Tuesday, 15 March 2011

Harapan Faizal Fahmi.

Faizal Fahmi, seorang kenalan atau rakan rapat yang aku sudah kenal sejak dari hari pertama aku ke sekolah menengah. Kami duduk sekelas hingga ke hari terakhir persekolahan kecuali terpisah pada tahun kedua kerana Faizal seorang pelajar yang selalunya berjaya untuk menjatuhkan kewibawaan juga kredibiliti seseorang cikgu didalam kelas dihadapan pelajar² lain dengan cara mencipta formula matematik yang lebih 'brilliant' dari cikgu, memberi fakta sejarah yang lebih tepat dari cikgu, juga selalunya bertikam dengan cikgu semata-mata untuk tegakkan kebenaran pada setiap subjek yang dipelajari dan akibatnya pada tahun kedua dia dihantar ke kelas paling tercorot disekolah aku. Tapi pada tahun seterusnya dia berjaya masuk semula ke kelas aku hinggalah ke tahun terakhir. Faizal Fahmi seorang yang petah berkata-kata juga seorang yang 'spontaneous' bila berbicara, dia selaluna akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan juga pidato. Yes diantara kami memang banyak jauh beza cuma persamaan pada kami adalah lakukan kerja² gila yang tak dapat aku nak nyatakan didalam entri ini. Namun begitu selepas tamat persekolahan aku jarang berjumpa dengan Faizal kerana faktor jarak diantara kami, yang aku tahu Faizal terus lakukan kerja² gila. Selepas keputusan SPM keluar dia terus sambung ke tingkatan 6 bersama seorag lagi rakan kami, aku pula mula kerja-kerja buruh paksa, malangnya selepas 2 tahun bertungkus lumus Faizal ambil keputusan untuk berhenti belajar sedangkan keputusan STPM nya bagus serta dapat peluang untuk sambung belajar di UM dalam jurusan undang-undang. Tidak, dia tolak bulat² sebab dia mahu cari wang lebih. Lalu dia mula cari kerja, beberapa tahun kemudiannya aku terjumpa dia di tempat kerja aku. Yes, kami bekerja dibawah satu bumbung cuma kerja dia dan kerja aku lain memang lansung tidak sama, tetapi jika ada masa kami pasti akan lepak bersama, hampir 2 tahun kami dibawah satu bumbung, tapi tak lama selepas itu Faizal dibuang kerja kerana masalah disiplin yang tidak dapat dielakkan. Dia masih teruskan kerja² gila dan disebabkan itu rezekinya tidak lama. Kami terpisah lagi. Cuma, kadang² Faizal ada telefon aku dan bersembang, dia terpaksa jual buah didepan sekolah demi untuk pastikan ada duit didalam poket. Tuhan maha adil tidak lama selepas itu dia dapat kerja di sebuah hospital yang tidak jauh dari rumahnya, yang aku faham kerjanya seperti 'maintenance assistant' tidak lama juga selepas itu dia berjaya kahwin dengan kekasihnya, bertahun mereka bercinta dan tiada siapa yang mampu menghalang. Pada majlis kahwin aku dia datang bersama isteri dan juga seorang anak yang berumur lebih kurang 2 tahun. Hidup mereka bahagia, tapi minggu lalu selepas lebih 5 bulan Faizal telefon aku dan bercerita tentang kesempitan hidup yang dialami oleh dia dan pastinya semua orang, dia bertanya jika ada peluang untuk cari kerja di luar negara. Aku suka bila ada orang yang berani ambil risiko, maka aku pun terangkan secara rawak dan suruh dia cari kerja di UK kerana jika rajin bekerja boleh simpan banyak duit. Jadi Faizal buat keputusan untuk mulakan pencarian pekerjaan di Uk dan melalui teks ringkasnya pada aku dia beritahu jika dapat kerja dia akan pergi cuma aku agak ralat bila dia cakap akan pergi seorang diri dengan tinggalkan isteri juga anaknya. Lalu aku terus capai telefon dan buat panggilan.

"Woi...apesal kau nak pegi sorang je..tinggal wife dan anak..?" Tanya aku.

Faizal jawab "yelah kite tak tau lagi kehidupan kat sane..kau tengoklah bangla datang sini, tidur dalam kotak je..kalau aku bawak anak bini takkan nak sumbat tidur dalam kotak jugak..!!, kau cube fikir.."

"Tak..!! kau tu yang cube fikir, jangan jadi same macam bangla dekat sini...dorang dah silap langkah datang cari kerje dekat sini, kite yang hidup kat sini pun melarat ni kan pulak bangla..memang tidur dalam kotak la..yang kau nak pergi kerje cari duit nanti bukannye dekat Kedah atau Perlis, bukan dalam negara ni jadi kau jangan risau pasal tidur dalam kotak, orang yang silap langkah je datang cari kerja kat sini.." Terang aku lagi.

Faizal jawab sambil tergelak " Ahaahaha kalau macam tu, bangla la bodoh, punye banyak negara lain dorang nak datang cari kerje dekat sini buat apa?? "

"kah...kah...kah..."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law