Selain dari jadi kaki makan, aku juga amat suka pada muzik dan perkara yang dah lama aku tak buat adalah pergi tengok konsert, malangnya dinegara yang tercinta ini konsert yang melibatkan artis² kegemaran aku jarang berlaku, kalau arits² MTV berlambaklah, kadang² aku rasa macam sampah pun ada diaorang ni. Anyway as per list below adalah band² kegemaran aku yang aku pun tak pasti bila aku ada peluang untuk tengok dengan mata dan kepala aku sendiri.
1. RADIOHEAD - terlalu sukar untuk aku bayangkan tentang lagu dan lirik mereka. Korang faham² sendiri lah.
2. MEW - bagi sesiapa yang suka band ini pasti akan rasa sama macam aku. Hail to Danish rock..!!
3. LUKESTAR - Aku mula dengar lagu² band dari Norway ni sekitar 2 tahun yang lalu, diperkenalkan oleh Arwith, seorang rakan yang telah berjaya untuk pasarkan album mereka di sini, pada mulanya aku rasa nak tergelak tapi bila 'study' pasal drum work lagu² mereka buatkan aku rasa hendak duduk berdekatan dengan drummer jika ada peluang untuk lihat mereka beraksi secara 'live'.
4. THE SWELL SEASON - Selepas filem 'ONCE' berjaya menarik perhatian aku dan juga orang lain melalui muzik juga jalan cerita yang dihasilkan termasuklah pemandangan² indah Ireland, Glen Hansard dan Marketa Irglova telah mula mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah album yang berjudul 'Strict Joy'
5. PEARL JAM - siapa yang tidak kenal dengan kelunakan suara Eddie Vedder, aku hampir² berjaya untuk tengok mereka secara live di Melbourne, Australia tahun lepas. Joe kawan aku telah beli 2 tiket untuk aku dan dia, malangnya aku tarik diri kerana kakak saudara aku kahwin pada tarikh yang sama.
6. AS BLOOD RUNS BLACK - Band deathcore paling sedap dari Los Angeles yang pernah aku dengar, lagu² mereka paling ber-variasi dan drummer aku Sharman selalu contact drummer band ini, tapi rasanya peluang untuk tengok mereka secara 'live' terlalu gelap untuk kami semua disini.
7. EXPLOSIONS IN THE SKY - Yes, band postrock ini pernah datang ke sini dulu, tapi malangnya aku pula berada di Hamburg,Germany pada waktu itu. Damn!!
8. BUTTERFINGERS - Aku tau dah banyak kali aku tengok dorang, tapi always miss them.
9. REGINA SPEKTOR, IMOGEN HEAP, FEIST, KATE NASH - Aku sentiasa harapkan ada promoter yang mampu satukan keempat² artis ni dibawah satu pentas yang sama.
10. YEAH YEAH YEAHS - Karen O gila, itu saja yang mampu aku katakan tentang band ini, walaupun mereka pernah datang ke Singapura, tapi tak guna juga bila hari pertama tiket dijual, semuanya sudah habis.
Sebenarnya ada banyak lagi band² atau artis yang aku ingin tengok mereka beraksi secara live, cuma aku tak pasti sama ada berjaya atau tidak,
contohnya KULA SHAKER, waktu aku muda remaja dan sibuk melalak² lagu 'hush' dan 'Tatva' mereka tak nak datang sini pun.