Friday 26 November 2010

Mix grill vs cardio.

Kisah dua hari yang lalu.

Sudah lebih kurang 6 bulan aku tidak berlari, tidak jogging atau bahasa glamour-nya cardio, tapi sudah lebih kurang 6 bulan aku tidak putus² makan makanan yang sedap, yang menggembirakan. akibatnya berat badan aku naik mendadak dan sejak dari bulan lalu lagi dah semakin ramai orang² yang selalu nampak aku ditempat kerja tegur "eh badan dah naik ye sekarang" dan setiap kali kata² itu masuk kedalam lubang telinga aku hingga langgar pada gegendang membuatkan aku rasa seperti dipanah petir pada bahagian kiri badan. Kenapa bahagian kiri?? kenapa bukan kanan?? itu cerita lain.
Jika dulu setiap petang atau malam aku pasti akan berlari, tujuan utama adalah untuk bakar lemak, ini fakta benar kerana tiada jalan lain untuk kurus atau buang lemak selain dari bersukan. Jadi selalunya aku akan habiskan masa lebih kurang 30 hingga ke 70 minit untuk berlari sejauh 1.5km hingga ke 2.4km, lama kelamaan aku bertambah bagus dan masa yang dihabiskan untuk berlari sejauh 1.5km - 2.4km  adalah lebih kurang 30 hingga ke 45 minit. Impian aku, jika boleh mahu lari lebih jauh lagi, sekurang²nya 4km ke 6 km setiap hari, tapi aku belum mampu untuk capai prestasi sedimikian. Itu cerita 6, 7 bulan yang lalu. 2 minggu yang lepas setelah banyak kali tidak berjaya, aku ambil langkah drastik untuk mula berlari, mula jogging, itupun selepas aku terima satu tips yang berharga dari seorang jurujual di kedai alat sukan ketika teman rakan aku untuk beli 'treadmil', aku sebagai lelaki yang tidak punya duit tapi punya banyak lemak menelan bulat² kata jurual tersebut.

"Adik kalau nak cepat slim, nak cepat buang lemak, mudah saja caranya, setiap pagi sebelum pergi kerja, bangun awal sikit dan pergi lari untuk 30 minit, tak kiralah berapa jauh janji 30 minit, sebab setiap pagi after bangun tidur, perut kita kosong, takde nutrition, jadi bila adik lari badan adik akan bakar lemak, tak guna lari waktu petang atau malam² pergi gym kerana apa yang dibakar adalah apa yang adik makan dari awal pagi sampai malam, lemak tidak terbakar pun. Tak percaya adik cuba buat esok pagi. Bila lama² cuba lari untuk 1 jam pula, kemudian 2 jam..tapi ingat, makan kena control" Kata jurual tersebut dengan loghat sarawak.

Balik rumah dengan semangat yang membara, aku beritahu pada 'super wife' aku dan dia pun sokong apa yang hendak lakukan, maka dari minggu lalu aku pun bangun awal setiap pagi untuk berlari, bila pergi kerja aku bawa bekal seperti buah²an, roti dan oat. Aku memang jaga pemakanan. Setiap pagi aku lari dan setiap hari juga aku rasa badan semakin ringan walaupun bila tengok cermin tidak ada apa² perubahan. Impian aku mahu lari semakin jauh dan jauh, jika sekarang aku berlari sejauh 1.5km ke 2.1km, mungkin lagi 3 bulan aku mampu lari sejauh 4km ke 6km.
Dua hari yang lalu, setelah penat bekerja setiap hari, aku terima gaji, bulan ini dapat lebih sedikit kerana kerja lebih masa dan seperti biasa selepas gaji aku akan bagi 'reward' pada diri aku, rileks, chill, makan², minum²,
dan akibatnya malam pada dua hari yang lalu aku makan 'mix grill' di William dan sampai esok paginya aku masih rasa ada daging dan ayam ditekak.

Tak kira, pagi itu juga aku rasa seperti mahu lari sejauh 30km agar 'mix grill' dalam perut hangus terbakar.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law