudiannya manuskrip buku tersebut telah ditolak oleh 12 syarikat penerbitan buku hinggalah berjaya menerbitkan bukunya melalui sebuah syarikat penerbitan kecil²an yang hanya mencetak sejumlah 1000 naskah dan 500 daripadanya diedarkan ke perpustakaan, hinggalah J.K Rowling mendapat tempat disetiap hati pembaca, dan hinggalah dia berjaya dan jadi kaya.
Aku mahu tonton filem yang sebegitu rupa.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment