Oh tidak, banyak kerja² sampingan yang belum berjaya aku selesaikan, abang Yusoff ada tanya mengenai skrip yang konon²nya aku sanggup nak buat untuk pementasan teater dia. entahlah MOLEKUL INDAH masih lagi belum sampai ke jalan pengakhiran Danial dan Jasmine masih lagi belum masuk ke babak percintaan indah. Oh tidak, satu artikel pun aku belum buat, banyak benda perlu aku 'review' tapi masih belum mula pun lagi. Oh tidak, Projek gig di Penang Januari ini masih belum keluar flyers lagi, kawan² dah sibuk buat perancangan nak pegi makan² sampai muntah bila kat Penang nanti. Oh tidak, aku baru pulang dari rumah Naza konon²nya nak siapkan lagu untuk projek band aku tapi malangnya masih belum mencapai kepuasan dihati, lebih² lagi apabila aku sering terpandang cermin besar didalam bilik Naza ketika aku petik gitar, cerminnya selalu cuba hendak beritahu yang aku masih belum kurus dan secara tidak lansung otak aku berfikir untuk buang segala² lemak yang ada, ke aku dah kena Anorexia?? Oh tidak memang jelas aku masih kumpul banyak lemak. Oh tidak, t-shirt untuk band aku masih belum difikirkan untuk materialnya, lagu² yang sedang diadun oleh Nash masih lagi tak siap membuatkan hati aku tak tenang memikirkannya. Oh tidak, Hillary Walsh masih lagi tidak balas email aku membuatkan semua orang disekeliling tertunggu² dengan keputusannya. Jika berjaya aku pasti kene turun naik KDN untuk selesaikan urusan permit. Selamat berjumpa semula En.Barkia. Oh tidak,sekarang sudah masuk Disember dan lagi puluh hari masuk 2009 dan masih banyak keje tertangguh. Oh tidak duit poket terus laju hilang tanpa disedari dan tiada apa pun yang aku kecapi. Oh tidak jam sudah pukul 3.00 pagi mata aku masih lagi belum pejam, roh aku masih lagi belum hendak keluar dari jasad, telinga aku pula sedang asyik menyerap lagu Oasis 'Stop crying your heart out' dan kemudiannya 'Dont go away' dan seterusnya 'Let there be love'. Beratus² hari telah berlalu dan aku masih kukuh berdiri disini namun kukuhnya aku disini amat tidak bermakna, amat tidak disukai, amat tidak berjaya. Cabaran dan rintangan juga halangan buatkan aku masih disini dan dalam pada masa yang sama juga masih tidak kuat untuk buat aku berlari dan kemudiannya terbang tinggi. Aku masih lagi kegagalan paling berjaya. Aku perlukan kehidupan baru, aku perlukan nafas baru, aku perlukan atmosphera baru, aku perlukan adrenalin baru, aku perlukan dunia baru. aku perlukan jiwa baru. Aku perlukan bintang baru.
0 comments:
Post a Comment