Kuih muih adalah sebahagian dari tradisi hidup kita di negara ini, dari kecil hingga sekarang aku memang selalu makan kuih antara kuih kegemaraan aku adalah kuih karipap dan selalunya setiap pagi bila masuk waktu rehat, aku dan rakan² akan habiskan masa 30 minit, teguk kopi dan kunyah karipap didalam kafe, kemudiannya serap asap rokok, itu adalah sebahagian dari ritual kami, dan selalunya aku akan beli 2 atau 3 biji karipap untuk diulam bersama dengan kopi pahit tanpa gula. Bila bercerita tentang kuih-muih lagi, jika 20 tahun kebelakang dengan rm1 aku mampu dapat 5 jenis kuih, tak lama selepas itu, i meant after few years, dengan rm1 aku mampu dapat 4 biji kuih, orang² tua selalu cakap, "sekarang zaman dah berubah, beli kuih pun dah mahal.." aku telan saja kata² mereka, lagipun pada waktu itu aku cuma minta duit dari emak untuk beli apa² saja. Masa terus berputar, siang ke malam, malam ke siang hingga lah few years back, harga kuih masih lagi rm1 tapi bukan 4, kali ini aku hanya mampu dapat 3 biji kuih dan aku pasti semua orang sama, dua tahun lalu pula kuih masih dapat 3 biji tapi harga dah jadi rm1.20, aku akur, semua orang akur dan sekali lagi kata² keramat "zaman dah berubah" digunakan. Pagi ini aku jalani ritual seperti biasa, beli kuih, minum kopi dan kemudiannya hisap rokok, cuma hari ini kuih yang aku beli bukan 2 atau 3 biji tetapi 5 biji, aku keluarkan rm2 untuk dapat kuih 5 biji, mula² aku ingat aku lapar sebab mampu habiskan 5 biji kuih dengan pantas, tapi bila aku belek kuih tersebut sebelum masukkan kedalam rongga lalu kunyah dengan gigi, baru aku perasan yang kuih-muih sekarang terlalu kecil, dalam bahasa saintifiknya walaupun dengan harga rm1.20 aku masih dapat 3 biji kuih tapi saiznya seperti ibu jari saja.
Relevan lagi kah untuk kita guna perkataan "zaman sudah berubah"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment