Sunday, 31 October 2010

CHENTA WEDDINGS.

Seperti yang aku pernah bagi tau ini bukan blog politik dan in juga bukan blog 'bride to be' tapi for the name of love, minat aku pada hasil seni yang menarik juga pada keikhlasan dan kejujuran yang terpancar disebalik setiap dekorasi yang disempurnakan buat aku rasa mahu gugur jantung melihatnya. Anyway, tanpa cerita panjan lebar, dengan berbesar hati aku mahu buat sedikit promosi tentang  CHENTA WEDDINGS, for more info please click link yang aku beri dan biarkan segala gambar yang ada beri penjelasan.






















Kepada sesiapa yang mahu berkahwin gaya 'cool' mereka sedang buat promosi. Sila cepat.


Miss you love.

Hari ahad semula, dan aku seperti biasa masih ditempat kerja, ianya semata² untuk siapkan segala kerta kerja yang berselirat, yang berkecamuk dan juga hati yang remuk. Jika hendak dibangdingkang dengan projek aku yang lepas, kami banyak belajar dari kesilapan dan hasilnya cuma 1% gagal dan aku berani cakap segalanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa watak tidak penting yang wujud untuk kucar-kacirkan keadaan, tapi mereka silap kerana kami  memang perancang yang terancang. Well, akibat dari pelancaran kerja yang licin dan telus aku juga rakan terpaksa korbankan waktu riadah dan habiskan sepenuh masa ditempat kerja. Ianya satu pengorbanan yang sukar untuk ditukar ganti tapi demi 'company' yang tercinta (sambil tersenyum) kami buat yang terbaik.

Aku mahu habiskan segala perjuangan ini dengan secepat mungkin, aku mahu siapkan semuanya dengan lancar, and i just miss my 'super wife'.

Tuesday, 26 October 2010

Bukan kisah benar.

Ini bukan kisah benar tapi jika semua mahu ketawa mari anggap ianya kisah paling 'thru'.

Terdapat ramai manusia minta sedekah di ibukota Kuala Lumpur dan salah seorangnya adalah lelaki cina yang bernama Wong  Kai Soon (bukan nama sebenar)lingkungan umur 50 tahun yang dulunya dia adalah seorang usahawan yang berjaya, tapi akibat dari percaturan yang silap ketika berniaga, perniagaannya merudum jatuh, hidupnya yang dulu sangat mewah bertukar menjadi sesat melarat, isteri dan anak² lari tinggalkannya. Lelaki cina ini rasa dirinya sangat gagal dan tekanan perasaan telah menghantui dirinya, dia hidup dengan hanya berbekalkan sehelai pakaian serta serta selipar, aktiviti hariannya adalah jalan perlahan² sambil menyusuri setiap lorong² perniagaan juga setiap ceruk manusia yang berlegar² disekeliling ibukota. Tujuan utama untuk meminta sedekah, untuk dapatkan sesuap rezeki. Hendak dijadikan cerita kelakar, pada satu hari lelaki cina ini terserempak dengan rakan lama dan akibat dari kesedihan yang dialami oleh rakannya kerana melihat hidup lelaki cina ini yang papa kedana, rakannya memberi sejumlah duit yang agak banyak iaitu rm100 (kira banyaklah untuk peminta sedekah kan?). Lelaki cina ini terasa sangat gembira lalu dia belanjakan wang itu disebuah restoran cina yang agak terkenal di ibukota, dia duduk dengan bergaya lalu 'order' makanan² yang mahal dan sedap² belaka, kemudiannya dia minta pula sebotol arak yang mahal, kos makan pada malam itu sudah mencecah ke angka rm1ribu dan apabila sudah selesai makan dia panggil pelayan restoran untuk bayar, jumlah yang perlu dibayar adalah rm986 termasuk cukai 5%,  tapi malangya lelaki cina itu hanya ada rm100 sahaja, maka keluarlah pengurus restoran lalu memarahinya dan dalam keadaan marah pengurus restoran tersebut telah panggil polis untuk tangkap peminta sedekah ini. Polis datang lalu tangkap lelaki cina itu dan terus masukkan kedalam kereta. Apabila kereta polis bergerak lelaki cina itu terus cakap pada polis,

"Latok takkan kite tak boleh settle, wa bukan jual dadah ma..wa makan saja.." kata peminta sedekah itu.

"Lu bikin susah..celaka lu..mau kena pukul ke.." Jerit salah seorang polis yang berada didalam kereta.

"Latok..tak mau itu macam..kita kasi kawtim lar...tolong la latuk, wa orang susah..lu pun orang susah jugak.." sambung peminta sedekah itu lagi.

"Tak guna punye cina..berapa lu ada??" Tanya polis itu lagi.

"Satu ratut..banyak wo, lu kongsi 2 olang, satu olang dapat lima puloh wo.." Jelas peminta sedekah itu lagi sambil menghulurkan sekeping rm100.

"Ok lu turun sekarang.wa tak mau nampak lu punye muke kat sini lagi..lu kasi blah sekarang.." cantas polis tersebut sambil ditangannya sudah ada rm100.

Monday, 25 October 2010

Malay vs malay.

Aku cuba untuk tidak jadikan blog ini sebagai blog politik dan aku juga tidak berniat lansung untuk kisahkan segala macam kisah tentang warna-warni dunia politik yang sedang berselirat dengan pelbagai corak dan bentuk. Seperti yang semua sedia maklum Persidangan UMNO baru saja selesai, maka berkumpul lah ribuan orang melayu, penyokong tegar, manusia² gagah pada persidangan tersebut, objektif utama mereka adalah untuk menyokong setiap isi yang diperbahaskan oleh pemimpin² mereka, kisah² retorik dan boombastik direka dan dicipta untuk pastikan hak istimewa orang² melayu terjaga dengan rapi. Setiap pemimpin dari pelbagai pelusuk cabang berdiri teguh dengan kata² berani diatas pentas, sokong itu dan sokong ini, tegakkan itu dan tegakkan ini, masing² hendak tunjuk hebat, hendak tunjuk kuat, yang dengar pun bersorak kuat tanda sokong. cuma satu persoalan yang bermain diminda aku, mereka yang berucap mahupun mereka yang mendengar sambil bersorak tahu ke sejarah penubuhan UMNO, apa kisah² penting lagi benar disebalik penubuhan 'organisasi' ini, apa objektif asal penubuhan 'organisasi' ini, memperjuangkan 'Kemerdekaan' atau memperjuangkan 'Orang² melayu'. Mereka semua ni tahu ke apa yang berlaku 65 tahun kebelakang sebelum negara kita merdeka dan siapa yang berusaha keras disebalik kejayaan menubuhkan negara. Siapa yang memanipulasi dan siapa yang dimanipulasi. Kadang² aku rasa terpanggil untuk duduk dengan mana² orang kuat yang menyokong ataupun yang berucap dan berdebat tentang isu perjuangan yang diperjuangkan sejak dari dulu lagi. Kita tengok siapa lebih faham dan mengerti.

dan jika mereka kalah berdebat dengan aku, hadiahnya adalah aku mahu tumbuk muka Ketua pemuda UMNO ataupun tumbuk terus muka Ketua UMNO. boleh??

Sunday, 24 October 2010

5 billion for us.

Apa itu belanjawan negara? apa itu 'budget' negara? bagi aku yang tidak pernah menuntut di London School of Economics, juga tidak mahir dalam kira² ianya adalah penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber - sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat. Bila kita tertera perkataan 'rakyat' ianya membawa maksud kepada 'kita', 'us', semua orang. Belanjawan amat penting kepada setiap negara dimana ianya adalah mekanisma paling utama untuk menjana perkembangan ekonomi. bila ekonomi pesat membangun ianya mampu mengumpulkan sejumlah keuntungan yang besar kepada sesebuah negara, bila negara kaya, rakyat juga realitinya akan kurang sengsara.  Mungkin ada yang tidak mahu ambil kisah pun tentang apa yang berlaku, aku pun tidak lah berminat sangat untuk tengok bagaimana orang² politik berusaha keras untuk rembat duit negara. Cuma bila nampak duit dibazirkan terlalu banyak untuk perkara² yang tidak logik seperti hendak bina mercu tanda bangunan 100 tingkat dengan modal rm5bilion buatkan aku rasa macam budak umur 6 tahun dan tidak tahu untuk berfikir.

WTF!!

Memintas kenangan.

Petang semalam, cuaca tenang bercampur dengan awan² kelabu ditambah pula dengan angin² bebas buatkan aku teringat pada Killiney, County Dublin, buatkan aku teringat pada Glen Handsard dan Marketa Irglova, buatkan aku teringat pada bait² lirik 'Falling from the sky', buatkan aku teringat pada setiap petikan gitar, buatkan aku teringat pada satu suasana yang gemilang di grafton Street, Dublin, buatkan aku rasa mahu beli tiket dan terbang ke Ireland.

Damn..!! aku mahu cari dan tonton semula dvd 'Once' yang dah lama hilang.

Sunday, 17 October 2010

Story for gig goers.

Aku dah lama tak 'organized' gig, tapi sebenarnya selepas gig bulan november tahun lepas memang aku dah janji pada diri aku untuk tidak buat gig lagi, tak kira lah gig besar tau yang kecil²an, bukan kecewa, bukan terseksa tapi aku mahu rehat, aku mahu hilangkan penat. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti dari 'organized' gig, mungkin berhenti untuk selama²nya. Tapi jika ada keajaiban, jika ada kuasa keramat juga jika ada kuasa hikmat aku mingkin akan 'organized' gig semula, cuma mungkin ianya buat kali yang terakhir itu pun jika band dibawah minat untuk main gig yang aku buat.


bagi yang tidak tahu apa itu 'gig', sila google.

Aberdeen city.

Aberdeen atau lebih dikenali sebagai 'The granite city' juga 'the silver city with the golden sands adalah diantara bandar ketiga terpenting untuk Scotland, industri perikanan, pembuatan kapal juga kerta dan tekstil adalah sangat popular disana tetapi sejak penemuan sumber galian minyak di North sea pada sekitar tahun 70an Aberdeen telah banyak mengalami perubahan ekonomi yang memberansangkan. Selain dari itu kewujudan 2 buah universiti iaitu University of Aberdeen sejak tahun 1495 dan robert Gordon University sejak tahun 1992 telah menjadikan Aberdeen sebagai pusat pendidikan untuk  'centre of North-east'. Seperti mana² bandar di Eropah Aberdeen juga diantara bandar yang cantik, indah, 'cool' juga menarik untuk dilawati. Aberdeen juga telah memenangi pertandingan 'Britain in bloom' sebanyak 10 kali dan ianya adalah rekod paling banyak jika hendak dibandingkan dengan mana² bandar disekitar Great Britain.
Kenapa aku sibuk mempromosikan bandar ini, aku pernah kesana ke?? tidak..aku dibayar untuk 'promote' bandar ni ke? tidak, aku ada saudara-mara ke kat sana? juga tidak, aku hendak melancong ke sana ke? tidak.

Aku dan super wife merancang untuk memulakan kehidupan baru disana pada tahun depan. Tunggu dan lihat.





Gambar sekadar nak bakar semangat.

Suara dari corong radio.

Jumaat lalu, pada waktu petang yang kuning aku dan seorang rakan berjalan menyusuru satu liku² sempit disebuah kawasan ditempat kerja, tujuannya untuk mencari kertas kerja yang sudah siap sepenuhnya. Bila tiba di salah sebuah perut pejabat kami terdengar lalakkan suara merdu dari corong speaker sebuah radio, suara tersebut sedang bertungkus lumus membacakan teks ucapan. Ianya berbunyi lebih kurang begini,

"Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia, dengan sukacitanya saya ingin umumkan kadar tol bagi empat laluan lebuhraya tidak akan dinaikkan..bla...bla...bla...(diiringin dengan bunyi ketukkan meja)" suara dari corong radio.

Lalu Nazry rakan aku pula berkata " Macam haram..ape yg gembira, kalau turunkan barulah berita gembira..ni macam takde ape pun yg jadi tapi sibuk nk bagi tau semua...cibai lah..."

"Ahahahaha...kita sepatutnya bersyukur kerana harga barang kita dan tol lebih murah jika nak dibandingkan dengan negara lain..." kata aku pula sambil ketawa.

Nazry cantas "kimak dia..kat UK tol free je.kat mane-mane..."

"Kahkahkah...."

Saturday, 16 October 2010

Kompilasi kisah lalu.










Tales of the great sandwich maker.

Semua orang punya cita-cita, semua orang punya impian, semua orang mahu hidup mewah dan senang, semua orang mahu kebahagiaan dan semua orang juga mahu kejayaan. bila kita singkap kisah hidup mewah dan senang sudah tentu duit adalah agenda paling penting untuk menjayakan sesebuah episod kemewahan dan kesenangan. Salah satu cara untuk peroleh duit adalah dengan bekerja keras siang dan malam, bila hujung bulan dapat gaji baru gembira untuk beli apa saja yang kita suka. Ada yang mahu tukar telefon bimbit baru, beli laptop, pakaian² berjenama, beli kamera, tukar kereta dan beli rumah. Ada yang akan keluar 'travel', gembira sana dan gembira sini, beli itu dan beli ini dan kadang² ada juga jika kita tidak bijak berbelanja duit akan cepat lupus dan terhapus. Jadi jika tanya pada aku apa yang aku hendak beli jika sudah dapat gaji nanti, jawapan aku hanyalah 'Sandwich maker' sebab aku rindu bau² yang semerbak ketika roti garing terbakar, sebab aku rindu untuk reka dan cipta segala macam jenis sandwich yang aku mampu untuk reka dan makan, sebab bila duit gaji sudah habis aku masih mampu untuk makan kerana aku ada 'sandwich maker', sebab aku rindu sekumpulan kawan² aku yang pernah sama² berjuang beberapa tahun lepas ditempat kerja dan pada waktu paginya aku buatkan pelbagai sandwich untuk mereka nikmati bersama² dengan secawan kopi dan beberapa batang rokok, damn!! aku rindu saat itu dan tidak akan ada kuasa ajaib untuk putar kembali masa. Jadi bila aku sudah ada 'sandwich maker' nanti aku akan cuba singkap semula kenangan itu.
bijak tak aku??

Siapa mahu resepi sila email aku..

Friday, 15 October 2010

Me, my super wife & guitar.

Satu projek menarik sedang aku usahakan  bersama super wife aku, juga bersama dengan rakan-rakan terdekat aku, ianya berkenaan dengan hati, jiwa, kata-kata, cinta, gembira, perasaan, luapan adrenalin, melodi, drum stroke, riffing guitar, running bassline, picktrum, drumstick, lampu-lampu bercahaya, alunan luna-luna yang berselirat serta kepuasan pada tahap maksima,

dan disebabkan projek ini juga aku agak sibuk. Harap maaf.

I LOVE US.

Tuesday, 12 October 2010

Lacurkan.


Sejak akhir² ini ada banyak band² atau artis² besar dari luar datang kesini, ada yang aku sampai sanggup keluarkan air mata darah untuk tengok, ada yang aku rasa kalau dapat tiket percuma pun aku tak hairan nak pegi tengok, contohnya PARAMORE di KL minggu depan. Jadi jika siapa dapat lihat flyers dibawah mungkin faham dengan apa yang aku cuba surat dan siratkan.



Kayangan dan angkasa lepas.

Sedang aku duduk diam sambil mata dirobek dari pancaran cahaya monitor, dalam keadaan tangan aku sedang sibuk menaip dan menarikan tetikus Ati datang untuk sambung semula kerja semalam. Lalu dia sapa dan tanya pada aku.

"Abang de tengok kat tv smalam..eh ahad lepas..??" Tanya Ati.

Aku balas "Tengok tv?? cite ape..??

"ala yang perkahwinan angkasawan negara tu.." Jawab Ati pula.

Aku jawab dengan hanya senafas "Alamak..bersanding di kayangan dan angkasa lepas campur dengan Saiful Nang gile last century..."

"Ape tu...ape yg last century...??"

"Takde ape..takde ape..

Monday, 11 October 2010

Smoking room.

Didalam bilik merokok, aku duduk diatas kerusi panjang sambil silangkan kaki, dalam keadaan ruang penuh dengan warna kuning aku keluarkan kotak american eagle dari poket lalu tarik sebatang dari dalam dan mula nyalakan dengan api. Ketika tenang sambil depakan tangan datang pula seorang rakan yang turut sama serta menyalakan api.

"Cibai kan..rokok naik harga lagi.." getus Herman.

sambil hembus asap keluar aku jawab "Tula naik sampai 70 sen plak tu..

"Tapi bagus jgak dorg naikkan harga rokok ni.." cantas Herman lagi.

dengan nada terkejut aku bertanya "Kenape plak bagus...nk bagi orang stop hisap ke..??"

"bukan..at least lpas ni awek² akan ushar kotok rokok ape yg aku pegang and from that awek² ni akan tau aku kaya atau tak.." Jawab Herman sambil ketawa.

Tuesday, 5 October 2010

Travel journalist.

Sudah bertahun² aku kerja disini, sudah ramai orang aku jumpa, people come and go but i still standing strong, kenapa aku cakap begitu?? kerana disini aku akan jumpa dengan ramai pengembara, mereka datang dari pelbagai rumpun dari pelbagai budaya, bangsa juga negara ada yang dari Ireland, England, Australia, pakistan, Bangladesh, Singapore, Hongkong, Iraq, Indonesia dan banyak lagi. Malaysia adalah tempat persinggahan bagi mereka, tempat untuk menadah segala jenis rezeki juga tempat untuk menikmati segala kemewahan yang ada. Aku diantara jutaan manusia yang agak bertuah kerana dapat kongsi kisah hidup mereka, dapat tahu segala macam perkara yang menarik tentang negara mereka, juga dapat tahu tentang perjalanan pengembaraan mereka. Tapi bila lama kelamaan aku rasa kenapa perlu aku dengar kisah mereka sedangkan aku hanya duduk diam disini. Sabtu lalu aku tonton sebuah filem adaptasi dari satu novel karya Elizabeth Gilbert yang berjudul Eat, Pray and Love lakonan Julia Robert, ianya berdasarkan sebuah kisah benar dimana seorang wanita yang cuba bangun dari kesedihan hasil penceraian dengan suaminya serta juga baru putus cinta dengan kekasih barunya. Elizabeth mengambil keputusan untuk mengembara ke Itali, mendalami budaya hidup disana juga belajar bertutur dalam bahasa Itali, dia berkawan rapat dengan orang² disana dan banyak menghabiskan masa dengan memakan segala macam jenis makanan yang lazat di Italy. tidak lama selepas itu dia terbang ke India dan mula bermeditasi disana, pada mulanya aku tak pasti apa yang dia cuba cari tapi lama kelamaan dia berjaya memaafkan dirinya sendiri. Kemudian dia terbang pula ke Bali, berteman rapat dengan seorang pawang dan menghabiskan masa dengan merayau² di sekitar Bali. Tidak lama selepas itu Elizabeth berjaya jumpa dengan cinta sejatinya dan akhir sekali aku nampak dia jumpa kunci kebahagiaan dalam hidupnya. Filem tersebut sedikit sebanyak memberi ransangan pada aku untuk bawa super wife aku mengembara. Aku rasa seperti ingin habiskan usia aku dengan pusing keseluruh pelusuk dunia, aku mahu penuhkan pengalaman dengan setiap perkara yang aku lihat dengan mata aku sendiri pada setiap tempat yang aku pergi. Aku ingin tempuh segala pahit getir yang sebelum ini aku hanya dengar kisah dari orang lain, aku mahu ukir senyuman sepuas²nya jika aku mampu pusing dan tawan dunia ini dan akhir sekali aku mahu lakarkan sebuah jurnal dalam bentuk penulisan tentang setiap tempat aku pergi.
Besarkan cita-cita aku..

Jadi ada sesiapa yang mahu ambil aku jadi 'Travel Journalists'??

Berselirat

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law