Tuesday, 23 November 2010

furiosity.

Lebih kurang 10 ke 15 tahun yang lalu, aku bukan lah sama seperti aku sekarang, idealogi punk terlalu tebal dalam pemikiran aku, aku bukanlah sama seperti aku sekarang, kebencian dan kemarahan sudah jadi seperti akar yang mencengkam tanah. Yes aku memang seorang yang pemarah tidak kira secara senyap mahupun tidak. Segala perkara yang berlegar pada aku pada waktu itu memang akan dibenci dan dimarahi. Ego yang sangat tinggi dan sentiasa rasa diri ini betul adalah rakan baik aku. Segala macam perkara pasti aku akan maki, aku tidak pasti dari darah jenis apa yang telah mengalir dalam badan aku hingga aku jadi seperti itu, atau mungkin itu lumrah pada setiap remaja yang mana hormon yang dihasilkan mampu buat aku jadi seperti itu. Tapi itu kisah dulu, kisah yang telah lama berlalu, kini aku tidak lagi begitu walaupun aku masih sama. Cara aku berfikir, cara aku bercakap juga cara aku mendegar sudah jauh berbeza dari dulu. Aku masih pegang idealogi yang sama, aku masih dengar lagu² yang sama, aku juga masih menetap ditempat yang sama cuma aku sudah lama berubah, aku cuba jadi 'cool', aku cuba 'chill' dengan setiap apa yang berlaku pada aku. Tapi hari ini kisah lama seperti mahu muncul semula, aku rasa seperti berpusing ke 10 atau 15 tahun yang lalu. Kemarahan seperti sedang menguasai aku, kebencian juga sama.

"Damn..!!, kopi yang disimpan dalam drawer telah habis dicuri oleh orang yang kerja 'shift' malam.."

3 comments:

Gen Mayhem said...

kurang ajar tu. lu patut sound jer bro. takpun tampal kat kopi tu.. tulis alif lam lam ha. sapa ambik masuk neraka

Unknown said...

the gold one? wtf.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law