Thursday, 31 March 2011

Lawak satira, video seks juga tangan yang berkuasa.

Kenapa harus mereka letak akal dibawah tapak kaki, kenapa perlu mereka buat video seks, kenapa perlu jatuhkan musuh politik dengan gaya pemikiran sempit juga lawak satira.
Kau pegang negara, kau jaga ekonomi negara, kau paksa semua orang dalam kabinet kau jangan lipat duit untuk tempoh beberapa tahun, kau paksa saudara-mara, anak bini kau jangan boros berbelanja, kau pastikan duit negara tak habis dicangkul, kemudian kau cuba bagi sekelumit kegembiraan pada rakyat kau, kau cuba naikkan subsidi, kau cuba kawal harga minyak dan harga barang agar tidak melambung tinggi, kau cuba beri pendidikan percuma sama macam negara² kafir diluar sana, kau cuba naikkan gaji polis, bomba, askar, kau cuba naikkan gaji semua guru², kerani, tukang hantar surat, jurutera, doktor, peguam, tukang angkut sampah, tukang korek longkang, kau paksa syarikat GLC juga naikkan gaji pekerja² mereka, kau tekan semua kilang² beri imbuhan yang tinggi pada setiap pekerja kilang, kau paksa badan² organisasi kerajaan tidak tipu para petani, pesawah, peladang juga nelayan kau naikkan taraf hidup semua orang, kau cuba palitkan senyuman kepada setiap rakyat kau, cuba pastikan setiap orang hidup tidak susah walaupun tidak mewah, kau harus cuba, kau harus memaksa dan aku pasti tiada siapa pun akan sembah orang lain melainkan kau sebagai seorang pemimpin yang tulus dan jujur.

Susah sangat ke??? susah kut..

Wednesday, 30 March 2011

From colour to colours.









Kotak empat segi tidak tepat.

Duduk diam seperti didalam kotak, buat sandwich untuk sarapan, teguk kopi demi oksidan, serap asap rokok demi percantuman neuron² didalam otak, dengar lagu² bebas demi untuk rasa puas. Mata fokus pada skrin monitor, 2 jari mengepit puntung, sambil jari yang lain sibuk menari² diatas papan kekunci. Aku toleh ke kiri nampak 2 ekor kucing sedang bergeromol, aku toleh ke kanan hanya ada dinding biru, aku dongak keatas yang berputar terus berputar. Adrenalin meluap otak kembang luas mulut cuba ikut lirik yang berkumandang. Yes hari bebas untuk aku, hari untuk jerit puas-puas.

Seronok bila kita dapat simpan cuti tahun lepas dan bawa ketahun baru lalu dipaksa untuk habiskan walaupun kerja sedang berselirat, kan??

Sunday, 27 March 2011

Petang ahad ini.

Petang ahad, aku lalui dengan penuh kejerihan, menarik nafas sedalam²nya lalu menghembus dengan sekuat² hatinya. Mujur minda dan jiwa benarkan untuk dimanipulasi. Yes!! petang ahad aku duduk sambil rokok ditangan juga adrenalin berjaringan, telinga pula tidak bertentangan. Yes!!untuk petang ahad ini aku dan 'super wife' berada di Copenhagen sambil serap segala bunyi dari Jonas Bjerre, Bo Madsen, Silas Utke graae dan juga yang lain.

Kan bagus jika aku mampu realisasikannya.

Thursday, 24 March 2011

Throw seeds to sprout make your own break and Let them grow.

You wish fire, would die and turn colder
You wish, your love, could see you grow older
We should always know that we can do anything



Someone who doesn't need other people around them to validate there own existence.

Muzik dan aku rasanya tidak akan terpisah, jika satu hari nanti aku mahu berhenti untuk ada band tapi aku pasti akan teruskan mendengar segala macam lagu yang ada, paling tidak pun aku mungkin akan teruskan untuk menulis artikel² atau 'review' tentang muzik. Yelah sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Tetapi buat masa sekarang aku masih lagi ada band dan jalani kehidupan seperti biasa cuma jauh didalam benak hati aku ingin untuk cari kelainan dari segi penyusunan lagu, aku ingin terus bermain gitar tapi dalam konsep lain, aku cuba untuk menguji sejauh mana otak dan minda aku mampu menyahut cabaran yang sedemikian. Lalu aku mula melekat dari satu forum ke forum yang lain. Tujuannya untuk mencari sesiapa yang berminat untuk ambil aku bermain gitar bagi band mereka melalui genre muzik yang aku rasa benar² sesuai dengan aku, di pendekkan cerita selepas aku hantar pesanan ringkas pada seseorang, dia balas dengan meminta aku beri sedikit 'introduction' tentang diri aku juga pengaruh muzik aku. Lalu aku pun tanpa pandang kiri dan kanan terus balas semula teks tersebut, aku perkenalkan nama aku, tinggal dimana, bekerja dan bukannya pelajar, dengar band itu dan dengar band ini dan ayat terakhir adalah, " and i'm 30 years old..."

Damn..!! aku rase macam seorang 'loser' dan 'loner'..

Wednesday, 23 March 2011

French Women Don't Get Fat

Aku selalu dengar fakta yang French women susah untuk jadi gemuk, walaupun mereka makan banyak. Pelbagai mitos dicipta, pelbagai teori direka oleh wanita-wanita disini. Biasalah kegemukkan adalah musuh utama, bukan saja pada mereka, aku juga sama. Jadi bebrapa artikel aku ceduk dan baca, typically slender French women akan makan secara fokus, mereka memberi pandangan yang tepat pada setiap makanan yang dimakan berbanding untuk bersembang atau balas teks ringkas di telefon bimbit, selain dari itu mereka mengunyah setiap suap yang masuk kedalam mulut secara konsisten sebelum menelan. Ada juga artikel yang beritahu bahawa setiap dari satu destinasi ke destinasi yang lain mereka ini hanya akan berjalan kaki sahaja sambil mencuci mata setiap butik² dilereng jalan. kalau dihitung memang beribu kalori akan terbakar hanya dengan berjalan kaki. So disini, di negara ini adakah kita ikut setiap apa yang mereka lakukan?? Yes, kita mampu untuk ikut, apalah sangat untuk beri fokus pada makanan yang hendak dimakan, juga berjalan dari satu destinasi ke desdinasi yang lain. Kita boleh buat semua itu, sedangkan tonton video lucah di Carcosa Sri negara lagi kita mampu buat inikan pula mahu ikut cara hidup French women. 


Cuma disini makanan-nya kaya dengan kalori juga lemak dan tak sama seperti di France, mereka hanya makan roti dan pastry sahaja.

Monday, 21 March 2011

Rouets

Ramai orang cakap, hidup ini umpama roda, kadang-kadang diatas, kadang dibawah, dulu aku juga pernah cakap yang kadang-kadang roda itu mampu untuk lenyek kita dalam ertikata yang lain kehidupan sangat sengara. Tapi jika roda itu terbenam didalam lumpur yang licin, lebih ligat roda itu diputarkan untuk keluar, lebih dalam lagi ia akan terbenam, ini belum lagi cerita tentang kekotoran lumpur yang terpercik keluar dan siapa yang terkena percikan lumpur tersebut.

Jadi bagaimana??

Deoxyribonucleic Acid

Maka bergerombol-gerombol lah makcik², bertudung merah, berjiwa cerah walaupun duit poket sedang parah, mereka sangat marah, jiwa-menderah-derah walaupun di tipu juga juga dikerah. Lalu bersorak-soraklah mereka, menjulang-julanglah tangan yang digenggam keatas langit, berbagai-bagai warna sepanduk kelihatan, berbuih-buih lah air luir, terbeliak-beliak lah mata. para suami entah kemana, anak-anak pun berselarak disini-sana. Kumpulan sokongan dari media juga berpusu-pusu untuk membesarkan isu. Aku tonton didalam kotak TV, rasa mahu menangis pun ada, rasa mahu muntah lahar pun ada, rasa mahu menagis air mata darah juga ada. Mereka jerit "Serahkan DNA kalau berani.." Anwar jangan jadi pengecut.." Begitulah perhimpunan wanita-wanita bertudung merah juga wanita-wanita ibu tunggal, kan lebih baik mereka berkumpul minta kerajaan turunkan harga barang dari sibuk hal DNA Anwar Ibrahim.

Lagipun mereka tahu ke maksud DNA tu apa??

Friday, 18 March 2011

You learn about it.

Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan pegangan kita, dengan pendirian kita, kadang-kadang kita tidak sedar pun setiap jalur kata yang kita keluarkan dari mulut kita berdasarkan kiblat kita, end up bila kita tersedar kita akan rasa jauh lebih sesal dari orang lain, jauh lebih bebal dari orang lain, jadi sebagai peringatan adalah lebih baik kita berfikir sebelum melemparkan kata-kata.

Never make permanent decisions on temporary feelings

Tuesday, 15 March 2011

Doom and gloom in Miyagi.

Untuk warga jepun, takziah diatas segala gelombang kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mereka. Ini semua kuasa tuhan dan kita tidak mampu untuk melawan cuma letupan loji nuklear yang pada mulanya cuba disorokkan oleh kerajaan jepun dan kemudiannya terpaksa akur dengan malapetaka yang mereka sendiri bina. Aku jadi gugup kerana tidak sampai 10 jam dari sekarang pergerakan radioaktif akan sampai ke Tokyo, dan terus menerus merebak, jika lihat pada peta dunia kedudukan Filipina tidak berapa jauh dari Tokyo dan berapa jauh pula jarak diantara Filipina dengan Sabah dan Sarawak juga tanah semenanjung. Jadi apakah relevannya pembinaan loji nuklear di sini yang sedang digebang oleh pihak kerajaan, yang bodoh pula akan terus bersuara "bila minyak sudah habis, maka tenaga nuklear perlu".

Kadang-kadang aku sedih lihat manusia-manusia penakut.

Harapan Faizal Fahmi.

Faizal Fahmi, seorang kenalan atau rakan rapat yang aku sudah kenal sejak dari hari pertama aku ke sekolah menengah. Kami duduk sekelas hingga ke hari terakhir persekolahan kecuali terpisah pada tahun kedua kerana Faizal seorang pelajar yang selalunya berjaya untuk menjatuhkan kewibawaan juga kredibiliti seseorang cikgu didalam kelas dihadapan pelajar² lain dengan cara mencipta formula matematik yang lebih 'brilliant' dari cikgu, memberi fakta sejarah yang lebih tepat dari cikgu, juga selalunya bertikam dengan cikgu semata-mata untuk tegakkan kebenaran pada setiap subjek yang dipelajari dan akibatnya pada tahun kedua dia dihantar ke kelas paling tercorot disekolah aku. Tapi pada tahun seterusnya dia berjaya masuk semula ke kelas aku hinggalah ke tahun terakhir. Faizal Fahmi seorang yang petah berkata-kata juga seorang yang 'spontaneous' bila berbicara, dia selaluna akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan juga pidato. Yes diantara kami memang banyak jauh beza cuma persamaan pada kami adalah lakukan kerja² gila yang tak dapat aku nak nyatakan didalam entri ini. Namun begitu selepas tamat persekolahan aku jarang berjumpa dengan Faizal kerana faktor jarak diantara kami, yang aku tahu Faizal terus lakukan kerja² gila. Selepas keputusan SPM keluar dia terus sambung ke tingkatan 6 bersama seorag lagi rakan kami, aku pula mula kerja-kerja buruh paksa, malangnya selepas 2 tahun bertungkus lumus Faizal ambil keputusan untuk berhenti belajar sedangkan keputusan STPM nya bagus serta dapat peluang untuk sambung belajar di UM dalam jurusan undang-undang. Tidak, dia tolak bulat² sebab dia mahu cari wang lebih. Lalu dia mula cari kerja, beberapa tahun kemudiannya aku terjumpa dia di tempat kerja aku. Yes, kami bekerja dibawah satu bumbung cuma kerja dia dan kerja aku lain memang lansung tidak sama, tetapi jika ada masa kami pasti akan lepak bersama, hampir 2 tahun kami dibawah satu bumbung, tapi tak lama selepas itu Faizal dibuang kerja kerana masalah disiplin yang tidak dapat dielakkan. Dia masih teruskan kerja² gila dan disebabkan itu rezekinya tidak lama. Kami terpisah lagi. Cuma, kadang² Faizal ada telefon aku dan bersembang, dia terpaksa jual buah didepan sekolah demi untuk pastikan ada duit didalam poket. Tuhan maha adil tidak lama selepas itu dia dapat kerja di sebuah hospital yang tidak jauh dari rumahnya, yang aku faham kerjanya seperti 'maintenance assistant' tidak lama juga selepas itu dia berjaya kahwin dengan kekasihnya, bertahun mereka bercinta dan tiada siapa yang mampu menghalang. Pada majlis kahwin aku dia datang bersama isteri dan juga seorang anak yang berumur lebih kurang 2 tahun. Hidup mereka bahagia, tapi minggu lalu selepas lebih 5 bulan Faizal telefon aku dan bercerita tentang kesempitan hidup yang dialami oleh dia dan pastinya semua orang, dia bertanya jika ada peluang untuk cari kerja di luar negara. Aku suka bila ada orang yang berani ambil risiko, maka aku pun terangkan secara rawak dan suruh dia cari kerja di UK kerana jika rajin bekerja boleh simpan banyak duit. Jadi Faizal buat keputusan untuk mulakan pencarian pekerjaan di Uk dan melalui teks ringkasnya pada aku dia beritahu jika dapat kerja dia akan pergi cuma aku agak ralat bila dia cakap akan pergi seorang diri dengan tinggalkan isteri juga anaknya. Lalu aku terus capai telefon dan buat panggilan.

"Woi...apesal kau nak pegi sorang je..tinggal wife dan anak..?" Tanya aku.

Faizal jawab "yelah kite tak tau lagi kehidupan kat sane..kau tengoklah bangla datang sini, tidur dalam kotak je..kalau aku bawak anak bini takkan nak sumbat tidur dalam kotak jugak..!!, kau cube fikir.."

"Tak..!! kau tu yang cube fikir, jangan jadi same macam bangla dekat sini...dorang dah silap langkah datang cari kerje dekat sini, kite yang hidup kat sini pun melarat ni kan pulak bangla..memang tidur dalam kotak la..yang kau nak pergi kerje cari duit nanti bukannye dekat Kedah atau Perlis, bukan dalam negara ni jadi kau jangan risau pasal tidur dalam kotak, orang yang silap langkah je datang cari kerja kat sini.." Terang aku lagi.

Faizal jawab sambil tergelak " Ahaahaha kalau macam tu, bangla la bodoh, punye banyak negara lain dorang nak datang cari kerje dekat sini buat apa?? "

"kah...kah...kah..."

Sunday, 13 March 2011

Olympus PEN.

This is the PEN Story in stop motion. they've shot 60.000 pictures, developed 9.600 prints and shot over 1.800 pictures again. No post production! 




Sebab itu aku cakap yang kami sedang dilamun cinta.

hidup perlu makan kan??









3300 saat di udara sambil ditangan hanya ada sepeket kacang dan segelas jus guava.

Aku di Kedah minggu ini, nasi kandar terbaik, jalan raya tenang, kehidupan senang, budak-budak hipster aku tak perasan, budak-budak fixed gear juga sama, mungkin aku tinggal dan tidur di atmosfera lain, tapi habiskan waktu pada malam hari sambil bersembang dengan anak-anak muda pasal kisah-kisah retorik tentang politik buatkan aku rasa Kedah tempat yang 'cool'.

Tuesday, 8 March 2011

Hari-hari terakhir seorang playboy tak jadi.

Dari pagi aku telefon sana, aku cuba cerita masalah yang dihadapi, dia bagi nombor lain dan suruh call, aku cekalkan hati dan terus call, kemudian bagi nombor lain dan suruh call, aku teruskan lagi, berbuih² mulut untuk meraih² hati. Seorang demi seorang yang aku call dengar masalah aku, 'solution'?? hanya sambungan ke unit lain, kata putus?? hanya sambungan ke unit lain. Hati semakin panas, orang lain punya masalah, aku pula yang berbalah. Damn..!!

Orang² yang bekerja di Majlis daerah memang pemalas kan??

Sunday, 6 March 2011

Go sing, too loud. Make your voice break, sing it out. Go scream, do shout. Make an earthquake.

Semua orang sedang cuba lari dari kepayahan, kejerihan, semua orang sedang sibuk 're-structure their life', semua orang sedang cuba cari cahaya dan warna pelangi, semua orang sedang cuba untuk siapkan segala²nya. Inilah lumrah, inilah harga yang harus dibayar. Sama juga dengan aku, walaupun sudah berkahwin namun lukisan untuk sebuah kehidupan masih lagi terus aku lukis, cantik atau comot, abstrak atau hitam putih aku pun tidak pasti, cuma aku tumpang gembira bila lihat dan dengar semua kawan² sedang juga menuju kearah itu. 'gambate' aku ucapkan, 'berusahalah' aku laungkan. Jika kalah jangan cepat mengalah, jika jatuh tersungkur cepat² bangun,  jika kau fikir kehidupan ini seperti roda, kadang² kita diatas, kadang² kita dibawah dan kadang² kita juga mungkin dilenyek oleh roda itu, lupakan. Bangun dan pergi musnahkan roda kehidupan, tiada siapa yang berhak pusingkan roda kita melainkan kita sendiri jadi apa perlu sebuah roda untuk kehidupan, jalan dan terus berjalan tanpa perlu toleh kebelakang. Setelah lebih dari 10 tahun aku abaikan kehidupan, aku rosakkan segala lukisan, aku hancurkan impian, hari ini ianya jadi pengajaran. Aku rasa ramai yang lebih muda, jauh lebih muda dari aku yang baca blog ini dan aku harapkan semuanya boleh berjalan juga terbang dengan kekuatan yang ada agar bila kau lihat kembali kehidupan kau dibelakang satu hari nanti kau tidakkan akan rasa sesal.

Go sing, too loud. Make your voice break - Sing it out, Go scream, do shout. Make an earthquake...

.

Berjalan seorang diri menyusuri setiap lot² kedai di salah sebuah 'shopping complex' pada awal pagi tanpa ditemani oleh sang kekasih, kafein juga nikotin buatkan aku rasa seperti manusia hilang ingatan, walaubagaimana pun aku cuba berlagak seperti 'cool', seperti tidak ada apa yang berlaku, seperti aku ni halimunan dan tiada siapa yang lihat aku.

Dramatik kan..??

Friday, 4 March 2011

Katakan tidak..!!

Katakan 'Tak nak' pada merokok, perokok juga hisap rokok, iklan yang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Semua orang dihembus dengan 1 idealogi dimana rokok ini mengakibatkan pelbagai penyakit juga mampu membawa maut. Buka kotak tv, baca surat khabar, belek majalah, dengar radio, papan tanda ditepi jalan pasti akan keluarkan iklan tentang bahaya merokok. Persoalan paling kritis dari aku. Berapa banyak jumlah wang yang digunakan untuk buat semua jenis iklan seperti diatas dan siapakah yang berjaya mendapat keuntungan hasil dari iklan² tersebut juga tahukah anda yang gaji pekerja² penjawat awam seperti cikgu, tok imam, kerani di kompleks kerajaan, ketua penghulu, tok batin, polis, tentera dan sebagainya datang dari hasil pembelian setiap kotak rokok. Nope, bukan rokok saja, setiap pendapatan negara melalui hasil kutipan cukai dikumpul bersama² dan diagihkan melalui duit gaji kepada semua. Jangan tanya aku tentang mana perginya duit cukai dari kilang arak ataupun pusat² perjudian seperti 'sport toto' or 'magnum' juga kasino di Genting misalnya sebab sudah diterangkan diatas yang setiap pendapatan negara melalui hasil kutipan cukai dikumpul bersama² dan diagihkan melalui duit gaji kepada semua.

Percaya atau tidak..??

Cinta pandang pertama.

 Mata aku sedang berpinar-pinar, jantung sedang berdegup dengan laju, lidah semakin kelu, liang² roma tertutup rapi. Jari jemari digengam erat lalu disorokkan keadalam poket seluar, nafas pula terhenti secara tiba-tiba. Adakah ini yang dimaksudkan dengan cinta pandang pertama??? Damn..!! aku terjerat didalam budaya 'konsumer'




Kau ape tau..!!??

Aku rasa jelek, aku rasa nak muntah, aku rasa seperti badan bercerai dari nyawa bila ada orang² yang lebih tua dari aku, lebih dulu makan garam dari aku, lebih banyak kumpul pengalaman dari aku bercerita tentang kerajaan yang dah banyak bantu rakyat, dan paling menyedihkan lagi mereka boleh cakap

"Kau ape tau...?? dari dulu lagi kerajaan yang buat sekolah, buat hospital, buat jalan raye, buat semue bende untuk rakyatnye..kau ape tau...?? dulu dorang yang pegi angkat senapang lawan komunis..bla..bla..bla..jadi kenape nak tukar kerajaan"

Mungkin orang cakap jangan sesekali cuba untuk politik kan setiap isu, tapi bagi aku, dari segala jenis aspek di negara ini, aku mahu salahkan pihak pemerintah, kenapa?? sebab pemandulan pemikiran rakyatnya, mungkin benda² seperti korupsi dan rasuah adalah perkara biasa bagi kita, tapi cuba ambil contoh, dalam industri sukan, hiburan, pertanian, perikanan, pola penempatan, kewujudan mat rempit, kewujudan saman yang tidak masuk akal seperti 'speedtrap' di kawasan penurun bukit, kewujudan 'bumper' dijalan raya yang terlalu banyak untuk elak supaya mat rempit tidak bawa motor dengan laju, sistem pendidikan yang malap, guru² yang lansung tidak bernafsu untuk mendidik anak², masalah sampah sarap, masalah banjir, sistem pengangkutan, kesedaran sivik yang terlalu rendah, masalah tanah rizab, kos sara hidup meningkat, harga kereta yang mahal, loan bank, KWSP dan seribu satu macam perkara yang ada.

Damn..!! masih ramai lagi yang tak tahu...

Groceries and shirt.

Bagi aku, pergi membeli belah 'groceries' untuk keperluan rumah lebih menenangkan dari pergi membeli belah pakaian. Sebab disaat aku belek setiap bahan makan otak aku lebih cergas untuk berfikir masakan apa yang boleh dilakukan melalui bahan makan tersebut, juga kawasan mana yang aku boleh simpan dengan rapi setiap apa yang dibeli. Tapi jika aku buka lipatan setiap helai t-shirt mahupun seluar untuk di cuba cuma buatkan aku rasa seperti mangsa kepada keadaan.

Nasib baik aku bukan seorang perempuan yang terpaksa ikut trend dimana mereka gunakan lapik meja untuk dijadikan sebagai hijab, sambil mengenakan pakaian ala² Paris hilton dan yang paling menyedihkan, tahun depan mungkin aku tidak akan pakai hijab lagi dan ikut gaya 'trend' terbaru untuk tahun depan seperti contoh warnakan rambut dengan menggunakan pewarna yang orang selalu guna untuk buat kek.

Tuesday, 1 March 2011

No more talk about the old days It's time for something great.

Late evening with Jefry.

Jefry seorang lelaki dari Iraq beragama Kristian berstatus rakyat Australia dan kini menetap di Malaysia juga sedang bekerja bersama dengan aku, kami pernah sama-sama dalam satu pasukan untuk menempelak kapal terbang milik Arab saudi beberapa tahun yang lalu, dan kini kami bersama semula. Dia tanya pada aku.

"u look quite big after married.."  Jefry,

Aku hanya mampu lemparkan senyuman.

"Ur wife must be a good chef in ur house...rite..??"

Aku jawab "Yeah, she's a good chef and really like to wash my shirts..

"Why ur shirt...??" Tanya Jefry,

Aku jawab lagi " My shirts get shrunk and thats why u see me more bigger than usual.."

"Ahaaaa...."

A birthday in Surrey, a party in North England.

Sabtu lalu disaat aku sedang mengelamun disiang hari, terdampar dan terbaring tanpa arah tuju. hidung ditusuk dengan bau yang harum, hujan pula turun berdentum-dentum, perut pula sudah tidak lagi bercantum-cantum. Aku buka mata, aku tegakkan badan lalu aku terlihat 'super wife' aku sedang siapkan Chocolate chip soft cookies, patut baunya mencucuk. aku bingkas bangun, buat kopi pahit lalu telan beberapa keping kedalam rongga, diulam pula dengan kopi pahit yang panas dalam keadaan hujan sedang turun, aku nyalakan rokok lalu sedut sedalam²nya dan nikmatnya datang sekelip mata tanpa aku duga, itulah nikmat yang digabungkan. Semua neuron² dalam kepala bersambung-sambung.
Malam ini ketika sedang sibuk memberi fokus pada satu kerja, aku terlihat kelibat 'super wife' sibuk buat pukul telur dengan 'butter', pada mulanya aku biarkan saja, tapi bila bau datang menyelinap kehidung, aku intai dari jauh, kelihatan seperti sesuatu sedang bergelumang didalam 'oven' tidak sampai 5 minit kemudian, 'super wife' aku keluarkan dan aku rasa ruang tamu bertukar menjadi seperti syurga ciptaan, aku capai dan masukkan kedalam mulut, di ulam pula dengan air oren sejuk. Yes.. terbaik...

"Sebab itu aku panggil kau 'super wife'..."

Perfect.

Jika hari ini kau jatuh, jika hari ini kau tersungkur, jika hari ini kau rebah dalam keadaan parah dan sampai bila-bila pun kau terus tidak dapat lakukan anjakan kepada kesempurnaan, tidak perlu tunggu sampai esok harinya kerana


"If today was perfect there would be no need for tomorrow..."
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law