Muzik dan aku rasanya tidak akan terpisah, jika satu hari nanti aku mahu berhenti untuk ada band tapi aku pasti akan teruskan mendengar segala macam lagu yang ada, paling tidak pun aku mungkin akan teruskan untuk menulis artikel² atau 'review' tentang muzik. Yelah sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Tetapi buat masa sekarang aku masih lagi ada band dan jalani kehidupan seperti biasa cuma jauh didalam benak hati aku ingin untuk cari kelainan dari segi penyusunan lagu, aku ingin terus bermain gitar tapi dalam konsep lain, aku cuba untuk menguji sejauh mana otak dan minda aku mampu menyahut cabaran yang sedemikian. Lalu aku mula melekat dari satu forum ke forum yang lain. Tujuannya untuk mencari sesiapa yang berminat untuk ambil aku bermain gitar bagi band mereka melalui genre muzik yang aku rasa benar² sesuai dengan aku, di pendekkan cerita selepas aku hantar pesanan ringkas pada seseorang, dia balas dengan meminta aku beri sedikit 'introduction' tentang diri aku juga pengaruh muzik aku. Lalu aku pun tanpa pandang kiri dan kanan terus balas semula teks tersebut, aku perkenalkan nama aku, tinggal dimana, bekerja dan bukannya pelajar, dengar band itu dan dengar band ini dan ayat terakhir adalah, " and i'm 30 years old..."
Damn..!! aku rase macam seorang 'loser' dan 'loner'..
0 comments:
Post a Comment