Saturday, 30 April 2011

Mayday.

Hari pekerja, sejauh mana kita faham tentang hari pekerja? apa istimewanya menyambut hari pekerja? kenapa perlu ianya disambut oleh kita semua, ibu-ibu atau suri rumah boleh sambut hari pekerja juga ke? 



Monday, 25 April 2011

London trip.

Hari pertama, kedua dan ketiga di kota London, terlalu banyak yang mahu aku dan 'super wife' ceritakan. Masa tidak mengejar kami disini, cuma terlalu banyak lokasi yang mahu kami pergi. Hanya gambar yang mampu untuk mengambarkannya.























Saturday, 23 April 2011

Ahoy..!!

Setelah berhempas pulas dengan segala kerja yang menyakitkan, setelah cuba bermati-matian membuka  setiap simpul yang tiada susur galur, setelah habis keringat aku perah, akhirnya aku berjaya merealisasikan rancangan yang dirancang dan setelah 13 jam kebas di udara, sekali lagi aku berjaya menerjah ke tanah Eropah. Udara yang sama, atmosefera yang juga sama, bau yang sama, warna-warna juga sama. Kali ini di England.
Nanti aku update lagi.

Ahoy mates..!!

Friday, 22 April 2011

Surat elektonik untuk semua.

Email 1 Malaysia??? semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan dapat email ni??? ianya untuk memudahkan kita berurusan dengan pihak kerajaan???  kalau macam emak aku dia nak buat apa dengan email ni?? buat kuih cekodok?? kalau macam atok aku dia faham ke email ni apa?? boleh bawa pergi kebun ke?? atok dan nenek kepada kawan² aku faham ke email ni?? boleh ikat sekali dengan kain pelikat atau kain batik ke??, atok² dan nenek² kawan kepada kawan aku tahu ke binatang apa email ni??

RM50 juta kalau buat rumah banyak² untuk orang-orang tua, rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang cacat kan lebih bagus.

Kontradiksi Tirani

Tipulah kalau aku cakap aku tak gemarkan muzik agresif, bohonglah aku jika aku benci muzik ber-teknikal. Telinga aku sangat mudah menerima norma-norma bunyi yang sedemikian. Its time for A.L.I.C.E dari Bandung, dulu hanya dengar muziknya tapi kini boleh lihat secara lansung.

Wednesday, 20 April 2011

joyeux anniversaire à ma femme super

Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang jaga kau dikala sedang terlantar baring dalam keadaan sakit??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang menangis di hadapan 'operation theatre' menunggu kau dalam keadaan cemas dan keseorangan??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang sanggup ambil cuti kerja selama seminggu semata² untuk jaga kau yang terlantar lemah diatas katil di dalam wad??. Pernahkah kau mempunyai seorang teman wanita yang sanggup datang awal ke hospital setiap pagi dalam keadaan cantik dan menawan sambil bawakan segelas kopi panas untuk menenangkan fikiran kau??. Pernah?? aku pernah rasa semua itu pada tahun lalu ketika aku terlantar di hospital selama seminggu. Tidak ada satu titik penyesalan pun diantara aku dan teman wanita aku pada ketika itu tentang hubungan cinta kami, dan pada waktu ini kami telah berkahwin dan mulakan hidup baru bersama. Semalam adalah hari lahir teman wanita aku yang kini merangkap 'super wife' aku. Dalam keadaan sibuk dan cemas kerana kali ini bapa 'super wife' aku pula dikejarkan ke hospital. Walaupun tiada hadiah yang besar atau menarik untuk dia, tapi aku pasti yang aku telah sediakan hadiah paling istimewa dan berharga untuknya iaitu cinta aku, kasih sayang aku, semangat aku, juga keyakinan aku.

Happy birthday, my superwife..

Monday, 18 April 2011

I'm a supporter for change and dissent.

Semalam, pilihanraya untuk Sarawak, sejak dari minggu lalu banyak berita panas yang kedengaran, banyak kisah² dongeng yang kelihatan. Dari pengamatan aku sejak dari minggu lalu memang parti pembangkang mampu untuk bungkus kerajaan disana dan campak ke sungai, Yelah mana taknya setiap ceramah parti pembangkan yang diadakan, setiap rapat umum yang diwujudkan memang dilimpahi oleh ribuan manusia dan jika kita lihat pada berita² di  kotak tv setiap gambar yang ada terlalu dekat dan kurang pasti sama ada ceramah² dari pihak kerajaan dipenuhi dengan warga dayak, iban, cina, melayu dan sebagainya, sampaikan perdana menteri habiskan 6 hari disana kerana dapat lihat satu ombak perubahan sedang melanda tanah sarawak, dia takut atau gusar? semua orang boleh buat persepsi sendiri. Tapi secara logiknya memang parti pembangkang mampu untuk gulingkan kerajaan disana berdasarkan setiap gambar dan video yang dinilai sendiri oleh aku. Ini belum lagi cerita kisah² rakus pemimpin yang telah merampas tanah adat. Bila aku ekstrem cerita perihal politik ramai yang sematkan di dada betapa aku sangat 'against' pada pemerintah pada hal tidak, aku hanya manusia yang berfikir secara kritikal, berfikir dengan logik tapi jauh lebih dalam dari orang² yang tidak faham tentang retorik politik and i'm just a supporter for change and dissent. Nah lupakan.
Aku masih lagi pegang kata²

Jika pilihanraya itu adil sudah lama ianya diharamkan.

Sunday, 17 April 2011

Property or prosperity

Di kiri dan kanan, semua orang sedang sibuk memasukkan makanan kedalam mulut, tidak kiralah badan besar ataupun kecil, semua orang memang sibuk makan, lebih² lagi kedai makan itu punya kualiti dan kuantiti yang mencapai tahap rating paling tinggi, semua orang akan lupa tentang berapa harga setiap makanan, janji puas makan. Di meja aku kami berempat juga sedang sibuk makan, ada nasi, ada udang, ada ketam, ada ayam, ada mozarella cheese, ada pizza, ada roti naan, ada air bergelas besar, ada air bergelas kecil. Semua orang puas memenuhkan perut. Tidak lama selepas itu aku mula nyalakan rokok, begitu juga Wan. Mieza buka cerita rakan²nya dan terpalit satu nama yang agak familiar pada aku, lalu aku bertanya.

"Die keje mane skang..Cabin crew kan..??" Tanya aku.

Mieza kerut dahi "Cabin crew?? eh taklah die keje kat event mangement.."

"Oh yeke?? aku silap orang la ni.." Cantas aku.

Mieza terus sambung "Ha tulah..tapi ni keje baru die..dulu keje....ala yang pasal property² ni..orang panggil ape ek..aku lupe.."

"Property?? keje jual rumah ke...??" Soal aku lagi.

Mieza sambil senyum "Ha..lebih kuranglah..aku lupe name tu..tapi ade related dengan property la.."

Wan menyampuk. "Property ke burger prosperity??"

"Tak kenyang lagi ke..??"

Friday, 15 April 2011

Stress

Sejak kebelakangan ini aku sibuk dengan segala macam perkara, ada beberapa 'task' yang perlu diselesaikan sebelum aku duduk diam dan berhenti lalu terapung diatas udara selama lebih kurang 13 jam. Aku memang tidak cukup masa, baik waktu kerja ataupun selepas waktu kerja, aku kurang masa beriadah, kepala agak tertekan tapi cuba jadi 'cool'. Walau macamana pun aku masih bergayut di laman² blog yang ada untuk pastikan aku tidak tertingal walaupun seinci. Malam tadi selepas mandi dan duduk didepan kotak tv sambil menonton berita, kisah² panas pilihanraya di Sarawak, satu perkara baru yang aku temui, which 'camera work' yang dihasilkan oleh jurukamera Tv3 sgt menarik, sebab die close-up dekat² dengan muka perdana menteri, timbalan menteri atau mana² calon pilihanraya. Gambar orang ramai tak nampak pun.

Dalam kotak tv nampak macam ramai yang datang untuk program kerajaan, tapi kalau tengok dari kotak monitor skrin komputer nampak macam tidak ada orang pun.

At least bila tengok tv hilang rasa stress dengan kerja.

Jika aku bukan Freddie Mercury mungkin aku seorang Farrokh Bulsara.

Wednesday, 13 April 2011

Masih digodam.

Pagi ini hujan, bahang panas naik ke udara, aku agak lewat sampai di tempat kerja dan seperti biasa aku mula bancuh kopi lalu keluarkan roti bakar yang telah siap dibakar dari rumah, mata dan kepala aku mula fokus didepan skrin monitor, aku periksa email jika ada kerja² baru yang hendak dibuat, aku periksa 'system portal' yang selalu aku buka untuk lihat kerja² yang sudah siap, aku kumpulkan segala dokumen² yang perlu aku proses pagi ini, hidung telah mula ditusuk dengan bau kopi, aku seluk poket, aku keluarkan telefon bimbit lalu mula memainkan lagu dari THE MAGIC NUMBER, aku perlahankan bunyi supaya tidak ganggu orang lain yang turut sama ada didalam perut pejabat ini. Tangan mula dilekatkan pada tetikus, ianya masa untuk serap segala input, aku sandarkan badan ke kerusi, aku hirup perlahan² kopi sambil hidung juga menikmati aromanya. Aku mula tekan satu persatu papan kekunci lalu aku tunggu, aku tunggu lagi, dan terus menunggu. aku buka muka baru, aku tekan lagi di papan kekunci ada sedikit info aku baca yang berbunyi.

"Laman Malaysiakini masih lagi digodam.."

Damn..!! bayangkan jika kau mahu makan dan makanan kau hilang, bayangkan kau mahu melukis dan berus warna kau hilang, bayangkan kau mahu sembahyang dan masjid kau dirobohkan, bayangkan kau sudah mahu terberak dan kau masih tidak jumpa jamban, bayangkan jika kau perlukan duit tapi semua mesin atm rosak dan ianya hari ahad dimana operasi bank-nya tutup.

Bayangkan perasaan aku pada ketika ini.

Tuesday, 12 April 2011

On air, off shore and out of control

THE BOAT THAT ROCKED adalah sebuah filem dari British yang digarap berdasarkan operasi stesen radio secara haram yang pernah tumbuh bak cendawan disekitar UK pada era lewat 60an, kebanyakkan radio² ini menyewa kapal dan duduk ditengah² laut dan mula bersiaran tanpa lesen. Ini kerana pada ketika itu pihak kerajaan British kurang menyenangi fenomena muzik rock juga pop yang melanda seluruh kepulauan British, dan hasil dari perkara yang pernah belaku satu diketika dulu Richard Curtis telah menulis dan mengarah sebuah filem komedi yang menceritakan tentang apa yang pernah berlaku satu ketika dulu di stesen radio haram atau lebih popular dipanggil sebagai 'Pirate radio'. filem ini telah dibintangi oleh Philip Seymour Hoffman, bill Nighy, Rhys Ifans, Nick Frost (pelakon kegemaran aku), Kenneth Branagh dan ramai lagi. Filem komedi ini kurang berjaya dari segi kutipan keuntungan tapi secara ikhlasnya aku dapat lihat semangat yang ada pada setiap plot yang dihasilkan, filem ini mampu bawa aku ke era kegilaan muzik rock pada sekitar tahun 60an dan dihiasi juga dengan muzik² rock yang tidak pernah luntur semangatnya sejak dari dulu lagi dan ianya ada di dalam filem ini. Ianya seperti sebuah pergerakan radikal yang berusaha keras untuk memartabatkan scene muzik rock dan walaupun ianya berjaya menambat hati semua pendengar radio pada ketika itu namun mendapat tentangan yang keras oleh pihak kerajaan kerana 'pirate radion' mampu mendorong masyarakat kearah kehidupan negatif seperti seks, dadah, juga alkohol. Yes, ianya sebuah filem komedi tapi hati dan jiwa aku meremang bila menontonnya. Sila cari dan tonton.

Its a kingdom of cool.






Barisan 9

Ramai yang bertanya, apa pekerjaan aku, apa 'job spec' aku juga tempat syarikat aku bekerja. Sedikit info juga 'knowledge' untuk semua, tempat kerja aku tak ubah sama seperti sebuah bengkel membaiki kereta, jika kita pernah hantar kereta untuk buat service ataupun 'overhaule', tukar alat gati itu dan alat ganti ini, modifikasi sana juga modifikasi sini tempat kerja aku juga sama. Yes..sama. Cuma ianya bukan untuk kereta tapi untuk kapal terbang penumpang, dan pelanggan kami datangnya beribu² batu dari seluruh dunia, ada yang datang dari syarikat penerbangan India, Arab Saudi, Mauritius, Australia, France, Uk, Denmark, Belgium, Turki, Amerika syarikat, Iceland dan banyak lagi, di tempat kerja aku semua pesawat yang masuk kedalam bengkel ataupun lebih sedap dipanggil 'hangar' akan dibaiki segala kerosakannya, kerja² servis, buat modifikasi mengikut kehendak pelanggan, tukar warna cat pesawat jika pelanggan mahu dan sebagainya, pendek cerita kami akan londehkan juga telanjangkan sesebuah pesawat, lakukan pemeriksaan terhadap strukturnya, kemudian pasang semula dan akan pastikan sesebuah pesawat itu keluar dalam keadaan yang cantik, kemas juga siap dibaiki tanpa kompromi. Yes di negara ini juga punya pusat penyelengaraan pesawat dan mampu menarik ramai pelanggan dari luar negara. Jadi timpat aku bekerja punya 4 hangar yang besar juga mampu memuatkan 11 pesawat dalam satu masa yang sama, 11 pesawat bermakna ada 11 barisan yang mampu untuk menyelengarakan sesebuah pesawat, disetiap barisan akan ada carta organisasinya, ada seorang ketua projek, ada seorang ketua jurutera, ada seorang pembantu ketua jurutera, ada ketua jurutera disetiap bahagian² kecil didalam pesawat mengikut kemahiran masing², ada jurutera² yang profesional yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia dan bekerja disini, ada ketua juruteknik, ada pembantu ketua juruteknik ada 'senior' juruteknik, ada 'junior' juruteknik, ada pelatih juruteknik, ada pelatih jurutera, ada artisan, ada pencuci pesawat, ada budak² praktikal, ada budak² mekanikal dan lain² juga ada pegawai perancang iaitu kerja aku. Jadi kami bekerja sebagai sebuah pasukan, masing² memerlukan diantara satu sama lain, objektif juga misi kami adalah cuba sedaya upaya untuk siapkan juga keluarkan pesawat mengikut tarikh yang telah dijanjikan kepada pelanggan, jika lewat dan ianya disebabkan oleh kami, pihak kami harus membayar penalti kepada pelanggan tersebut. Di setiap barisan ini juga punya bilik atau pejabat operasi dan didalamnya ada meja², 8 ke 10 biji komputer, mesin printer, mesin scanner, almari untuk menyimpan segala dokumen yang dikawal oleh aku, papan putih untuk tulis segala macam program juga kertas informasi yang dilekatkan pada dinding mahupun tingkap. didalam bilik operasi ini juga mereka selalu adakan 'briefing' setiap pagi untuk pengagihan kerja, didalam bilik ini juga ada 'workstation' untuk aku dan juga para jurutera yang lain. Komputer ibarat 'bible' bagi kami semua. Aku diletakkan didalam barisan 9 ini sejak dari bulan julai tahun lalu dimana sebelum ini aku berada di barisan 7 juga pernah dibarisan 8, iaitu barisan² yang hanya boleh memuatkan pesawat yang bersaiz besar. Jadi sejak dari bulan julai yang lalu aku telah menjadi sebahagian dari keluarga barisan 9, ketua projeknya baik, ketua juruteranya 'cool' jurutera² yang ada juga masih muda dan bertenaga juga sentiasa siap sedia untuk diperah keringat mereka, para juru tekniknya juga 'friendly', lucu dan 'cool' juga, tak sama seperti di barisan² lain. Lama kelamaan aku rasa selesa di barisan 9 dan sejak dari 5 projek yang lalu kami berjaya menerbangkan pesawat dengan jayanya. Kenapa aku cakap lucu..??

Contohnya pagi ini, seorang juruteknik pinjam komputer aku untuk cari resepi makanan di google, menurutnya dia hendak masak untuk anak²nya pada malam hari nanti. 'cool' kan?

Friday, 8 April 2011

Chocolate spa.

Pada satu petang yang kuning, sambil didalam perut pejabat aku penuh disirami dengan warna lampu² kalimantang, aku fokus menyusun segala kertas kerja, ramai yang sudah pulang kerumah tapi aku tidak kerana ingin selesaikan sikit masalah yang berselirat, didalam perut pejabat ini terasa sunyi lalu aku keluarkan telefon bimbit dan mula mainkan lagu dengan harapan kerja boleh dilajukan bila telinga mampu serap norma-norma bunyi. Tidak sampai 82 saat satu teks ringkas menjelma di skrin telefon bimbit, aku capai dan terus baca.

"Weh kalau kite pegi coklat spa tu..coklat tu kite boleh makan ke??? " Tanya si pengirim teks ringkas.

Aku geleng kepala dan terus picit butang di telefon bimbit "Wan kau ingat nak makan je kan ???"

Monday, 4 April 2011

Poco-poco.

Poco-poco. Orang² dalam pejabat aku sibuk bertekak, bertegang urat pasal fatwa dari mufti Perak. Macam² hadis dikeluarkan, macam² komen dilontarkan, habis waktu bekerja dengan hanya membincangkan hal fatwa-fatwi, aku yang duduk disudut paling kiri didalam pejabat ini hanya mampu tersenyum simpul sambil berkata didalam hati.

"korang tak faham ke maksud 'diversion tactic', fatwa tu dikeluarkan untuk mengalihkan pandangan pada cerita yang lain dan yang paling kelakar kita masih boleh menari poco-poco jika teringin untuk menari, tapi di negeri lain. Kahkahkah..

Fatwa tidak mahu sembahyangkan jenazah orang yang terlibat dalam rasuah taknak diperkenalkan ke di sini??

Kisah malam minggu lalu.

Sabtu malam minggu, malam untuk mendobrak segala keamanan, segala ketenangan. Malam minggu, malam untuk segala kesilapan, malam untuk segala kebebasan. Aku dah lalui semua itu dengan tenang dan kadang² dengan penuh konflik juga, jadi malam minggu yang lalu aku cuma duduk lepak bersama 'super wife' juga rakan² didalam lingkaran. Pelbagai kisah silam dibobrokkan, pelbagai kisah pahit dan manis dilukis semula, aku hanya mampu tergelak dan ketawa kerana sudah tidak mampu untuk menyorot kembali kenangan² yang ada. Sedar tidak sedar sudah lebih dari 10 tahun aku bergelumang dengan keperitan dan kejerihan, begitu juga beberapa rakan² aku. Sedar tidak sedar juga sudah lebih dari 5 kali jam berpusing membentuk pusingan. Aku kuatkan juga semangat dengan duduk sambil minum-minum dan sedut bahan nikotina hinggalah cerita kisah lama tamat. Puas walaupun lontarkan badan diatas katil pada waktu matahari akan muncul semula selepas 2 jam, puas walaupun sebenarnya aku harus pergi kerja pada waktu paginya, puas kerana aku dah lama tidak buat perkara sedemikian. Aku puas. Tapi kepala aku pening, badan aku lesu.

Usia aku sudah lanjut untuk lepak sampai pukul 5 pagi dan pada pukul 10 paginya aku sudah mula bekerja, badan rosak dan tidak berdaya. Damn..!!

Saturday, 2 April 2011

Memahat paku terakhir di keranda.

Tengahari semalam, ketika cahaya matahari mencarak-carak terangnya, ketika bahang panas kedengking membaluti satu badan. Aku berdiri didepan 'workshop' kereta. Aku dapatkan penjelasan tentang masalah jentera pemusnah aku, dimana ada beberapa bahagian didalam enjin mempuyai kadar karbon yang tinggi, secara tidak lansung ianya beraya membuatkan jentera pemusnah aku semput, kurang gah dan mudah terpadam enjinnya. Lalu aku bertanya pada Ah hong tuan punya 'workshop' tentang apa punca yang boleh menyebabkan kadar karbon didalam enjin aku berselerak banyaknya. Tapi Ah  hong tanya aku semula.

Ah hong tanya "u pakai apa minyak?? 95 or 97??",

"95 la.." jawab aku sambil peluh mencurah dari dahi.

Ah hong cakap lagi "itu pasai la..ron95 tak bagus ma..u punya hose, filter suma penuh karbon ma,97 bagus..95 orang untuk mesin potong rumput ma.".

"Aiya..ron 97 mahal lah..1 liter dua ringgit lima posen.." Tegas aku pula.

Ah hong bercadangan pula "U tukar-tukar pakai minyak ma..ini minggu 95, bila tank sudah kosong u beli 97, bila abis lagi pakai 95 balik ma..baru jimat sikit.."

"Aiya..pening kepala la ini hal.." Keluh aku lagi.

Tapi dalam hati rasa seperti idea Ah hong boleh diterima pakai untuk jangka masa panjang. Selepas semuanya siap, aku bawa pulang jentera pemusnah yang buat masa ini berjaya musnahkan duit poket aku. Tapi sebagai lelaki yang 'cool' yang walaupun matahari berdiri tegak diatas kepala aku tetap cuba untuk berfikir secara positif, cuba untuk tukar minyak setiap kali ianya habis. Nak cakap macam mana lagi, di negara ini memang tiada pilihan. Cuma yang aku kesal bila malam harinya aku duduk didepan skrin monitor sambil melayari laman² blog lain, semua orang sedang kecoh, haru biru yangminyak ron97 naik lagi 20sen.

Minyak ron95 sesuai untuk mesin potong rumput, mungkin aku sudah boleh buat sedikit modifikasi dekat jentera pemusnah aku dengan meletakkan kipas laju yang tajam di permukaan bawah agar aku juga boleh buat kerja sambilan untuk potong rumput dimana² kawasan yang berumput. Mungkin juga aku sudah boleh 'submit' borang untuk kursus kontraktor kelas F dan bila sudah ada lesen aku boleh beri duit bawah meja atau duit sogokkan supaya dapat tender kerajaan untuk memotong rumput disekolah-sekolah mahupun ditepi² jalan.

Friday, 1 April 2011

Potong rambut.

Setiap bulan aku pasti akan melawati salon, rambut harus sentiasa kelihatan kemas, ianya juga memainkan peranan penting untuk pastikan orang yakin bila melihat aku. Jadi setiap kali bila aku duduk di kerusi salon sambil menunggu 'hair stylist' mengenakan jubah melitupi badan, aku sering tertanya "untuk hari ini sudah berapa banyak kepala yang mereka dapat potong, jika potong rambut 1 kepala rm15 utk 10 kepala mereka akan dapat rm150, itu tak termasuk servis cuci, luruskan, rawat juga warnakan rambut". Jadi secara rumusnya aku akan congak mengikut formula aku terhadap keuntungan setiap hari salon tersebut. Tapi apabila mata aku fokus pada cermin bersar dihadapan aku sambil tunggu 'hair stylist' siapkan gunting aku akan berkata "Damn..!! badan aku dah naik sial...kena start diet semula.."

Kenapa perlu letak cermin didalam salon??
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law