Wednesday, 31 December 2008

Sila jawab.

Kenapa mat² metal perlu pakai baju warna hitam dan selalunya ada gambar darah dan tengkorak??

Aku perlukan jawapan.

Aku sedang bercinta dengan Ian Curtis

Setelah banyak hari tidak melayari dunia blog, hari ini aku terasa hendak memasukkan sesuatu, tetapi sesuatu yang lebih subjektif, sesuatu yang lebih telus dan tulus. Setelah beberapa ketika aku diam, setelah beberapa ketika aku lumpuh. Hari ini aku sedar yang dunia kita ni memang perlukan warna-warna kegembiraan, jika tidak lebih baik kita jadi seperti seekor katak yang rasakan dirinya adalah putera raja. ada kawan aku tanya, kenapa blog aku tidak happening dengan kutuk mengutuk manusia² lain disekeliling seperti dalam blog² orang lain, kenapa tidak ada cerita² lucah yang amat jujur, ikhlas dan sebagainya. Sebenarnya memang dari kecil lagi, sebelum dunia blog wujud aku telah suka memerhatikan dunia sekeliling dan selalu ingin tahu segala macam benda yang berlaku disekitar aku. Aku suka memerhatikan orang lain dan kemudian berfikir apa yang mereka untuk menyara kehidupan mereka, apa yang diusahakan oleh mereka demi untuk masa depan mereka. aku memang suka memerhati dan mengkaji, walaupun aku tidak pernah letakkan niat untuk menjadi ahli saintis ataupun sebagainya. aku cuma suka melihat corak kehidupan orang lain. Beberapa tahun yang lalu teman wanita aku sering marah ataupun tarik muka dengan aku, kerana jika ada dekat mana² pun aku sering tengok orang disekeliling aku, tapi teman wanita aku selalu cakap yang aku sebenarnya sedang sibuk memerhatikan gadis² lain yang separa bogel cantik dan menawan lalu lalang dekat dengan aku. Terlalu sukar untuk aku terangkan kepadanya, kami sering berselisih faham tentang hal² begini, tapi kini tidak lagi, dia sudah tidak marah pada aku lagi, kerana dia telah pergi mencari lelaki lain yang tidak suka memerhatikan orang lain lebih²lagi gadis² atau makcik² yang separa bogel. Tidak mengapa lupakan kisah lama, kerana banyak kisah baru aku harus cipta tidak lama lagi.
Sebenarnya setiap entri² aku yang berdialog mempunyai nilai² murni yang penuh dengan plot dan naratif juga lengkap dengan unsur² tersurat dan tersirat. Dulu sebelum kewujudan blog aku sering akan ceritakan pada kawan² terdekat tentang apa yang berlaku pada aku setiap hari dan setiap masa, lebih² lagi jika ada cerita lucu dan kadang² cerita lucah. Yelah takkan lah aku nak tulis diari setiap malam dan kemudiannya bagi kawan² aku baca pada keesokan harinya, mana boleh seorang lelaki yang gagah juga banyak lemak seperti aku yang selalu dengar muzik² ganas dari band² seperti INFLAMES mahupun PANTERA tetapi mempunyai hati yang berwarna pink, tentu tidak sesuai sama sekali. Jadi memang blog adalah tempat yang sesuai cuma aku tidak selalunya memberi luahan yang berterus terang, kerana aku ni mempunyai ciri² sifat lelaki melayu yang tidak maskulin tetapi amat pemalu, dan sebab itu jugalah banyak cerita² kiasan telah dihasilakan melalui dialog² tanpa prolog. Siapa yang paham hadiah untuk anda, siapa yang tidak paham cubalah pahamkan, mana boleh semuanya hendak bersuap. Belajar befikir, belajar mengkaji baru kita akan jadi kreatif.

Kali ini aku kembali dengan segulung rokok daun yang dipenuhi dengan bahan² semula jadi.

Sunday, 28 December 2008

Diet terbaik #2.2

Diet yang terbaik adalah biarkan sahaja makanan memenuh kan perut sehingga saraf tidak mampu untuk menghantar mesej kepada otak untuk nyatakan kita dah kenyang kerana lemak telah menyekat kemaraan mereka. Diet yang terbaik juga adalah cuba berjogging pada waktu malam itu pun sambil memejamkan mata serta berbaring diatas tilam tapi pastikan pintu tertutup rapat, padamkan aircond mahupun kipas dan cuba selimut seluruh badan. Bila keadaan menjadi berbahang secara tidak lansung badan akan keluarkan peluh dan itu adalah cara temudah untuk membakar lemak, apabila bangun dari tidur sudah pasti baju akan basah kerana berpeluh dan itulah kepuasan yang sebenar. Bagi wanita pula jadikan window shopping sebagai terapi yang terbaik untuk membakar lemak.

"Wan macam mana nak kurangkan berat badan ni..i serius ni..? Tanya Zeera.

"Jom kuar jalan² window shopping.." Jelas Wan.

"Malas lah, penatlah nak jalan, lagipun duit takde nanti sakit hati je kalau ternampak bende² yang lawa..i tanye camne nak kurus bukan abiskan duit" Jelas Zeera.

"Thats whylah i ajak u pegi window shopping, bila kita boleh berjalan seluruh shopping complex maka lemak akan terbakar, kan bagus tu, sambil tengok² barang u also can burn ur fat.." Jelas Wan pula.

"A'ah..lah nape i tak terfikir, tapikan i kene pakai pakaian jogging la ek, sbb boleh berlari² kat area shopping complex sambil tengok barang² yang ade..good Idea la Wan..u memang best sayang u.." Zeera.

"Taklah u salah, sape suruh u pakai baju jogging, nanti orang ingat u gile pulak.." Wan.

"So what should i do..??" Tanya Zeera.

"Sampai je kat shopping complex kite pegi cari kakak² indon yang mop lantai or cleaning toilet, i akan slowtalk dengan akak tu untuk bagi pinjam baju die kat u, so u pakai baju akak tu and mop lantai kat seluruh shopping complex sambil² tu u boleh window shopping, and its help u to burn ur fat sebab u mengemop. kan.." Jelas Wan.

"Kau Gila..."

Diet Terbaik #2.1

Permulaan untuk diet adalah makan sepuas²nya hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula untuk berdiet. Jika kita gagal untuk memulakan pada keesokan harinya, pastikan kita cuba pada hari seterusnya, jika gagal lagi, teruskan pada hari seterusnya. Sehinggalah kita sedar yang kita tidak pun diet tapi terus makan dan akhirnya perasan yang badan kita semakin membesar. Ianya adalah satu permulaan yang amat baik untuk bersukan agar lemak dibadan kita boleh terbakar, rehatlah hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula berjogging ataupun main tenis dan paling tidak pun berenang, jika kita gagal lakukannya, pastikan kita cuba buat pada hari seterusnya, tapi jika kita gagal untuk memulakannya, pastikan kita sentiasa sematkan didalam hati yang kita akan buat pada keesokkan harinya. Sehinggalah pada satu hari kita sedar yang badan kita semakin membesar kerana hari² makan banyak dan hari² tidak bersenam. Sehingga ada rakan² disekeliling menegur tentang berat badan kita bertambah, sehinggalah teman wanita atau teman lelaki kita tinggalkan kita kerana kita terlalu gemuk untuknya dan rasa amat malu untuk keluar jalan² dengan kita, sehinggalah kita rasa manusia paling tidak sempurna didunia ini adalah kita apabila berdiri dengan manusia² yang jauh lebih kecil dari kita. Sehinggalah kita rasa amat malu dan kecewa, sehinggalah kita mampu menjawab untuk menyedapkan hati yang gemuk itu adalah 'lambang kemewahan' apabila ada orang menegur kita. Maka itulah masa yang amat sesuai untuk kita mulakan diet.

Bendera aku berwarna pelangi

Dulu sewaktu aku kecil aku ada seorang sahabat yang amat aku sayang, amat aku suka, Aku panggilnya Ah Chun, dia adalah seorang yang berbangsa cina, kami amat rapat, kami selalu bermain bersama² tidak kira apa jenis permainan pun kami tetap akan bermain bersama, Ah Chun tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku, dia selalu menghabiskan masanya dirumah aku, aku tidak pernah bersikap prejudis atau sebaliknya dekat Ah Chun, aku betul ikhlas berkawan dengannya, emak dan ayah aku juga amat rapat dengan keluarga Ah Chun, jika dia berada dirumah aku kami selalu makan bersama² sehinggalah dia pun akan baca Bismillah ketika hendak makan, lama kelamaan doa makan pun dia boleh menyebutnya, tidak perlu cheong chee fun, tidak perlu bak kut teh dan yang paling menarik Ah Chun tidak boleh makan babi kerana dia alergi dengan daging babi, setiap hari aku akan habiskan waktu petang bersama Ah Chun, pada ketika itu aku tidak lansung memikirkan masalah warna kulit, perbezaan agama dan budaya. Aku amat gembira hidup didalam dunia yang sebegitu, kawasan tempat tinggal aku memang dipenuhi dengan pelbagai kaum baik cina, india, melayu, serani, mahupun sikth, mahupun lain-lain. Kami hidup dengan aman dan gembira, tiada sebab untuk mengkhianati diantara satu sama lain, tiada sebab untuk dengki mendengki, tiada sebab untuk memusuhi diantara satu sama lain, aku juga masih ingat dengan uncle Dorai iaitu seorang jejaka India tetapi telah jadikan bapa aku sebagai abang angkatnya, mereka tidak pernah fikir tentang warna kulit, uncle Dorai juga selalu datang kerumah menghabiskan waktu hari minggu bersama bapa aku dan juga menikmati masakan ibu aku, tidak perlu Tosai ataupun capati, tidak perlu kari ikan mahupun susu pekat tairu. Uncle Dorai akan makan apa saja yang emak aku masak walaupun sambal petai, aku memang kecil ketika itu, aku hanya tahu hendak bermain, bergembira, pergi sekolah tadika dengan kemas balik sekolah tadika dengan libang libut, tapi aku tau makna kehidupan pada ketika itu. Aku juga masih ingat pada keluarga uncle Javinder Singh, keluarganya juga amat baik dengan emak dan ayah aku, aku juga masih ingat dengan Rani Kaur anak perempuan uncle Javinder Singh. Aku juga masih ingat pada suatu hari dimana keluarga Javinder telah memberikan segala peralatan perabot dirumahnya kepada jiran² yang bersebelahan termasuklah keluarga aku kerana mereka hendak berpindah ke Canada, aku juga telah terputus hubungan dengan Rani Kaur sehinggalah kehari ini, setelah aku dan emak pindah ke tempat lain aku memang amat rindu saat² gembira pada waktu itu. Kini hidup aku sudah tidak seperti dulu, memang aku masih gembira walaupun terluka tapi apa yang pasti pada waktu ini kehidupan yang aku lihat sudah tidak seperti dulu lagi, ianya sudah bertukar menjadi "kau..kau, aku..aku". Kita sudah tidak duduk didalam satu negara yang bertuah lagi, kita terlalu pentingkan tentang warna kulit setiap orang, kita sudah tidak mahu berada didalam alunan irama yang sama, kita semua sudah jauh berbeza. Aku amat kecewa. Kenapa kita perlu bersikap kejam diantara satu sama lain, dan aku janji jika aku seorang Raja atau Agung aku akan pastikan perkara ini tidak berlaku, aku akan pastikan setiap kawasan pola penduduk akan dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia dan berbilang warna kulit. Aku akan tukar bendera dari warna merah biru putih dan kuning kepada warna² pelangi indah yang terbit selepas hujan pada waktu petang. Aku janji..

Aku semalam dan Eddy Vedder

ketika aku duduk bersandar diatas katil sambil termenung menembusi dinding bilik aku, ketika tangan aku memetik tali gitar tong yang sudah lama aku tidak sentuh, ketika perasaan aku menahan sakit kerana jari aku terpaksa berusaha keras memainkan lagu 'Low light' dari Pearl jam, ketika suara aku cuba untuk menjadi suara Eddie Vedder, ketika telinga aku menahan kesakitan meresap bunyi gitar yg sumbang serta alunan suara yang bersimpang-simpang, dikepala aku sering mengeluarkan tanda soal dari sekecil² kuman hinggalah sebesar tasik di Putrajaya. Pelbagai folder dan file di selak satu persatu, mesin memori bekerja dengan jayanya didalam kepala aku. Beberapa hari yang lalu aku teringat ketika aku dan rakan² yang lain asyik merenung keindahan manusia lalu lalang ditepi jalan kami sering gelak dan ketawa dan kadang² terkejut juga hiba. Didalam dunia ini Tuhan telah mencipta pelbagai jenis mahkluk dan salah satunya manusia, dan didalam setiap manusia itu pasti akan ada perbezaan diantara satu sama lain, memang indah untuk dikaji dari segi pemikiran, agama, budaya, cara hidup, sifat fizikal serta mental. Apa yang buat aku kecewa adalah setiap manusia yang cuba untuk membeza²kan diantara satu sama lain semua kerana kekayaan, pangkat serta darjat, warna kulit dan sebagainya sedangkan semua sama. Bilakah kita hendak membersihkan segala kekotoran yang telah dicipta beratus² abad yang lalu.
Entahlah ...
aku cuba tukar arah fikiran kepada Nasir Al-Din Al-Tusi yang dikenali sebagai ahli falsafah, matematik, astronomi dan teologi pada sekitar tahun dimana tentera Genghis Khan menyerang Iran. Nah lagi bersimpang-siur lalu aku teruskan petikan gitar kali ini lagu Ella dan Korie 'Pergilah sayang'

Pagi tadi

Pagi tadi sedang aku bersiap untuk ke tempat kerja, diluar rumah aku terdengar mak aku mengeluarkan kata² tanda protes, rasa tanda tidak puas hati dengan beberapa manusia disekelilingnya.

"Ntah sekarang ni, beras 5 kilo pun dah rm15 lebih, kalau keluarga tak ramai, tak kesahlah, yang mana ada sampai 5,6,8 orang anak macam mana nak buat, dengan harga minyak lagi, sardin pun mahal..bla..bla...ba..PakLah..bla..maggi pun naik, bla..bla..
nak bayar tol lagi, gaji berape sen je..bla..bla..Parlimen..bla..." Mak.

"Hah..tulah..kesian diaorang kan kak..Bla..Bla...huhu..sok sek..sok sek" Manusia² sekeliling.

Aku keluar rumah pakai stokin kasut, hidupkan enjin moto..sambil terus dengar mak aku mengeluarkan hujah² yang amat berjiwa rakyat.

"Pegi dulu Mak.." Aku.

"Hah..elok²...sok..sek..sok sek..bla..bla.." Mak.

Atas motor aku terfikir sekali lagi, yelah kalau anak sampai 12 orang macam mana nak handle semua ni, Isshh tulah aku dah cakap jangan makan nasi, kita boikot nasi, tapi semua orang taknak dengar..kucing aku pun mak aku bagi makan nasi, nak buat macam mana..?? Aku gagal menyebarkan dakyah dan dakwah kepada orang lain, aku rasa amat bersalah, aku tidak sehebat Perdana Menteri Jepun yang pernah menyeru penduduk Jepun untuk makan roti dan bukannya nasi. Tapi aku fikir semula, kenapa semakin ramai yang tidak mahu ambil peduli, tidak mahu ambil tahu tentang kesan semua ini, why they dont want to change..kenapa tiada siapa yang hendak bertanggungjawab walaupun semua orang tau yang mereka bersalah, Nah mungkin mereka telah pasti sepastinya yang neraka tidak wujud, dan tiada siapa akan menyoal mereka tentang generasi yang mereka pimpin. well congrats for that thing, semua berjaya dengan idealogi masing² dan teruskan untuk bertikam² di parlimen, dan TV3 akan adakan rancangan BERSAMAMU setiap hari sebanyak 7 kali tanyangan yang berbeza, kerana semakin hari semakin ramai yang berjaya menjadi daif, papa kedana dan bakal mencipta manusia² yang tak berguna..

Aku tetap akan minum kopi serta roti.

Saturday, 27 December 2008

Friday, 26 December 2008

Diet terbaik

Diet yang terbaik adalah makan kacang pada waktu tengahari dan makan pringles pada waktu makan malam, ada yang cakap diet yang terbaik adalah jika kita ditinggalkan oleh kekasih ataupun pasangan hidup, ada yang beritahu diet yang terbaik adalah tidak makan atau lupa makan sewaktu kita sedang sibuk siapkan assignment yang berlambak² mahupun menyiapkan kerja yang banyak di ofis. Tapi bagi aku diet yang terbaik adalah sewaktu duit poket atau wallet kita semakin tebal dengan not rm1 dan bukannya not rm50 dan jika kita tengok pada kalendar baru menunjukkan 15 haribulan ataupun 7 haribulan setiap bulan.

Tuesday, 23 December 2008

The hardest part is to set you free.

Ketika jarum jam pendek di dinding menunjuk tepat ke nombor 3, secara tidak lansung ianya telah masuk pukul 3 pagi, dengan suasana yang amat kelam serta berbahang didalam bilik telah cukup membantu aku untuk sukar tidur, apatah lagi tadi aku dengan jayanya telah meneguk sepuas²nya air nescafe tarik kegemaran. Melintang, membujur, meniarap, terkankang, terkobak, mata aku masih deras terbekil². Selalunya bila susah untuk tidur mula lah kepala berpusing² berfikir dan terus berfikir. mula lah kepala cuba untuk pusing kebelakang mengenang segala memori² pahit mahupun manis. Bila aku kenang buat aku sedar yang sebenarnya didalam dunia yang aku reka ini masih lagi tidak mampu untuk membuatkan aku tersenyum, membuatkan aku gembira. Jika ada pun ianya masih bersifat sementara. Mungkin ada yang tertanya² kenapalah aku tidak mahu lari dari kesedihan dan kekecewaan. Yup aku memang dah lari, lari sejauh²nya dari segala kesuraman tetapi masih belum mampu untuk menyorok darinya. Aku cipta dunia gembira aku sendiri konon²nya boleh mengecapi kegemilangan yang penuh warna-warni, tetapi aku silap. Aku masih gagal dan terus gagal. Bila aku renung jauh keatas aku sedar dan aku percaya, sebenarnya tiada apa pun yang boleh dibanggakan untuk aku kepada diri aku. Segala²nya penuh dengan kepahitan. Selalu juga aku berfikir kenapa dunia ini tak pernah adil dengan aku. Kenapa dunia ini perlu kejam dengan aku. Tetapi kadang² aku lupa yang dunia ini tidak perlu dipersalahkan melainkan manusia² yang mewarnai dunia ini. Masa terus berjalan, semakin lama semakin pantas berputar, semakin kita lalai semakin deras ia berpusing. Entahlah pencarian kepada kesempurnaan memang tidak akan jumpa sampai bila², cuma aku tertanya² perlukah aku terus begini....?? Aku benci bila aku susah untuk tidur, aku benci bila ianya mengambil waktu yang lama untuk aku terjun kedunia mimpi. Aku benci apabila minda dan jiwa aku terus bergolak memikirkan segala kemungkinan, dan yang paling selalu aku fikir adalah tentang kawan², rakan² dan sahabat handai yang dulu selalunya bersama tetapi kini masing² sudah ada hala tuju sendiri. Baru aku ingat dulu cikgu aku pernah bagi tau yang satu hari nanti semua kawan² rapat akan berpecah antara satu sama lain mengejar cita² dan impian dan aku sudah sedar sekarang, ianya benar² berlaku. Tidak kira kita pernah punya kawan yang lama mahupun sekejap. Kadang² kita tidak sedar pun ada diantara kawan² kita yang cuba lari dari kita sebenarnya, tapi tidak mengapa kerana semuanya mampu untuk mematangkan kita. Sebelum aku cuba untuk pejamkan mata pada kali ini. Sekalung tahniah kepada kenalan² rapat aku yang telah pun mendapat pemberian paling bermakna dalam hidup mereka. Tidak mengapa jika mereka lupakan aku, tidak megapa jika mereka rasa aku sudah tidak lagi perlu. Gembira, bergelak ketawa, tersenyum indah, berlari² dan menari² akan jadi rakan baru mereka dan aku mungkin akan musnahkan sekelumit harapan yang dah lama aku harapkan dan aku akan tetap terus berdiri disini walaupun musim aku berubah²

The hardest part is to set you free.

Dialog tanpa prolog #4

"I nak start from today u jangan lagi berkawan dengan semua kawan² lelaki yang u kenal.." kata Shidberry.

"why u tak bagi..i bukannya buat apa² pun dengan diaorang, just friend my dear" Jelas Farhana.

"Nope..absolutely no...start from today you are my friend..and you also my special one.." Shidberry.

"I tak paham la dengan u ni, kenapa u nak control i pulak.." Farhana.

"Because u are mine..so please dont argue.." Shidberry.

"Ok.. kalau macam tu, so long my dear pergi cari perempuan lain yang nak dengar kata u.." Farhana.

"Huh..?? eh u marah ke..?" shidberry

"Nope".. Farhana.

Sunday, 21 December 2008

Mengharap sekelumit harapan #3.5

tiada perasaan untuk bermain jari di papan kekunci buat ketika ini..harap maaf.

Friday, 19 December 2008

Suatu hari nanti.

Pada suatu hari nanti dimana dunia sedang menuju kejalan penghujung sebelum bumi bergulung akan ada satu teknologi yang amat canggih dimana sebuah cip yang amat mikro akan dimasukkan kedalam badan manusia sejak dilahirkan, kegunaan cip itu adalah sama seperti kad pengenalan diri, kad atm, kad kredit, lesen memandu dan juga segala infomasi tentang seseorang itu dari dilahirkan sampailah kesudah. Selain dari itu cip yang amat mikro ini juga digunakan sebagai melengkapkan kitaran semulajadi didalam badan, cip ini akan menjaga dan memelihara kesihatan badan seseorang, ianya akan mengawal keseimbangan dan kestabilan darah serta sentiasa memastikan yang seseorang itu akan menjaga kesihatan dengan cara pengambilan makanan. Maka dengan itu semua orang akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Cip yang mikro ini juga akan memastikan semua orang dapat berjaya didalam apa yang dipelajari serta apa yang ingin dikecapi. Cip ini amat sempurna sehingga tiada sebarang kesulitan yang akan berlaku terhadapnya seperti pincang tugas dan kerosakkan. Pada masa itu semua bayi² yang bari lahir akan dimasukkan cip ini, dan bagi manusia² lain mereka akan buat pembedahan kecil untuk memuatkan cip yang mikro ini. Segala²nya sempurna, segala² akan berjalan lancar. Bagi sesiapa yang tidak mahu memasukkan cip ini kedalam badan mereka, lama kelamaan akan mendapat penyakit kronik, gila dan juga hilang keupayaan untuk berfikir dan banyak lagi kemungkinan² yang bakal berlaku. Tetapi secara rumusnya sesiapa yang tidak mahu memakai cip ini akan jadi gila dan hilang pertimbangan. Pada ketika itu sudah terlambat untuk berpatah balik, sudah terlambat untuk menjadi neutral dan sudah terlambat untuk mengecapi kegembiraan. Cip yang mikro ini akan menjadi suatu kuasa besar yang amat penting demi menjaga dan memelihara keamaanan sejagat. Namun begitu siapakah sebenarnya yang telah mencipta cip ini, siapa yang telah dengan bijaknya memasarkan cip ini keseluruh pelusuk dunia. Ianya bukan satu kerja yang mudah, ianya bukan satu kerja yang sama seperti memetik jari. Dalam pada masa yang sama wujud sebuah kumpulan manusia yang tidak mahu memakai cip ini dan sebaliknya cuba mencari kebenaran dan kegagalan disebalik rekaan cip ini. Mereka cuba mengembangkan idealogi tentang keburukan cip tersebut, ada yang percaya dan ada yang cuba percaya. Lama kelamaan kumpulan manusia yang tidak mahu memasang cip ini menjadi besar. Ada juga yang telah mengeluarkan cip ini secara sulit. ini semua terjadi kerana mereka bosan dan rasa terikat kerana cip yang mikro ini terlalu mengawal mereka. kehidupan menjadi amat positif, kehidupan menjadi amat sempurna hingga tiada cabaran dan dugaan. Lalu wujudlah sebuah perperangan diantara dua puak manusia yang berbeza idealogi. Perperangan ini berlaku dalam tempoh yang amat lama, ramai yang terkorban demi menegakkan pendirian masing². Siapa yang benar didalam mencari kebenaran cip ini, siapa yang akan berjaya, siapa yang akan gagal. Siapakah dalang disebalik penciptaan cip yang amat sempurna ini serta pencetus kepada perperangan manusia paling mengyayat hati dimana wang ringgit dan kuasa bukan lagi menjadi pengukur tetapi pendirian idealogi yang terlalu kukuh telah dijadikan pencaturan diantara hidup dan mati. Siapa yang akan berjaya..??
pastikan anda mengikuti perjalanan blog ini.

Monday, 15 December 2008

Kebenaran yang tidak benar.

Harga minyak turun lagi 10sen bukti kerajaan kita amat mengambil berat tentang masalah rakyat, makcik² dan pakcik² di kampung pasti gembira, adik² dan abang² mesti ceria, kakak² dan kekasihnya gerenti suka. Prihatinnya pemimpin kita kepada kita. Maka sekarang ni seliter minyak adalah rm1.80 tapi harga minyak setong dipasaran dunia tidak lebih dari USD40 dan aku rasa harga minyak disini sepatutnya rm0.70 atau rm0.80. Maaf aku tak ambil periksa untuk subjek matematik waktu SPM dulu. Ada sesiapa boleh tolong kirakan untuk aku.
Feudalism masih berleluasa.

Saturday, 13 December 2008

Lukestar is mine

Dun Laoghaire milik aku dan dia

Petang sabtu yang indah, sambil hujan baru sahaja berhenti jatuh, suasana amat nyaman sambil telinga dan jiwa aku sedang amat mencintai lagu² dari LUKESTAR. Aku tidak pasti kenapa tetapi setiap bait² lirik serta alunan mendayunya mampu buatkan aku lupa pada kegelapan, kekelaman, dan kesedihan. Segala²nya gembira, semuanya riang ria. apabila aku dengar alunan muzik mereka membuatkan aku sama seperti sedang berjalan² sambil berlari bersama dengan orang yang tersayang di tepian jalan di dun laoghaire, dublin. sambil angin bertiup ceria dan nyaman dengan suasana awan dan langit menari² diatas. Tambah pula burung² turut sama serta untuk melengkapkan impian. Sambil tangan ditarik serta kaki deras melangkah serta kedua²nya sibuk melayan perasaan dan bibir meluahkan rangkap² lirik dihiasi dengan alunan gitar dan drum yang seolah² ingin bercerita membantu dunia gembira aku. Oh jiwa dan minda aku bebas bercinta bersama si dia. kedua²nya sibuk berpegangan sambil berlari², sambil aku menikmati keindahan rambutnya yang berterbangan serta lirikan matanya yang gemersik serta jiwanya yang tenang. Yes Memang dunia di Dun Laoghaire milik aku dan dia. Tiada siapa yang boleh meresahkan keadaan.

tiba-tiba.

"Weh aku tengah boring ni, nak masak sambal ikan bilis dengan telur, kalau lapar datang rumah aku..ahahaha"

"Huh..."

Thursday, 11 December 2008

English or Manglish

"Eh napa blog u tak guna English language..?" Dia

"Sebab ini bukan subjek matematik dan Sains di Sekolah.." aku

"Tapikan banyak blog i baca diaorang guna English, u should try" Dia lagi.

"Sorry i tak suka ikut trend" Aku.

"Ala mana ada ikut trend..just try.." Lagi² dia.

"Actually i tak tahu berbahasa Inggeris.." Aku.

"Errmm.."

Wednesday, 10 December 2008

Terkorbannya satu pengorbanan.

Semalam adalah hari raya Qurban atau Aidiladha sekali lagi membuatkan aku memesongkan fikiran aku ke 7 & 8 tahun kebelakang. Aku masih teringat lagi pada waktu itu aku masih lagi di kolej dimana kawan aku ada beri senaskah fanzine yang dibuat oleh golongan² muda yang amat ekstrim pada ketika, dan aku agak terkejut kerana mereka dengan berani dan ekstrim telah membuat kenyataan "Kami f**k Raya Qorban" yes jika tidak silap aku itulah 'statement' yang mereka telah buat dengan megah sekali, dan jika tidak silap zine itu dibuat oleh golongan² muda-mudi ekstrim dari Johor dimana mereka konon²nya memiliki pemikiran bebas dari kuasa mutlak dan cuba pegang cara hidup yang positif serta amat melindungi hak asasi haiwan. Daging juga mereka tidak makan. Yes Animal Liberation, aku juga sayangkan haiwan, aku juga tidak sanggup hendak melihat lembu dikorbankan pada hari raya Haji, sedih rasanya. Emak aku pernah pesan sewaktu aku kecil.

"Jangan sedih tengok lembu tu, dia masuk syurga, jangan risau.." Emak.

dan bila aku teringat baru aku sedar dan tertanya apakah yang sedang golongan² muda 7 & 8 tahun dulu buat, adakah mereka masih lagi berpegang kuat pada mazhab mereka. Adakah mereka masih bebas dari kuasa mutlak, adakah mereka sudah mampu goncang dunia ini. ataupun adakah 7 & 8 tahun dulu mereka masih muda dan tidak sedar apa yang mereka buat, kerana terlalu ekstrim. Biasalah waktu muda darah sedang panas memang kalau ditegur lagi suka kita nak buat. Kepala aku terus berfikir apa dah jadi dengan budak² skinhead yang dulu sibuk jerit Oi..!! Oi..!! Sega..!! Saga..!! tapi tidak pernah tahu pun dari mana datang perkataan yang mereka jerit² itu, tengok kawan potong botak, pakai boot, ada yang pasang tali warna merah di boot, ada yang warna putih, tapi tidak tahu kenapa, bila tanya sebab nampak lawa bila kawan² pakai tali kasut warna-warni,, naik vespa, mabuk sana-sini, pukul² dan lain² janji seronok. Macamana pula dengan budak² Punk letak gel nak bagi rambut terpacak, tindik telinga, tindik dibibir tapi tidak tahu kenapa punkers harus tindik menindik. Ramai yang pasti tidak tahu tentang hubung kait tentera trojan pada zaman Greek dengan Punkers dikota London, baru hafal lagu Basket case dah rasa punk, bila tanya apa itu CBGB semua diam, ada juga punkers yang cakap BAD RELIGION itu band metal, tidak mengapa janji gembira. Mat² metal yang baru sahaja dengar METALASIA atau CROMOCK dah cakap mereka metal, simpan rambut panjang kemudian pegi 'declare' kat media yang mereka selalu minum darah kambing mentah² padahal bila tanya band DEICIDE pun mereka tidak kenal, habis satu malaya cakap METALLICA tu band black metal disebabkan cover album 'Black'. tetapi tidak mengapa janji seronok. Ada juga budak² yang pangkah tangan konon² mereka mengharungi cara hidup positif, ada juga vokalis yang cuba bercerita tentang penindasan tetapi lepas habis menyanyi dengan tangan masih berpangkah yang konon²nya menentang penindasan pegang tin Coke dan minum air tersebut. Padahal tidak pernah terfikir pun yang kapitalis adalah kuasa penidasan terbesar dan mereka memberi sokongang kepada syarikat² kapitalis. Tidak mengapa janji riang ria, dan sekarang aku terfikir apa yang mereka buat, adakah telah berjaya. Aku juga pernah taksub dan ekstrim kepada sesuatu yang aku suka ketika dulu, apa yang aku cerita pernah berlaku disekeliling aku. Memang sampai sekarang aku juga tidak berjaya dengan apa yang aku perjuangkan, dengan apa yang aku taksubkan. Aku bukan cuba untuk memadamkan api semangat mahupun melunturkan apa yang diperjuangkan. Aku bukan datang dari golongan² orang yang berjawatan didalam underground scene. Aku cuma minat dengan muzik yang aku dengar dan aku sering kaji apa yang berlaku. Cuma kadang² kita tidak sedar dengan apa yang kita buat, kadang² kita terlalu taksub dan lansung tidak ambil peduli tentang orang lain. Betul kita sanggup berkorban apa sahaja demi untuk apa yang kita suka tidak kira perkara itu betul ataupun tidak. Mungkin ada yang tidak paham dengan apa yang aku cuba hendak luahkan, aku tidak lansung cuba untuk menghentam orang lain. Ini semua telah menjadi lumrah dan juga asam garam serta mampu mematangkan fikiran. Aku cuma mahu berkongsi dengan yang lain. Apabila aku pusing 8 ke 10 tahun kebelakang aku pasti akan tergelak dengan apa yang aku telah buat. Dunia masih terus berputar dan aku masih tetap begini, dengan apa yang aku pernah korbankan dulu memang tidak mampu untuk membeli apa² yang aku inginkan sekarang. Namun begitu aku masih kuat berdiri dan percaya dengan apa yang sedang berpusing disekeliling aku. Tidak semestinya kita mat metal harus berambut panjang serta ber t-shirt hitam, tidak semestinya kita punkers perlu pacak²kan rambut serta bertindik, tidak semestinya kita skinhead perlu memusuhi manusia² lain yang berlainan warna kulit serta pegangan agama semata² mereka adalah 'malay power'. India, cina, serani, kadazan, italian, white people, niggers, melayu dan lain² semua sama. tidak ada perbezaan semua datang dari sumber yang sama. Raju tidak diminta untuk lahir jadi seorang India, Rashid tidak diminta untuk lahir jadi melayu, begitu juga semua orang lain didunia ini. Tidak semestinya kita dengar VITAMIN X lalu kita perlu jadi straighedge, tidak semestinya kita dengar PROPAGHANDI lalu kita perlu tolak agama dan kuasa mutlak kita. Hukum ekonomi dan kapitalis memang kejam dan tiada siapa mampu melawannya dan secara tidak lansung kita juga perlukannya.
Aku tidak berniat untuk memburuk²kan orang lain kerana aku juga berada digolongan yang sama. Ianya sekadar coretan tentang pengorbanan.

Saturday, 6 December 2008

Oh tidak.

Oh tidak, banyak kerja² sampingan yang belum berjaya aku selesaikan, abang Yusoff ada tanya mengenai skrip yang konon²nya aku sanggup nak buat untuk pementasan teater dia. entahlah MOLEKUL INDAH masih lagi belum sampai ke jalan pengakhiran Danial dan Jasmine masih lagi belum masuk ke babak percintaan indah. Oh tidak, satu artikel pun aku belum buat, banyak benda perlu aku 'review' tapi masih belum mula pun lagi. Oh tidak, Projek gig di Penang Januari ini masih belum keluar flyers lagi, kawan² dah sibuk buat perancangan nak pegi makan² sampai muntah bila kat Penang nanti. Oh tidak, aku baru pulang dari rumah Naza konon²nya nak siapkan lagu untuk projek band aku tapi malangnya masih belum mencapai kepuasan dihati, lebih² lagi apabila aku sering terpandang cermin besar didalam bilik Naza ketika aku petik gitar, cerminnya selalu cuba hendak beritahu yang aku masih belum kurus dan secara tidak lansung otak aku berfikir untuk buang segala² lemak yang ada, ke aku dah kena Anorexia?? Oh tidak memang jelas aku masih kumpul banyak lemak. Oh tidak, t-shirt untuk band aku masih belum difikirkan untuk materialnya, lagu² yang sedang diadun oleh Nash masih lagi tak siap membuatkan hati aku tak tenang memikirkannya. Oh tidak, Hillary Walsh masih lagi tidak balas email aku membuatkan semua orang disekeliling tertunggu² dengan keputusannya. Jika berjaya aku pasti kene turun naik KDN untuk selesaikan urusan permit. Selamat berjumpa semula En.Barkia. Oh tidak,sekarang sudah masuk Disember dan lagi puluh hari masuk 2009 dan masih banyak keje tertangguh. Oh tidak duit poket terus laju hilang tanpa disedari dan tiada apa pun yang aku kecapi. Oh tidak jam sudah pukul 3.00 pagi mata aku masih lagi belum pejam, roh aku masih lagi belum hendak keluar dari jasad, telinga aku pula sedang asyik menyerap lagu Oasis 'Stop crying your heart out' dan kemudiannya 'Dont go away' dan seterusnya 'Let there be love'. Beratus² hari telah berlalu dan aku masih kukuh berdiri disini namun kukuhnya aku disini amat tidak bermakna, amat tidak disukai, amat tidak berjaya. Cabaran dan rintangan juga halangan buatkan aku masih disini dan dalam pada masa yang sama juga masih tidak kuat untuk buat aku berlari dan kemudiannya terbang tinggi. Aku masih lagi kegagalan paling berjaya. Aku perlukan kehidupan baru, aku perlukan nafas baru, aku perlukan atmosphera baru, aku perlukan adrenalin baru, aku perlukan dunia baru. aku perlukan jiwa baru. Aku perlukan bintang baru.

Thursday, 4 December 2008

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law