Sunday, 28 December 2008

Diet Terbaik #2.1

Permulaan untuk diet adalah makan sepuas²nya hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula untuk berdiet. Jika kita gagal untuk memulakan pada keesokan harinya, pastikan kita cuba pada hari seterusnya, jika gagal lagi, teruskan pada hari seterusnya. Sehinggalah kita sedar yang kita tidak pun diet tapi terus makan dan akhirnya perasan yang badan kita semakin membesar. Ianya adalah satu permulaan yang amat baik untuk bersukan agar lemak dibadan kita boleh terbakar, rehatlah hari ini dan sematkan didalam hati yang esok kita akan mula berjogging ataupun main tenis dan paling tidak pun berenang, jika kita gagal lakukannya, pastikan kita cuba buat pada hari seterusnya, tapi jika kita gagal untuk memulakannya, pastikan kita sentiasa sematkan didalam hati yang kita akan buat pada keesokkan harinya. Sehinggalah pada satu hari kita sedar yang badan kita semakin membesar kerana hari² makan banyak dan hari² tidak bersenam. Sehingga ada rakan² disekeliling menegur tentang berat badan kita bertambah, sehinggalah teman wanita atau teman lelaki kita tinggalkan kita kerana kita terlalu gemuk untuknya dan rasa amat malu untuk keluar jalan² dengan kita, sehinggalah kita rasa manusia paling tidak sempurna didunia ini adalah kita apabila berdiri dengan manusia² yang jauh lebih kecil dari kita. Sehinggalah kita rasa amat malu dan kecewa, sehinggalah kita mampu menjawab untuk menyedapkan hati yang gemuk itu adalah 'lambang kemewahan' apabila ada orang menegur kita. Maka itulah masa yang amat sesuai untuk kita mulakan diet.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law