Untuk warga jepun, takziah diatas segala gelombang kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mereka. Ini semua kuasa tuhan dan kita tidak mampu untuk melawan cuma letupan loji nuklear yang pada mulanya cuba disorokkan oleh kerajaan jepun dan kemudiannya terpaksa akur dengan malapetaka yang mereka sendiri bina. Aku jadi gugup kerana tidak sampai 10 jam dari sekarang pergerakan radioaktif akan sampai ke Tokyo, dan terus menerus merebak, jika lihat pada peta dunia kedudukan Filipina tidak berapa jauh dari Tokyo dan berapa jauh pula jarak diantara Filipina dengan Sabah dan Sarawak juga tanah semenanjung. Jadi apakah relevannya pembinaan loji nuklear di sini yang sedang digebang oleh pihak kerajaan, yang bodoh pula akan terus bersuara "bila minyak sudah habis, maka tenaga nuklear perlu".
Kadang-kadang aku sedih lihat manusia-manusia penakut.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment